Sabtu, 3 September 2016

Sejarah tercipta lagi


 

ARKIB : 24/04/1998
Sejarah tercipta lagi
KERETA kemegahan negara, Proton Wira 1.5, yang berjaya didaratkan oleh Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Malaysia di Kutub Utara, pagi Selasa lalu. Gambar ini dirakamkan menerusi visual TV3 semalam.

Impian negara untuk menakluki Kutub Utara, kawasan paling sejuk di dunia terkabul sudah.

Tepat pukul 1.48 pagi Selasa lalu, enam belas anak watan Malaysia termasuk seorang wanita berjaya menyempurnakan misi yang cukup getir dan mencabar itu. Mereka juga berjaya mendaratkan kereta nasional Proton Wira 1.5.

Ternyata, 'Malaysia Boleh' terbukti lagi selepas kejayaan menawan puncak Everest yang tertinggi di dunia. Jalur Gemilang akhirnya berjaya dipacak di kutub utara.

Meskipun negara dihimpit kegawatan ekonomi, namun itu bukan penghalang untuk Malaysia menawan kutub utara yang suatu ketika, misi itu, dianggap mustahil.

Kejayaan ini menjadikan Malaysia negara Asia pertama mencatat sejarah itu.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4JBv3yNLp © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan