1 Oktober 2016
Kesan tapak kaki yang ditemui.
GOBI DESERT - MONGOLIA. Kesan
tapak kaki dinosaur terbesar yang pernah direkodkan ditemui di Gobi Desert yang
memberi petunjuk baru tentang hidupan gergasi yang pernah hidup di bumi
berjuta-juta tahun yang lalu.
Ekspedisi bersama penyelidik
Mongolia dan Jepun menjumpai tapak kaki gergasi dengan ukuran 106 sentimeter
(42 inci) panjang dan 77 sentimeter lebar.
Ia merupakan salah satu
daripada penemuan kesan tapak kaki di pandang pasir Mongolia.
Bulan lalu, satu fosil ditemui
di lapisan geologi yang terbentuk antara 70 juta dan 90 juta tahun yang lalu,
kata penyelidik dipetik AFP.
Ia acuan pasir semulajadi yang telah ditinggalkan dari
kesan tapak kaki di kawasan berlumpur.
Kesan tapak kaki itu dipercayai
adalah dari spesis dinasour Titanasaur, iaitu haiwan berleher panjang dan boleh
membesar lebih 30 meter panjang dan 20 meter tinggi.
"Ini adalah penemuan yang
sangat jarang berlaku kerana ia adalah satu jejak fosil terpelihara yang lebih
dari satu meter panjang dengan kesan cengakaman kuku," kata kenyataan yang
dikeluarkan oleh Okayama University of Science.
Universiti Jepun bekerjasama
dengan Akademi Sains Mongolia dalam kajian ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 1 Oktober 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan