Isnin, 3 Jun 2019

Pelajar cantik manis julang nama Malaysia di AS

Pelajar cemerlang
 Pelajar cemerlang
Nurul Jannah Zamberi semasa majlis konvokesyen Rutgers University di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. - Foto eWarta Mara
Izzat Nasuruden

31 Mei 2019 7:34 PM
KUALA LUMPUR 31 Mei – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan eWarta Mara yang memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.

“Nurul Jannah memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award.

“Beliau juga berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi anak tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00. -SUMBER UTUSAN ONLINE 31 Mei 2019 7:34 PM

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini

03 Jun 2019 8:31 PM
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019," katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – BERNAMA
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 03 Jun 2019 8:31 PM