Sabtu, 17 September 2016

Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.

FOKUS STPM P1 2016
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]

1. Konsep /definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]

2. Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur.
Pertanian
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Menurut K.H.D Halley,masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.  

      Hasil bijirin pula seperti barli, gandum,kekacang dan oat.Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum Gandum menjadi tanaman penting di Belanda menjelang abad ke-17. Menjelang abad ke-16, sebanyak 1150 kg hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setiap hektar. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

      Petani-petani Belanda juga terlibat dalam tanaman dagangan. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.Menurut B.H Slicher van Bath biji cole ditanam secara meluas di Utara Belanda. Tanaman ini menguntungkan kerana biji cole diproses untuk menghasilkan minyak.Madder merupakan tanaman ang ditanam secara meluas di bahagian Barat Daa Belanda.Akar tanaman ini diproses untuk  dijadikan serbuk pewarna ang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman semanggi ditanam di Wilayah Waes yang terletak di Bahagian Utara Belanda sekiar tahun 1644. Menjelang abad ke-16 kegiatan penaman Hemp dilakukan secara meluas di Holland dan Utech. Hemp digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.[3]

Penternakan
      Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Permintaan tinggi untuk produk tenusu menyebabkan petani melibatkan dii dalam penternakan lembu. Perkembangan ini menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.Kegiatan penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif di Belanda. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.[4]

      Selain lembu, penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind. Kambing diternak untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Perangkaan pada tahun 1561 menunjukkan bahawa terdapat 12000 ekor kambing di wilayah Texel.

Hortikultur
Pertambahan penduduk dan penigkatan taraf hidup menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di sekitar bandar-bandar. Pembangunan dalam  sektor ini disebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat hortikultur muncul di sekitar bandar-bandar seperti Leiden dan Delft. Perkembangan pesat dalam proses pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur baharu di daerah-daerah seperti De Langeddijk dan Enkhuizen.

      Pekembangan bidang hortikutur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.Sayur-sayuran ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi.Penanaman kobis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Sreek yang terletak di daerah Enkuizen.

      Penanaman buah-buahan dijalankan di kawasan Aalsmeer dan Boskoop.Aasmeer menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan teruama  strawberi. Leiden merupakan pusat hortikulur trebesar di Belanda.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga tulip dan hop ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas. Bunga hop digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras. Tadis menghasilkan minumna keras beer daripada hop dapat dikesan sejak abad ke 14 lagi.[5] 

Petempatan
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect

Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.

Masyarakat agraia Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.

      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.

      Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

Penambakan laut untuk kawasan pertanian
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secara besar-besaran.[6]





[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),22.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),23.
[3] Ibid,24.
[4]  “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),28.
[6] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, 14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan