Rabu, 16 Mac 2016 @ 6:40 PM
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my
DATUK Abd Aziz Aban (kanan)
menyerahkan tugasnya selaku Pengarah SPRM Kelantan kepada Datuk Moh Samsudin
Yusoff, semalam. - Foto Fathil Asri PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Datuk Abd Aziz Aban sebagai Pengarah
SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini,
SPRM berkata, Abd Aziz menggantikan Datuk Moh Samsudin Yusoff yang kini
dilantik sebagai Pengarah SPRM Kelantan berkuat kuasa semalam.
"Abd
Aziz ketika dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Tugas di Pejabat SPRM
Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini berkata, beliau berharap pelantikannya
dapat menyumbang semula amalan-amalan baik yang dipraktikkan Moh Samsudin
khususnya berkaitan disiplin pegawai."
Jelasnya lagi, pengamalan disiplin yang
bagus sangat penting bagi setiap pegawai SPRM bagi memastikan mereka
menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang," kata kenyataan
itu.
Selain itu, enam pegawai kanan
SPRM terbabit dalam penukaran jawatan di bahagian dan negeri berkuat kuasa
semalam.
Mereka termasuk Pengarah SPRM
Selangor Datuk Simi Abd Ghani yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor
manakala, Datuk Norazlan Razali dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor. Dalam
pada itu, Datuk Azmi Alias pula dilantik sebagai Pengarah SPRM Melaka manakala,
Junipah Wandi pula Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA).
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/134309
Tiada ulasan:
Catat Ulasan