Isnin, 19 September 2016

Selamatkan kubur berusia 100 tahun

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

penduduk meninjau kubur ahli keluarga mereka di Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang semalam.

KLANG – Kira-kira 100 penduduk menggesa agar laluan projek rel bandar, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dialihkan agar tidak menjejaskan kawasan Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima di sini yang telah berusia lebih 100 tahun.

Mereka yang merupakan waris kepada jenazah yang telah dikuburkan di kawasan ter­sebut me­min­ta pi­hak berkenaan mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam sebelum melaksanakan projek ber­kenaan.

Kosmo! difahamkan, lebih 200 lot kubur di tanah perkuburan tersebut terpaksa dipindahkan berikutan pengambilan ta­nah bagi memberikan laluan kepada projek tersebut.

Seorang waris, Syed Ramli Syed Abu Bakar, 55, berkata, pihaknya mahu jajaran LRT3 dialihkan agar tidak mengganggu tanah perkuburan Islam tersebut.

“Kita tidak halang pembangunan tetapi ia mestilah menghormati sensitiviti orang Islam. Tanah perkuburan ini sudah melebihi 100 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima di sini semalam.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4KgfH9k7C Hakcipta terpelihara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan