Sabtu, 19 Julai 2014

Penentangan di Naning terhadap British (1831 - 1832)

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
Hasil pembelajaran
Menilai sebab-sebab penentangan nasyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Penentangan di Naning terhadap British (1831 - 1832)
Naning ialah sebuah kawasan penempatan Minangkabau yang terletak antara Melaka dengan Rembau.[1] Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku Seri Melenggang. Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato Anjak, Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831, penduduk Naning di bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang British.

      Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan. Mereka juga menentang peraturan dan undang-undang British yang cuba dipaksa ke atas mereka. Perjuangan Dol Said selama dua tahun ini lebih berbentuk perang gerila. Namun, penentangan orang Naning gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.[2]

Sebab-sebab Penentangan di Naning terhadap British
British mencabar kedaulatan Naning

Makam Dol Said
1.Selepas perjanjian Surat-Surat Kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795 - 1818. Kolonel Thylor yang menjadi pemerintah British di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801.
2.Dalam lawatan tersebut, Taylor telah menandatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju taat kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Naning juga bersetuju membayar hasil padi empat ratus gantang setahun. Kolonel Thylor melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning menggantikan bapa saudaratrya, Dato Anjak.
3.Semasa Robert Farquhar menjadi Residen Melaka, beliau berusaha memperkukuhkan pengaruh British di Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45 1/2 sen ke atas setiap perahu Naning yang datang ke Melaka. Selain itu, beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang dihantar ke Melaka.

4.Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjauhi hukuman terhadap kes-kes berat diserahkan kepada pihak berkuasa Melaka. Secara implisit, Farquhar cuba mengukuhkan kuasa British ke atas Naning. Perkara ini ditentang oleh Penghulu Dol Said kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.

5.Namun, SHTI juga tidak memaksa Penghulu Dol Said kerana menganggap pendudukan mereka di Melaka adalah sementara sahaja sehingga tamatnya Perang Napoleon. Pada tahun 1818, SHTI menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

6.Pada tahun t824, British berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda. Robert Fullerton, Gabenor Negeri-Negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada wilayah Melaka.

7.Bagi Penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan British ini tidak berasas. Bagi mereka, Melaka tetap merdeka. Sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri.[3]

Pelaksanaan undang-undang British
1.British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Saird dengan memperkenalkan Peraturan Penghulu.
1.Peraturan Penghulu menetapkan bahawa Penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang berat. Tindakan British ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan.
2.Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. Pihak British berasa marah kerana mengikut Peraturan Penghulu, kes tersebut sepatutunya dibawa ke Mahkamah Melaka Penghulu Dol Said didahua telah melanggar undang-undang British.
3.Pada tahun 1829, seorang hamba berhutang Naning yang bernama Rabeah telah melarikan diri ke Melaka. Anak Rabeah masih berada ditangan Penghulu Dol Said sebagai jaminan sehingga hutang sebanyak empat puluh ringgit dilangsaikan.
4.Perselisihan berlaku kerana British menganggap amalan hamba berhutang ini sebagai satu bentuk penindasan.
5.SHTI juga tidak puas hati kerana Dol Said tidak menyelesaikan aduan kes kecurian seorang saudagar Cina bernama Kwi Chang Ho. Penghulu Dol Said mendakwa bahawa saudagar Kwi Chang Ho tidak memenuhi syarat, iaitu mengemukakan saksi atau mengenal pasti siapakah pencuri atau memberi keterangan bersumpah. Tarnpa memenuhi syarat tersebut, agak sukar bagi Penghulu Dol Said mengambil tindakan selanjutnya.
6.Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan British. Beliau diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.[4]

Ekonomi
1.Pelaksanaan cukai
Gerakan anti-cukai merupakan salah satu isu penting dalam Perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, Pemungut Hasil Tanah Melaka, W.T Lewis telah mencadangkan kepada Fullerton supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning setelah beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun.Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.
2 Sistem pemilikan tanah
British ingin melaksanakan sistem pemilikan tanah bagi memudahkan kutipan cukai. Undang-undang tanah British berbe za dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka yang ditadbir secara Adat Perpatih di Naning. Tanah yang tidak diterokai masih luas di Naning.Peraturan 19 Tahun 1830 diluluskan berkaitan dengan soal tanah.Undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian.

 Di samping itu, SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan, dan tidak ditanam selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetus Perang Naning.[5]

Kesimpulan
Kegagalan Dol Said di dalam penentangan telah menyebabkan Naning kekal di bawah pemerintahan British. Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam Perang Naning I disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak bersendirian kerana disokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam Perang Naning kedua tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu British menyerang Naning.




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,” (Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2014),49.
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),70.
[3] Ibid.
[4] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru   Bangi, 2014),71.
[5] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan