Jumaat, 30 September 2016

Tapak kaki terbesar dinosaur ditemui

1 Oktober 2016
Tapak kaki terbesar dinosaur ditemui
Kesan tapak kaki yang ditemui.

GOBI DESERT - MONGOLIA. Kesan tapak kaki dinosaur terbesar yang pernah direkodkan ditemui di Gobi Desert yang memberi petunjuk baru tentang hidupan gergasi yang pernah hidup di bumi berjuta-juta tahun yang lalu.

Ekspedisi bersama penyelidik Mongolia dan Jepun menjumpai tapak kaki gergasi dengan ukuran 106 sentimeter (42 inci) panjang dan 77 sentimeter lebar.

Ia merupakan salah satu daripada penemuan kesan tapak kaki di pandang pasir Mongolia.

Bulan lalu, satu fosil ditemui di lapisan geologi yang terbentuk antara 70 juta dan 90 juta tahun yang lalu, kata penyelidik dipetik AFP.

Ia acuan  pasir semulajadi yang telah ditinggalkan dari kesan tapak kaki di kawasan berlumpur.

Kesan tapak kaki itu dipercayai adalah dari spesis dinasour Titanasaur, iaitu haiwan berleher panjang dan boleh membesar lebih 30 meter panjang dan 20 meter tinggi.

"Ini adalah penemuan yang sangat jarang berlaku kerana ia adalah satu jejak fosil terpelihara yang lebih dari satu meter panjang dengan kesan cengakaman kuku," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Okayama University of Science.

Universiti Jepun bekerjasama dengan Akademi Sains Mongolia dalam kajian ini.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE  1 Oktober 2016

Dr. Asma wanita pertama Naib Canselor USM


Dr. Asma Ismail
30 September 2016 5:12
PUTRAJAYA 30 Sept. - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa mulai 4 Oktober 2016 sehingga 3 Oktober 2019.
Dr. Asma Ismail
Dr. Asma Ismail

KPT dalam kenyataan hari ini berkata, dengan pelantikan ini, Dr. Asma merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USM.

Dr. Asma merupakan graduan daripada University of Nevada, Reno, Amerika Syarikat (AS) dengan kepujian dalam bidang Biologi.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Biologi Mikro dari Indiana University, Bloomington, AS serta Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Biologi Molekular dan Selular dari University of Nevada, Reno, USA pada tahun 1986.

Dr. Asma merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah pada tahun 1986 dan telah memegang pelbagai jawatan yang penting sehingga kini termasuk sebagai Timbalan Naib Canselor USM (Penyelidikan (amp) Inovasi) dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada tahun 2013, yang juga merupakan Ketua Pengarah wanita pertama.

Dr. Asma juga adalah satu-satunya Naib Canselor yang telah berkhidmat di dua buah Universiti Awam Negara. Beliau merupakan seorang saintis dan pentadbir yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Banyak pencapaian yang telah beliau lakarkan di persada antarabangsa antaranya adalah memfailkan 30 paten yang mana 13 daripadanya telah diiktiraf dan dianugerahkan lebih daripada 162 pencapaian.

Ini termasuk Anugerah National Young Scientist Award pada tahun 1991, Malaysian Toray Science and Technology Award pada tahun 2002, National Inventor Award pada tahun 2003, National Innovation Award, 2006 dan National Academic Award for Product and Commercialization pada tahun 2007.

Beliau juga dianugerahkan Top Research Scientist Malaysia pada 2012 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

“Kementerian amat yakin dengan keupayaan Dr. Asma untuk membawa USM ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat terus menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan negara.

“Kementerian juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Omar Osman di atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Naib Canselor USM selama lima tahun bermula dari 27 September 2011 hingga 27 September 2016,” kata kenyataan itu
- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-asma-wanita-pertama-naib-canselor-usm-1.388989#sthash.K3fwEyij.dpuf

MBOR iktiraf Khairul manusia terpantas negara



 ZAZALI JAMIAN  |  30 September 2016 12:09 AM
Khairul HAFIZ JANTAN akan tercatat dalam MBOR sebagai manusia
 Khairul HAFIZ JANTAN akan tercatat dalam MBOR sebagai manusia
KHAIRUL HAFIZ JANTAN akan tercatat dalam MBOR sebagai manusia terpantas di Malaysia setelah dia memecahkan rekod 100m M. Jegathesan yang berusia 18 tahun ketika bersaing dalam Sukma Sarawak Julai lalu.

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia Book of Record (MBOR) hari ini mengiktiraf jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan sebagai manusia terpantas di Malaysia dan turut merancang mengiktiraf kejayaan atlet Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik negara atas pencapaian mereka di Rio, Brazil.

Pengarah Operasi MBOR, Chris­topher Wong berkata pengiktirafan ke atas Khairul Hafiz adalah kerana keupayaan luar biasanya memperbaharui rekod kebangsa­an berusia 18 tahun dengan cata­tan dilakukannya 10.18s dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Julai lalu.

Christopher menjelaskan ini juga adalah antara usaha pihak­nya untuk menjadikan kejayaan Khairul Hafiz sebagai inspirasi kepada atlet lain.

“Kejayaan Khairul Hafiz ini membuatkan kami terpanggil untuk mengiktiraf dia sebagai manusia terpantas di Malaysia, tambahan pula kejayaannya diraih dalam usia yang muda.

“Kami percaya apa yang dilakukan oleh Khairul Hafiz ini sesuatu yang luar biasa untuk dilakukan oleh manusia biasa di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Christopher berkata, pihak­nya juga kini menunggu maklum balas daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mengaturkan majlis pengiktirafan terhadap pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio 2016 selepas membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa.

“Pencapaian atlet para juga amat mengagumkan dalam Sukan Paralimpik apabila membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa dan kejayaan mereka itu wajar mendapat pengiktirafan.

“Kami juga akan mengiktiraf kejayaan atlet negara dalam Sukan Olimpik 2016 dan Sukan Paralimpik secara individu berdasarkan pencapaian masing-masing, sebagai contoh Azizulhasni Awang yang meraih pingat pertama negara menerusi acara berbasikal Sukan Olimpik dan lain-lain,” katanya.
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 30 September 2016

Khamis, 29 September 2016

PERASMIAN AKUARIUM TUNKU ABDUL RAHMAN PULAU PINANG



Pada hari ini 29.9.1968, Akuarium Tunku Abdul Rahman di Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Di antara tujuan utama akuarium ini dibina ialah:-

    Untuk mewujudkan satu pusat penyelidikan yang lengkap bagi aktiviti-aktiviti perusahaan perikanan di samping mempamerkan berbagai jenis ikan dan hidupan air serta segala barangan yang berkaitan dengan perusahaan perikanan. 

Akuarium ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pameran, bahagian muzium dan bahagian penyelidikan yang diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Pulau Pinang. Di bahagian pameran terdapat 41 buah tangki untuk pertunjukan, iaitu 25 buah untuk ikan air masin dan 16 buah lagi untuk ikan air tawar. Terdapat 64 jenis ikan air tawar dan 34 jenis ikan air masin yang dipamerkan. Di bahagian muzium pula di pamerkan contoh-contoh dan rajah-rajah berkenaan kaji hayat, perkembangan peringkat awal binatang-binatang air, plankton, alat-alat kaji laut, alat-alat menangkap ikan, hasil-hasil perikanan dan keterangan-keterangan mengenai perikanan. Di bahagian penyelidikan pula mengandungi makmal-makmal yang lengkap bagi menjalankan kajian dan penyiasatan penyelidikan kaji hayat perikanan, kaji laut dan limhology bagi kepentingan industri perikanan di negara ini. Dengan perasmian Akuarium Tunku Abdul Rahman Pulau Pinang pada hari ini dalam tahun 1968, maka dapatlah dijalankan pelbagai penyelidikan mengenai perusahaan perikanan di samping dapat mempamerkan berbagai jenis ikan yang jarang-jarang dapat dilihat oleh orang ramai.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016


Bahagian A: Sejarah Malaysia
[40 markah]

1.         Huraikan peranan pembesar di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.                                                                                                                                  [20]

2.         Terangkan faktor-faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di tanah  Melayu pada awal abad ke 20.                                                                  [20]

3.         Jelaskan peranan Yang Dipertuan Agong dalam system pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia.                                                                                                          [20]

Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara)
[40 markah]
4.            Bincangkan susun lapis masyarakat di Indonesia sebelum kedatangan barat.
                                                                                                                                    [20]

5.         Nilaikan peranan Diponegoro dalam penentangan terhadap penjajahan Belanda di Pulau Jawa pada abad ke 19.                                                                                           [20]
6.         Bincangkan perubahan ekonomi yang dilaksanakan oleh pemerintah Filipina selepas merdeka.                                                                                           [20]

















Rabu, 28 September 2016

PENUBUHAN BANK RAKYAT



Pada hari ini dalam tahun 1954, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat telah ditubuhkan di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948. Penubuhan bank itu bertujuan untuk membantu ahli-ahli dan juga koperasi-koperasi dari segi kewangan. Di awal penubuhannya bank tersebut lebih dikenali sebagai Bank Agong Kampong. Keahliannya terdiri dari 12 buah persatuan kerjasama dan beribu pejabat di Bukit Mertajam. Bagaimanapun selepas itu ia mengalami beberapa perubahan nama apabila Ibu Pejabatnya telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1967, Bank Agong ditukarkan namanya kepada Bank Kerjasama Malaysia Berhad. Manakala keahliannya dibuka bukan saja kepada koperasi yang berdaftar tetapi kepada orang perseorangan. Pada tahun 1973, sekali lagi namanya ditukar pula kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Bank Rakyat. Bank Rakyat telah berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya melalui cawangan-cawangan di seluruh negara. Di samping bilangan keahlian yang semakin bertambah, Bank Rakyat juga turut memberikan banyak perkhidmatan kepada rakyat.  Dalam usia sedemikian, Bank Rakyat yang telah ditubuhkan pada hari ini dalam tahun 1954, telah menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan pesat di sektor kewangan. Adalah menjadi harapan bank tersebut terus memikul peranan yang lebih aktif dalam memajukan kegiatan kewangan untuk ahli-ahli dan pelanggan-pelanggannya bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku pada masa kini.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/