Selasa, 31 Mei 2016

Unit 2.1.2 Pembesar di China

TAJUK 2:PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Unit 2.1.2 Pembesar di China dan Rusia
Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan China dan Rusia abad ke-16-20 (1500-1999)
1.a)Konsep pembesar
Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Oleh yang demikian dalam sistem pemerintahan beraja dan Maharaja pembesar sangat penting dan berada pada aras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.[1]
Pembesar juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja.[2]
b)Kedudukan pembesar di China
Pembesar di China berada pada aras kedua selepas maharaja.Mereka terdiri dari golongan bangsawan dan sarjana. Golongan pembesar di China  terdiri daripada individu yang menerima pendidikan Confucius dan perlantikan mereka adalah berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Golongan cerdik pandai diberi keutamaan dalam menjawat jawatan pembesar di peringkat wilayah.Selain golongan cerdik pandai/mandarin pembesar juga terdiri daripada ketua-ketua tentera.Mereka mendapat kedudukan istimewa dalam sistem pemerintahan di China.Ini kerana maharaja juga terpaksa bergantung kepada mereka untuk menjalankan pentadbiran. [3]

c)Peranan pembesar di China
1.Peringkat pusat.
Terdapat tiga fasa pentadbiran iaitu pentadbiran awam, tentera dan tempatan.Pembesar memegang jawatan penting dan membantu maharaja dalam pentadbiran di peringkat pusat.Mereka berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Mereka menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis.[4]Mereka memengang jawatan dalam Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan,Jabatan Hasil dan Cukai dan Jabatan Upacara dan Istiadat.[5]
2.Peringkat wilayah
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Gabenor diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah.Gabenor berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk.Gabenor dibenakan untuk menubuhkan pasukan tentera masing-masing.[6] Gabenor berhubung langsung dengan pemerintah peringkat pusat.[7]
3.Ketua tentera
Ketua tentera bertangungjawab memastikan keamanan wilayah. Mereka mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
4.Golongan inteletual (gentry)
Mereka mendapat pendidikan Confucius dan lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di istana.[8]



[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),110.
[2]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56.
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[4]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56
[5]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955, Edisi Ketiga (Shah Alam: Oxford Fajar, 2016),.104
[7]“Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,57.
[8]Ibid.

PEMETERAIAN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA 31.5.1974

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1974,   Perdana  Menteri  Tun  Razak  mewakili  kerajaan  Malaysia  telah  menandatangani  perjanjian  hubungan  diplomatik  di antara  kerajaan  Malaysia  dan  Republik  Rakyat  China  yang  diwakili oleh  Perdana  Menterinya , Chou  En  Lai.  Upacara  yang  penuh  bersejarah  bagi  kedua-dua  buah  negara itu  telah  dimeterai  di Peking.  Perdana  Menteri  Republik  Rakyat  China,  dalam  ucapannya  pada  majlis itu mengalu-alukan  pengukuhan  hubungan yang  telah terjalin sejak lebih dua ribu  tahun lamanya.  Tun Abdul Razak,  telah merintis semula usaha ke arah terjalinnya kembali  hubungan  secara  rasmi  ini,  dalam  ucapannya   beliau  telah   melahirkan  harapan   agar  segala  rintangan  fizikal  yang  wujud  selama  ini  diantara kedua-dua  buah  negara  dapat  dihapuskan  dan  tali  perhubungan  dapat  diteruskan. Berikutan daripada perubahan dasar luar Malaysia ini, adalah selaras dengan dasar negara-negara lain di Asia  Tenggara  iaitu  membebaskan  rantau  ini  daripada  ancaman perang  yang  berpanjangan.  Sesungguhnya sepanjang 50 tahun  kemerdekaan negara  Malaysia sentiasa berusaha untuk  terus menjalinkan  jalinan persaudaraan dan  muhibbah dengan pemimpin dari negara-negara serantau.

Isnin, 30 Mei 2016

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]
b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil darisyurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]
c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.
b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.
2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta memastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.63.
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.
[5]Ibid,51. 

PERSIDANGAN DAMAI MALAYSIA - INDONESIA DI BANGKOK

Hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia menjadi renggang seketika apabila Malaya mengumumkan percantuman Sabah - Sarawak bagi membentuk sebuah negara baru dikenali dengan nama Malaysia.  Konfrantasi ini wujud kerana kebimbangan dan perasaan curiga negara jiran tersebut mengenai percantuman ini yang dianggap sebagai satu bentuk penjajahan-penjajahan baru. Keadaan ini telah dapat diselesaikan kemudiannya walaupun selepas satu siri perbalahan yang turut mengorbankan nyawa rakyat kedua-dua negara. Beberapa rundingan dan persidangan telah diadakan untuk mencari kata sepakat, dan pada hari ini 30 Mei 1955 satu persidangan damai Malaysia - Indonesia telah diadakan di Bangkok. Rombongan perwakilan Malaysia diketuai oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.  Sementara perwakilan Republik Indonesia pula diketuai oleh Tun Adam Malik, iaitu Menteri Luar merangkap Menteri Hal Ehwal Politik Republik itu.
Di antara persetujuan yang dicapai di dalam rundingan ini ialah:-
Kedua-dua buah negara bersetuju memberikan kebebasan kepada Sabah dan Sarawak melalui pilihanraya umum di kedua buah negeri tersebut mengenai kedudukan mereka dalam gagasan Malaysia.
Kedua-dua negara juga bersetuju mengwujudkan perhubungan diplomatik dan memberhentikan perasaan permusuhan secepat mungkin.
Ekoran dari persetujuan yang telah dicapai dalam persidangan damai di Bangkok itu perhubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Indonesia telah pulih dengan rasminya pada 31 Ogos 1967.

Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.
Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.
Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 pada 8.5 juta tan pada 1900.
Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi.

ii.Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah

iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia. Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.

iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.

b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah mernberi sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik  penyelidikan dengan amalan kerja biasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19  industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.

c) Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas.Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.

d) Kejuruteraan manusia
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.
Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de corps''.[1]

e) Kemajuan sistem Pengangkutan
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.
Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.

f) Peluasan perdagangan antarabangsa
Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.

g) Dasar kerajaan Jerman
1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.
      Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.[2]






[1] “Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),34.
[2] Ibid,35.

Ahad, 29 Mei 2016

Masyarakat Industri di Jerman

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi masyarakat industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan mesin. Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.[1]    

        Selepas tahun 1870, dunia Eropah mengalami ledakan dalam kekayaan kebendaan  kesan kemunculan  baharu dalam dalam perindustrian , sumber kuasa dan pengeluaran. Gelombang Revolusi Perindstrian kali kedua menyaksikan perubahan  penggunan sumber tenaga manusia kepada mesin. Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914.[2]  Ciri utama Revolusi Perundustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara ciri-ciri kapital kewangan ialah dominasi industri pelaburan bank dan syarikat insuran, pengumpulan modal yang besar, pengasingan  pemilikan daripada pengurusan  dan perkembangan syarikat holdings.

      Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber dan bentuk. Pada zaman ini, muncul industri baharu seperti elektik, kimia, petroleum dan logam ringan. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang batu dan besi.[3]     




[1]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),32.
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman Anjurum Begum Ahamed, Pra U Teks Sejarah STPM Penggal 1,(Bandar Baru Bangi: Penebitan Pelangi Sdn Bhd,2012),58
[3] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,Edisi Ketiga, (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),82.

Khamis, 26 Mei 2016

BENDERA PERSEKUTUAN DIKIBARKAN BUAT PERTAMA KALI PADA 26.5.1950

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1950,  bendera  persekutuan  buat  pertama  kalinya  telah  dikibarkan  di  Istana  Sultan  Selangor  di  Kuala  Lumpur.  Bendera  ini  telah  dijadikan  bendera rasmi  Persekutuan  Tanah  Melayu  apabila  negara  mencapai  kemerdekaan  pada  tahun  1957,  dan  dikibarkan  pada  hari  yang  penuh  bersejarah  itu.  Bendera  berukuran  6’ x 3’  ini  adalah  hasil  rekaan  Allahyarham  Mohamed  bin  Hamzah,  seorang  kakitangan  Jabatan  Kerja  Raya  di  Johor   dalam  satu  pertandingan  yang  diadakan  pada  tahun  1949.  Berdasarkan  petikan daripada  fail  Jabatan  Perdana  Menteri  bertajuk  ‘Federation  of  Malaya  Flags’ ada  menjelaskan  tentang  pengertian  simbol-simbol  pada  bendera  tersebut.  Surat  bertarikh  7 Jun 1950  itu,  menjelaskan  bahawa  11  jalur  berwarna  merah  dan  putih  dan  bintang  pecah  11  adalah  lambang  perpaduan  dan  kerjasama  11  buah  negeri  dalam  Persekutuan  Tanah  Melayu. Lambang  bulan  dan  bintang  berwarna  kuning  menandakan  agama  Islam  sebagai  agama  rasmi. Warna  merah, putih  dan  biru  melambangkan  gabungan  dan  kerjasama  Persekutuan  Tanah  Melayu  dalam  Pertubuhan  Negara-negara  Komanwel.  Hari  ini,  setelah  50  tahun  negara  mencapai  kemerdekaan  bendera  ini masih  lagi  berkibar  megah  di  angkasaraya.  Malah  pada  31  Ogos  1997,  bendera  Malaysia  ini  menempa  satu  lagi  sejarah  apabila  ia  diberikan  nama  khas  iaitu  Jalur  Gemilang.

1.4 Masyarakat industi di England

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19
Masyarakat industi merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian . Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Kemunculan masyarakat industri bemula selepas tercetus Revolusi  Perindustrian di England pada abad ke-18.

      Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Istilah masyarakat industri mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis , iaitu Saint-Simon. Namun begitu idea berhubung konsep masyarakat industri muncul lebih awal lagi. Seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste Comte, Max Weber dan Karl Marx menggunakan istilah ini secara meluas.[1]     

 Ciri-ciri Masyarakat Industri:
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.
b) Mobiliti sosial
Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan ang tinggi.[2]
c) Pengkhususan kerja
Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan.(pengkhususan kerja)
d) Kemunculan kelas
Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.
e) Masyarakat Literasi
Merupakan masyarakatyang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,Edisi Kedua, (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),23.
[2] “Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.