Selasa, 10 Mei 2016

FOKUS STPM 2016-.ZAKAT

PERANAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
      Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]

c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf.[4]

d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang  kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil

f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya.

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.[6]

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Abbasiyah
Tafsiran zakat mengikut mazhab.
Pelaksanaan zakat fitrah dan harta
Ketua Kadi-menasihati sultan dalam urusan zakat.
Kadar zakat
Harta yang dikenakan zakat
Golongan penerima zakat
Zakat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara.



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)  ,103
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,208.
[3] Ibid,209.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[5] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,210.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan