Rabu, 18 Mei 2016

SUSUN LAPIS MASYARAT FEUDAL DI JEPUN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kedudukan Raja/ Daimyo
Masyarakat Feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir. dan saudagar. Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja.
Kuasa pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fudai. Mereka akan membantu Shogun dalampemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsuma, Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasi oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.[1]
SAMURAI
      Samurai terdiri daripada panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di Jepun. Antara tugas Samurai ialah memelihara keamanan negara, menjaga kepentingan Daimyo dan menumpahkan taat-setia kepada Daimyo.[2]
 Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istimewa kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan.
Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan
samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.[3]
PETANI
      Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian.Mereka merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.Golongan petani terpaksa membayar cukai yang tinggi. Mereka membayar 40-50% daripada jumlah hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada Daimyo. Petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang berat.[4]

TUKANG/ARTISAN
      Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani.Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan samurai.[5]Mereka mendapat penghormatan kerana pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang pertukangan. Barangan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir ini digunakan  oleh golongan Daimyo.  Tukang mahir pada zaman feudal seperti tukang membuat senjata  iaitu pedang mendapat layanan istimewa. Mereka menerima gaji yang lumayan dan tinggal di rumah mewah. Umpamanya, tukang kayu di Kyoto menerima gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memiliki sebilah pedang.[6]

SAUDAGAR/PEDAGANG
Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang.Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan
dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi membolehkan mereka
mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada golongan bangsawan.[7]




[1] Ibid,10.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,16..
[3] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[4] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,18.
[5] “Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,10.
[6] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,17.
[7]“Masyarakat Feudal”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,11.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan