Isnin, 23 Mei 2016

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA 17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1. Masyarakat maritim di negara Jepun.
Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh dikesan sejak abad ke - 3M apabila menjalinkan hubungan dengan China dan Korea pada dinasti Qin (221 - 206M). Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan pedagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara. 

      Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang/ maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M.Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut. Kehadiran kuasa Barat menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.[1]

Definisi masyarakat maritim.
Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatankelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal,tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.

      Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan,membuat kapal, menangkap itan aa, mengutip hasil laut.Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.[2]



[1]SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),49.
[2] “Masyarakat Maritim”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan