Selasa, 19 Jun 2018

Ciri-ciri masyarakat agraria di China.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Ciri-ciri masyarakat agraria di China.
SISTEM EKONOMI FEUDAL
Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam.Kebanyakkan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya.

      Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah ialah di lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat Diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki kerabat Diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.

      Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal ehwal  Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu.[1]

PENGKHUSUSAN PENGELUARAN PERTANIAN
Masyarakat agraria China mengamlkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan   seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kingsu. Kapas di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.

Petempatan
Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani mendirikan petempatan di lembah sungai tersebut.

       Petani yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi secara meluas.Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di Utara China. Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.[2]

SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah dengan tuan-tuan iaitu golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani  membayar sewa tanah dengan dalam bentuk hasil pertanian.

      Petani dikehendaki menyerahkan antara 50%-60% daripada hasil pertanian yang diperolehi sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

SSTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut  hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.[3]

      Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Pam yang menggunakan tenaga binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian.

      Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelak banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan di Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.[4]   

PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARANGAN
Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu. Kapas ditanam di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.[5]

PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.  Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk menigkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus.

      Selain tenggala kayu, mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir anah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Mereka memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian seperti sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Pengenalan kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.[6]  Pengenalan kaedah baharu ini telah meningkatkan pengeluaran hasil peertanian. Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di China sejak zaman Han lagi.




[1]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)16.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga,36
[3] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,17.
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),.22.
[5]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,  ,18.
[6]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Ketiga,37

Jumaat, 15 Jun 2018

Pokok getah tertua bernilai RM3.8 juta

12 Jun 2018 3:00 AM

RUTIN hujung minggu remaja berusia 14 tahun itu seringkali dihabiskan dengan beriadah di Taman Tasik Seremban (TTS), Seremban, Negeri Sembilan.

Haziq Ali Hisham gemar berkunjung ke situ disebabkan ia dilengkapi dengan trek joging yang dilindungi pohon besar dan rendang.


Biasanya, Haziq Ali akan berlari mengelilingi trek joging sebanyak dua pusingan sambil menghirup udara segar di taman itu.

Bagaimanapun, pada hari itu waktu riadahnya sedikit terganggu dengan sebatang pokok besar sekitarnya dikelilingi pagar putih setinggi satu meter.

Dia berasa hairan kerana pokok tersebut merupakan satu-satunya pohon di TTS yang dijaga dengan penuh rapi.

Haziq Ali terpanggil untuk mengetahui dengan lebih mendalam keistimewaan pokok yang memiliki batang besar dengan urat berpusing itu.

Apa yang tertera di papan tanda itu ialah Pokok Getah Pertama di Negeri Sembilan.

Raut wajahnya kelihatan teruja sebelum menghabiskan masa selama hampir 20 minit bagi mengamati susuk flora berkenaan dan membaca informasi yang diletakkan.

“Saya rasa, papan tanda ini baru saja diletakkan. Sebelum ini, saya rasa papan tanda ini belum ada lagi.

“Saya betul-betul tidak sangka pohon ini mempunyai nilai sejarah besar kepada negeri ini,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Pokok getah yang mempunyai lilitan batang sepanjang 3.5 meter (m) dan berketinggian 25m itu dianggarkan berusia 120 tahun.

Pokok berkenaan dipercayai ditanam oleh pelopor industri getah di negara ini iaitu Sir Henry Nicholas Ridley.

Menurut Haziq Ali, nilai sejarah yang ada pada pokok tersebut sangat penting memandangkan negara ini cukup sinonim dengan industri getah.

Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu menambah, pokok getah tersebut juga sangat unik kerana dapat hidup dalam tempoh lama.

“Dalam buku sejarah, saya hanya kenal pokok getah tertua di Malaysia yang terletak di Kuala Kangsar (Perak).

“Selepas mengetahui kewujudan pokok ini. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pokok ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Anak benih
Menariknya, pokok getah tertua di Negeri Sembilan mempunyai perjalanan sejarah hampir serupa dengan pokok getah tertua di Kuala Kangsar.

Penolong Pegawai Senibina Jabatan Taman dan Landskap, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Mohd. Azpuri Abd. Aziz berkata, pokok getah yang hidup di sebelah Galeri Diraja itu merupakan salah satu daripada 22 anak benih yang dibawa dari Kew Gardens, England pada tahun 1877.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 11 anak benih berkenaan telah disemai di Botanic Gardens, Singapura manakala bakinya dibawa ke Malaya.

“Saya difahamkan sembilan anak benih dihantar ke Kuala Kangsar manakala bakinya dua ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.

“Saya yakin, pokok ini merupakan anak benih yang dibawa ke sini, memandangkan usianya selari dengan tahun anak benih berkenaan dibawa ke Malaya.

“Menguatkan lagi hujah, pokok getah ini berada betul-betul di depan bekas tapak kediaman rasmi Residen British di Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut Mohd. Azpuri, pokok getah berkenaan dibawa oleh British ke Malaya untuk mengenal pasti kesesuaian tanaman berkenaan di rantau ini.

Katanya, disebabkan tumbesarannya yang sempurna, pokok getah di TTS telah berjaya meyakinkan pihak British untuk membuka ladang getah pertama Negeri Sembilan di Linsum estet, Rantau.

Linsum estet telah dibuka oleh Bapa Perusahaan Getah Asli di Malaya iaitu Thomas H. Hill dengan keluasan 1,600 ekar pada tahun 1883.

Ladang yang diuruskan oleh syarikat Anglo-Malay Rubber Company kemudian berkembang sehingga menjadi salah satu pengeluar getah utama di negara ini.

“Negeri Sembilan merupakan salah satu daripada tiga Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak dan Selangor yang tanaman getahnya berkembang pantas.

“Menjelang tahun 1920, Malaya telah mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia lantas menjadikannya tanaman penting di rantau ini hinggalah sekarang. British memerlukan getah bagi memenuhi permintaan tinggi industri di Eropah dan Barat,” katanya.

Susu getah
Pokok getah merupakan sejenis tanaman yang hidup di kawasan selatan khatulistiwa terutamanya di Hutan Amazon, Amerika Selatan.

Ia memerlukan hujan sebanyak 180sm hingga 250sm setahun dengan suhu antara sekitar 25 hingga 30 darjah Celsius.

Mohd. Azpuri memberitahu, Jabatan Taman dan Landskap mula mengenal pasti keistimewaan pokok getah tersebut sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, rentetan itu pihaknya telah melakukan penyelidikan secara terperinci bagi mengenal pasti jenisnya, tahun pokok dan tahap kesihatan pokok getah berkenaan.

Justeru, pihaknya telah merujuk kepada pakar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mendapatkan data sahih.

“Saya telah berjumpa dengan seorang rakan di FRIM, dia maklumkan pokok getah ini sudah tua dan tumbesarannya sudah perlahan.

“Meskipun begitu, keadaannya sihat dan tiada tanda-tanda pereputan. Kami juga telah menyembur racun anai-anai secara berkala.

“Pokok ini juga masih mempunyai susu getah walaupun sudah berusia ratusan tahun. Biasanya pokok getah akan kehabisan getah selepas menjangkau usia tiga dekad,” katanya.

Hasil penilaian pokok getah berkenaan mengikut piawaian kualiti fizikal dan sosial antarabangsa menunjukkan ia bernilai RM3.8 juta.

Sementara itu, Ketua Unit Pelancongan Komuniti dan Perhubungan Awam MPS, Shamaruddin Saidin memaklumkan, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk memelihara pokok getah berkenaan sebagai salah satu warisan Negeri Sembilan.

Jelasnya, pokok itu akan dijadikan sebagai salah satu daya tarikan baharu pelancong ke negeri yang terkenal dengan adat Minangkabau itu.

“Kami baru sahaja memagar kawasan ini bagi mengelakkan pelawat merosakkan khazanah tidak ternilai ini seperti menoreh bagi mengeluarkan getah.

“Langkah memagar ini juga dapat menggelakkan tanah di sekitar pohon ini mendap apabila dipijak oleh pengunjung.

“Kami turut menempatkan beberapa papan tanda bagi memberi informasi kepada pengunjung mengenai sejarah pokok ini,” katanya.

Pada sebelah malam, pokok getah tersebut diterangi dengan cahaya lampu. Shamaruddin memberitahu, pokok getah tersebut mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri.

Tegasnya, pokok getah itu terletak di kawasan taman rekreasi yang luas dan tidak terganggu dengan arus pembangunan.

“Pokok getah di Kuala Kangsar terletak di tepi jalan besar. Jadi, ia sedikit sebanyak telah mengganggu pembesarannya.

“Berbeza dengan pokok getah ini yang hidup di kawasan berbukit dan luas. Ia juga dilengkapi kemudahan untuk para pelawat melihat dan bergambar,” katanya.

Pokok getah pertama dan tertua di Negeri Sembilan yang masih mempunyai susu getah itu dipercayai ditanam oleh penjajah British bagi mengenal pasti potensi industri getah di negara ini.
SUMBER-KOSMO ONLINE 12 Jun 2018 3:00 AM

Selasa, 12 Jun 2018

Pensyarah USM banggakan negara


Dinobatkan sebagai Komunikator Sains Terbaik Dunia
Mohd.
Khuzairi Ismail
13 Jun 2018 3:00 AM
 
PULAU PINANG 12 Jun - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Khayriyyah Mohd. Hanafiah mengharumkan nama negara setelah dinobatkan sebagai Komunikator Sains Terbaik Dunia dalam pertandingan FameLab International 2018 di The Arena, Cheltenham, United Kingdom (UK), minggu lalu.
  
SITI KHAYRIYYAH MOHD. HANAFIAH mengharumkan nama negara setelah dinobatkan sebagai Komunikator Sains Terbaik Dunia dalam pertandingan FameLab International 2018 di UK, baru-baru ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM itu berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena melalui pembentangan bertajuk To Find a Hidden Killer (Mencari Pembunuh Tersembunyi) berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tuberculosis (tibi) atau batuk kering.


Dalam pusingan akhir, Siti Khayriyyah menewaskan 11 finalis lain dari pelbagai negara termasuk Mesir, Poland, Kazakhstan, UK, Afrika Selatan, Greece dan Cyprus.

Menurut beliau, kemenangan itu membuka lembaran baharu iaitu menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai bakat dan kemampuan untuk cemerlang dalam bidang sains dan teknologi.

Sambil melahirkan rasa terkejut, terharu dan bersyukur, katanya, kemenangan itu juga pengalaman paling bermakna dan berharga kerana dapat menarik perhatian penonton serta juri semasa membuat persembahan serta mendapat maklum balas yang baik dan positif.

“Nasihat saya kepada penyelidik dan pensyarah yang ingin menyertai pertandingan sebegini, baik tua atau muda, jangan ragu-ragu pada diri, cuba dahulu.

“Selagi anda ada mesej untuk disampai, berikan diri peluang untuk didengar khalayak ramai,” katanya yang banyak didorong oleh suami, ibu, keluarga serta rakan-rakan dalam menyertai pertandingan itu.

FameLab Interna­tional adalah per­tandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep Sains, Teknologi, Ke­juruteraan dan Matematik (STEM) dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak dalam tempoh tiga minit.

Setiap persembahan dinilai berdasarkan kandungan, kejelasan dan karisma penyampai.

FameLab diperkenalkan di Ma­laysia pada 2015 oleh British Council dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/pensyarah-usm-banggakan-negara-1.690472#ixzz5IFgxHy6V
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 11 Jun 2018

1.Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China.20m

Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.

       Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

       Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan  terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan.
       Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

       Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.


       Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat   agraria Belanda dan China  ialah dari segi ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan perikanan di Belanda serta  perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi  pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Selasa, 5 Jun 2018

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]

1. Konsep /definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]

2. Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur.
Pertanian
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Menurut K.H.D Halley,masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.  

      Hasil bijirin pula seperti barli, gandum,kekacang dan oat.Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum Gandum menjadi tanaman penting di Belanda menjelang abad ke-17. Menjelang abad ke-16, sebanyak 1150 kg hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setiap hektar. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.

      Petani-petani Belanda juga terlibat dalam tanaman dagangan. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.Menurut B.H Slicher van Bath biji cole ditanam secara meluas di Utara Belanda. Tanaman ini menguntungkan kerana biji cole diproses untuk menghasilkan minyak.Madder merupakan tanaman ang ditanam secara meluas di bahagian Barat Daa Belanda.Akar tanaman ini diproses untuk  dijadikan serbuk pewarna ang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman semanggi ditanam di Wilayah Waes yang terletak di Bahagian Utara Belanda sekiar tahun 1644. Menjelang abad ke-16 kegiatan penaman Hemp dilakukan secara meluas di Holland dan Utech. Hemp digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.[3]

Penternakan
      Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu dan kambing. Permintaan tinggi untuk produk tenusu menyebabkan petani melibatkan dii dalam penternakan lembu. Perkembangan ini menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.Kegiatan penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif di Belanda. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga banyak dieksport ke kawasan selatan.[4]

      Selain lembu, penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind. Kambing diternak untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Perangkaan pada tahun 1561 menunjukkan bahawa terdapat 12000 ekor kambing di wilayah Texel.

Hortikultur
Pertambahan penduduk dan penigkatan taraf hidup menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di sekitar bandar-bandar. Pembangunan dalam  sektor ini disebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat hortikultur muncul di sekitar bandar-bandar seperti Leiden dan Delft. Perkembangan pesat dalam proses pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur baharu di daerah-daerah seperti De Langeddijk dan Enkhuizen.

      Pekembangan bidang hortikutur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.Sayur-sayuran ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi.Penanaman kobis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Sreek yang terletak di daerah Enkuizen.

      Penanaman buah-buahan dijalankan di kawasan Aalsmeer dan Boskoop.Aasmeer menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan teruama  strawberi. Leiden merupakan pusat hortikulur trebesar di Belanda.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga tulip dan hop ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas. Bunga hop digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras. Tadis menghasilkan minumna keras beer daripada hop dapat dikesan sejak abad ke 14 lagi.[5] 

Petempatan
Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect

Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.

Masyarakat agraia Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.

      Kaedah penggiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.

      Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

Penambakan laut untuk kawasan pertanian
      Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij alankan secara besar-besaran.[6]



[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),22.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),23.
[3] Ibid,24.
[4]  “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[5] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),28.
[6] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, 14.

Isnin, 4 Jun 2018

Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17

1Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan ciri-ciri Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga abad ke- 17
PENGENALAN
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.

Kajian menunjukkan  Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali  dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]

Definisi Masyarakat Agraria

      Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap di sekitar kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Petempatan masyarakat ini terletak di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]


[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22. 
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 Penggal 1 Edisi Ketiga (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),hlm.22.