Selasa, 11 Oktober 2016

6.Huraikan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam pertubuhan North Atllantic Treaty Organisation (NATO) [20]


Pengenalan

         NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 beribu pejabat di Paris. Pada peringkat awalnya hanya 12 buah negara sahaja yang menganggotai pertubuhan ini. Negara-negara berkenaan ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Peranchis, Iceland, Kanada, Itali, Portugal, Denmark, Norway, Belgium, Belanda dan Luxemberg. - Strategi NATO untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggoa terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. - Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oeh Soviet Union. - Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB. - Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
            Untuk beberapa tahun pertama, NATO tidak lebih daripada sebuah persatuan politik. Walau bagaimanapun, Perang Korea merangsang negara-negara anggota, dan struktur tentera bersepadu telah dibina di bawah arahan daripada dua komander tertinggi AS. Kursus Perang Dingin membawa kepada persaingan dengan negara-negara Pakatan Warsaw, yang ditubuhkan pada tahun 1955. Yang pertama Setiausaha Agung NATO, Tuhan Ismay, yang dinyatakan pada tahun 1949 bahawa matlamat organisasi adalah "untuk memastikan tentera Rusia, Amerika dalam, dan Jerman ke bawah." 

FAKTA 1

PENGLIBATAN UK DAN US DALAM NATO


TAAKULAN
               
         NATO yang beribu pejabat di Paris telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.  NATO ditubuhkan untuk menghalang kebangkitan semula  kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan ideology komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap ketidak kemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khusunya dalam konteks dunia secara berkesan.
                Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah Timur yang prokomunis juga telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama. 

FAKTA 2
PERANAN UNITED KINGDOM DALAM NATO

Taakulan
Britain  adalah negara yang memainkan peranan penting dalam proses penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun  1946 hingga 1951dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO. Britain yang diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
                Andrew Priest dalam bukunya Kennady Johnson And NATO menyatakan Ernest Bevin, Setiausha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating The Americans bagi menghadapi ancaman Soviet khususnya selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula menegaskan bahawa Presien Harry S.Truman masih belum bersedia menghadapi ancaan Soviet di Eropah dan bagi pihak United Kingdom pula perlu membuat perancangan jangka panjang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah. 

FAKTA 3
HUBUNGAN UK DAN US DALAM NATO
TAAKULAN
Selepas Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih baik dan ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk hubungan iaitu perundingan diplomatic : merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi, kerjasama ketenteraan: kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut, perisikan : kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak khususnya menerusi Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence (CIA) di pihak Amerika dan M16 Secret Intelegence Service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain.
                Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana bimbang berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin meminta bantuan Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika. Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear di belakang Amerika Syarikat(128) dan Rusia(16).
NATO dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO ianya menunjukkan pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO berbanding negara-negara lain.  Komitmen berterusan Amerika di dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi  yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia dunia.

KESIMPULAN

Menurut seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944 mengatakan orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai oleh mereka. Jika tidak mahu NATO merosot mereka mesti memberi kuasa yang lebih kepada Amerika. Jelas Amerika menguasai dan mendominasi NATO    Sebagai kesimpulannya komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci kesaimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding dengan negara-negara lain. - Walaupun hubungan United Kingdom dan Amerika Syarikat akrab akibat Perang Dingin namun turut terjejas kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1945.



 SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan