Golongan pembesar ialah
pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau
diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang
berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan
segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau
maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan
tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT
PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran
raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan
Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
4.Menganggotai institusi
gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai
Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan
menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja
Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
PERANAN PEMBESAR
PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran
raja dalam Majlis Tertinggi.
Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar
sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di
Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan
mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat
dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi
perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
Pembesar Rusia dilantik untuk
menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja
di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah
penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang
kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan
yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan
Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa
pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis
Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan
Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik
Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.
3.Memberi perkhidmatan
ketenteraan.
Di Rusia banyak
bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam
bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan
kepada raja atau maharaja Rusia.
4.Menganggotai institusi
gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja
dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow,
institusi gereja Kristian Ortodoks
memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan
politik.
Namun, peranan institusi gereja Kristian
Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter.
Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan
kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik
Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter
memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.
Semasa pemerintahan Catherine, beliau
telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung
kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa
gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai
institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai
Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m
enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal
dasar negara.
6.Golongan bangsawan
menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja
Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di
Rusia mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan
komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata
dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur
propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal
jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.
8.Memajukan ekonomi
Rusia.
Bagi membantu ekonomi
Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang
membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II,
Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada
tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri
Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api
yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.
PERANAN PEMBESAR
PERINGKAT WILAYAH
Pemerintahan peringkat wilayah di
Rusia ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang
dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan
tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.
PERANAN PEMBESAR
PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai
pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis
Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang
telah ditetapkan.
penggubalan dan
meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma,
majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang
pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar
dalam menjalankan tugas. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi
mata dan telinga Tsar.
Kesimpulannya, sistem pembesar di dua
buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era
pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga
turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem
pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik.
Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di
China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak
republik dan kemudiannya komunis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan