Ahad, 16 Oktober 2016

FOKUS STPM P3 2016 konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19

1.1.2 Pembesar
a)konsep pembesar.
      Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan. Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu. Sistem ini digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan diikuti oleh hampir semua negeri di Tanah Melayu, kecuali Negeri Sembilan. Meskipun begitu, gelaran pembesar yang digunakan berbeza antara negeri dengan negeri yang lain.[1]

Hierarki pembesar di Tanah Melayu pada ke-19.
      Pada umumnya, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar yang berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Empat dibantu oleh Pembesar Lapan . Manakala Pembesar lapan dibantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.[2]Sistem ini diwarisi daripada  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi struktur politiknya, tetapi juga termasuk gelaran jawatan pembesar. Negeri-negeri seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah derigan jelas mengikut Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka.

       Sementara itu di negeri-negeri lain, sistem pembesarnya tidak banyak berbeza dengan sistem yang diamalkan di Melaka, kecuali dari segi gelaran pembesar-pembesarnya sahaja. Sebelum wujudnya sistem beraja dan institusi kesultanan, di negeri Kedah, misalnya terdapat dua orang pembesar yang bergelar Tun Dermadewa dan Tun Perkasa. Berdasarkan sistem beraja, gelaran pembesar yang biasanya digunakan ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung,Maharaja Lela, Menteri, Seri Raja dan Seri Dewa. Bendahara merupakan pegawai yang utama dalam struktur politik negeri Kedah. Walaupun begitu, tidak semua negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai sistem pembesar yang sama.[3]
SISTEM PEMBESAR DI PERAK
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengannegeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesarnegeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah


[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.,2014),5.
[2] Ibid.,7.
[3] Ruslan Zainuddin , Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003),21.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan