FOTO Shiraz Ali
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Institut Jantung
Negara (IJN) cipta sejarah perubatan baru apabila berjaya melakukan pembedahan
memasang ‘Peranti Injap Saluran Pulmonari Boleh Serap’ yang pertama di rantau
ini.
Peranti berkenaan dipasang pada
tiga pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah jantung kongenital dan ia
dibangunkan oleh Xeltis dari Switzerland.
Peranti berkenaan baru
diperkenalkan tahun lalu bagi membantu menyediakan saluran darah dari jantung
kanan ke paru-paru.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Datuk Seri Dr Mohd, berkata peranti itu diperbuat daripada bahan berasaskan
polimer dan ia boleh diserap oleh badan sebelum membantu badan membentuk tisu
sendiri.
Sebelum ini, katanya, dua pusat
perubatan jantung di Budapest, Hungary dan Krakow, Poland berjaya melakukan
pembedahan yang sama ke atas empat pesakit.
"Di rantau Asia Pasifik,
IJN adalah pusat perubatan jantung pertama yang berjaya melakukan pembedahan memasang
peranti berkenaan.
"Peranti Injap Saluran
Pulmonari Boleh Serap ini sesuai untuk pesakit jantung kongenital berusia
antara dua hingga 22 tahun yang mengalami masalah tiada saluran darah atau
saluran darah sempit.
"Pembedahan ke atas tiga
pesakit kanak-kanak itu masing-masing mengambil masa empat jam dan ia diketuai
oleh Pakar Kardiotorasik Dr S Sivakumar," katanya pada sidang media di
IJN.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 9:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan