Selasa, 11 Oktober 2016

2. Bincangkan peranan pembesar dalam pentadbiran imperial di China pada abad ke-16 hingga abad ke-20. [20]

      
Pengenalan

Menurut Kamus Dewan pembesar bermakna orang yang berpangkat. Pada abad ke 16 hingga abad ke 20, negara-negara Asia termasuk China masih mengamalkan sistem feudal iaitu sistem pemerintahan di tangan maharaja dan dibantu oleh pembesar-pembesar.   Berdasarkan sistem ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja. Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja.  Di China, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam kurikulum Confucius yang merupakan falsafah moral bagi masyarakat China klasik.  Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja. Raja juga mempunyai badan yang memantau tindakan pembesar bagi memastikan ketaatsetiaan pembesar.

FAKTA 1

KEDUDUKAN PEMBESAR

Taakulan
Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan golongan askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

            Pembesar China dilantik oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kemeterian Adat. Sistem peperiksaan awam menjadikan Confucius sebagai eleman utama dan orang Cina yang ingin menjadi sarjana(mandarin) perlu bermula daripada peperiksaan tempatan, jika lulus akan memasuki peringkat daerah dan wilayah dan seterusnya ke negeri. Mereka yang lulus akan diserap menjadi pembesar China. Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory. Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Awam, Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, Jabatan Upacara serta Adat Istiadat dan Jabatan Penapis.

Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh maharaja. Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.
            Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara


FAKTA 2
PERANAN DAN SISTEM  PEMBESAR DI PERINGKAT PUSAT

PENTADBIRAN


Taakulan
Maharaja China membahagikan pentadbiran kepada 3 fasa iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentabiran tempatan yang diletakkan di bawah pemantauan badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara. Di peringkat pusat maharaja memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).

Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.



Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap provinsi. Pembesar berperanan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kecuali hukuman bunuh.

Akhir sekali ialah  Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang.  Kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China. 

FAKTA 3
Perundangan
TAAKULAN
Pembesar turut memainkan peranan dalam bidang perundangan dan membantu raja menggubal undang-undang, menetapkan dasar negara, menguatkan kuasakan arahan dan titah perintah mahaharaja, menyediakan draf undang-undang dan edit warkah diraja. Tugas-tugas ini dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai intitusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3-6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh maharaja China.

FAKTA 4
Majlis Tertinggi
Taakulan
Maharaja juga dibantu oleh.  Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah dibahagikan kepada enam kementerian dan setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu.  Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. 6 kementerian tersebut ialah   Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat, Lembaga Perang, Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

FAKTA 6
Ekonomi
Taakulan
Dari segi ekonomi pembesar menguasai segala sumber ekonomi termasuk hasil bumi dan kegiatan perdagangan. Pembesar turut memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian. Di peringkat pusat didirikan Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan akaun pertanian atau tanaman.  Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik. Selain itu, merekan dilantik mengangotai lembaga hasil dalam negara.


FAKTA 7
Sosial
Taakulan
Pembesar-pembesar China turut memainkan peranan penting dalam bidang sosial dan pendidikan. Pembesar-pembesar China terdiri daripada golongan cerdik pandai yang membantu maharaja dalam melaksanakan dalam pendidikan dan pembelajaran serta membantu maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam. Pembesar-pembesar pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin yang berperanan menyelenggara kitab-kitab serta ensiklopedia. Mereka juga turut mengumpul maklumat tentang pemerintah dan menerbit biografi.

         Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan.  Kementerian ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme.  Anggotanya terdiri daripada golongan cendekiawan.  Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.


FAKTA 8
Lembaga Penapis atau Censorate 
Taakulan
Maharaja China telah menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate  untuk memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Ciri-ciri Lembaga Penapis yang terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan  4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat  Censorate dan urusan pentadbiran.  Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.  Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah. Jabatan ini berhubung terus dengan maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang menderhaka terhadap maharaja. Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk mengambil tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan. Seorang Censerote sangat tekun menjalankan tugasnya contohnya pada akhir abad ke-19 seorang Censorate telah menghantar sepucuk surat kepada Maharani Dowager yang menegur baginda yang tidak membuat persediaan yang sepatutnya  bagi melantik seorang bakal raja untuk menjalankan upacara sembahyang terhadap mendiang maharaja. Pegawai tersebut telah membunuh diri sebagai memperkukuhkan kritikannya terhadap balu maharaja dan mengelakkan kemurkaan baginda. Justeru jelas menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan kedudukan maharaja.



FAKTA 9
PERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT WILAYAH

Taakulan
            Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Selain golongan tentera, terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/ Shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran di wilayah. Secara umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

              Semasa pemerintahan Maharaja Ming, beliau telah membagikan empayernya kepada 15 wilayah. Wilayah dibahagikan pula kepada prefektur (fu), subprefektur (chou atau jabatan) serta hsien iaitu daerah. Organisasi pentadbiran diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang pegawai iaitu hakim an komander tentera wilayah. Maharaja Ming juga menyerahkan pemerintahan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Peranan atau ciri pegawai awam di daerah-daerah diuruskan oleh 6 orang menteri, iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, Menteri Kerja-Kerja Awam. Menteri akan membantu gabenor di setiap daerah yang dikenali sebagai Grand Cordinators, penyelia wilayah pula dikenali sebagai Supreme Commanders dan pegawai-pegawai tempatan.

             Pentadbiran ketenteraan pula berada di bawah 5 ketua suruhanjaya tentera dan setiap orang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Pegawai pengawas kerajaan pula mengawasi aktiviti pembesar alam semua peringkat pentadbiran bagi memperkukuhkan kuasa maharaja

            Pegawai pengawas kerajaan turut menguruskan pentadbiran dengan mengawasi aktiviti semua peringkat pentabiran, mendakwa pegawai-pegawai yang men- yeleweng, menjalankan tugas-tugas khas seperti mengesan penyelewengan dalam pentadbiran, menyingkir pegawai kerajaan yang kurang   cekap  serta mengekalkan kerajaan yang sesuai dengan idealism China

            Semasa pemerintahan Dinasti Ching Gebenor dilantik sebagai pentadbir wilayah. Tugas utama gabenor menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri raja.  Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dn bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai Bijirin. Manakala Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan



KESIMPULAN

Dasar pemerintahan maharaja dapat  mengekalkan keamanan dan ketenteraman ialah melalui keseimbangan dalam  pemilihan jawatan pembesar antara orang Manchu dan orang China. Keseimbangan pemilihan ini membolehkan hamper tiada persaingan dalam jawatan kerajaan. Hanya pada era akhir pemerintahan Manchu menyaksikan pembesar-pembesar yang dilantik tidak melalui saringan yang ketat iaitu tidak dilantik berdasarkan system peperiksaan awam. Akhirnya Revolusi 1911 telah menamatkan system pemerintahan beraja di China terutamanya sistem feudal yang telah berlangsung selama 267 tahun dan penamatan sistem ini turut menghapuskan sistem pembesar dan diganti dengan sistem bercorak republik dan kemudiannya diambilalih oleh pemerintahan komunis. 

  SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM P1 NEGERI PAHANG 2016


Tiada ulasan:

Catat Ulasan