Khamis, 31 Mac 2016

Uwais rindu bertemu Rasulullah

ARKIB : 01/12/2010
TERDAPAT seorang pemuda tinggal di negeri Yaman. Pemuda itu bernama Uwais bin al-Qarni. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau bekerja sebagai pengembala unta. Unta-unta itu adalah milik abangnya yang terletak di sebuah tempat bernama Qarni.

Selain itu, Uwais juga membuat kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kebun orang dan memetik buah kurma. Rezeki yang diperolehinya itu, hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Ayahnya sudah meninggal dunia. Uwais bergantung kasih sayang kepada ibunya yang sudah tua dan lumpuh. Beliau anak yang baik. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh pada malam hari, sedangkan pada siang harinya, beliau sibuk mencari nafkah bagi menyara diri dan ibunya.

“Uwais adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Beliau juga tidak pernah mengeluh atau menyesal mempunyai ibu seperti itu,” kata seorang penduduk yang tinggal di kampung itu.

Sikap Uwais yang sangat baik menjadi sebutan orang ramai di kampung itu. Malah, ibunya yang tua itu menjadi semakin kasih dan sayang pada anaknya itu.

Pada suatu hari, Uwais mendapat berita, Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berperang di Bukit Uhud.

Peperangan itu dinamakan Perang Uhud. Uwais al-Qarni mendapat tahu Nabi Muhammad tercedera dalam perang itu. Malah, gigi Nabi Muhammad juga turut patah kerana diserang oleh musuh.

“Gigi Nabi Muhammad patah. Saya sepatutnya melawat Nabi Muhammad sekarang. Saya mahu merawat kesakitan beliau. Tetapi saya tidak dapat pergi ke sana,” bisik Uwais seorang diri.

Uwais sedih sendirian apabila mengenangkan kecederaan yang berlaku pada Nabi Muhammad. Kemudian, beliau mengambil seketul batu.

“Saya mahu mengetuk batu ini pada gigi saya supaya saya dapat merasakan kesakitan seperti mana yang ditanggung oleh Nabi Muhammad pada masa ini,” kata Uwais seorang diri.

Rasa cintanya kepada Nabi Muhammad tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi. Tanpa berfikir panjang, Uwais mengambil seketul batu dan mengetuk giginya sehingga patah. Darah mengalir keluar dan beliau merasai kesakitannya.

Uwais al-Qarni mahu berjumpa Nabi Muhammad di kota Madinah. Tetapi beliau tidak dapat pergi lama kerana dia mempunyai ibu yang sudah tua dan lumpuh. Tetapi, ibu Uwais mengizinkannya pergi berjumpa Nabi Muhammad.

“Saya Uwais al-Qarni. Saya datang mahu berjumpa Nabi Muhammad. Saya datang dari Yaman,” kata Uwais kepada Aisyah binti Abu Bakar.

“Maafkan saya, Nabi Muhammad tiada di rumah. Beliau berada di medan Perang Uhud,” jawab Aisyah.

Uwais tergamam seketika.

“Perlukah saya menunggu Nabi Muhammad pulang. Ibu saya sakit di rumah. Tiada sesiapa menjaganya,” bisik Uwais.

Akhirnya, Uwais terpaksa pulang ke rumahnya segera. Ibunya sakit di rumah. Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa Nabi Muhammad.

“Sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz assalamualaikum,” kata Uwais dan beredar pergi.

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, “Adakah sesiapa mahu berjumpa saya selama saya tiada di rumah?”

“Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah,” kata Aisyah kepada Nabi Muhammad.

“Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya,” jelas Aisyah, isteri Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, “Sekiranya kamu mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada tanda berwarna putih”.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Ali dan Umar al-Khattab, “Apabila kamu berdua berjumpa Uwais al-Qarni nanti, kamu mintalah beliau berdoa dan memohon keampunan daripada Allah. Beliau adalah penghuni langit”.

Begitulah kisah seorang sahabat yang sangat menyayangi dan mengasihi Nabi Muhammad. Seorang pemuda yang patuh dan taat kepada ibunya yang tua dan sakit lumpuh itu.

Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz44TKU8OfY © Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 30 Mac 2016

2.3.1 PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

2.3.2  : Sumbangan  tokoh
Hasil Pembelajaran  : Menilai  sumbangan tokoh - al-Khawarizmi, Ibn Sina, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun.
Masa / Kawasan Kajian : Khalifah Abbasiyah abad ke-8 hingga 13M dan Mesir  abad ke-
15M.
1.a.Al-Khawarizmi
Latar belakang  Al-Khawarizmi
Kepakaran  beliau dalam  ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid  yang melantiknya sebagai  pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.  Khalifah al-Makmum  melantik  beliau sebagai  pengarah arkib di perpustakaan  istana. Al-Khawarizmi  mengemaskini sistem perpustakaan  dengan menambah  indeks buku-buku  di perpustakaan tersebut  di Baitul Hikmah.  Beliau turut bertugas mengetuai  dan mengawasi  kerja penterjemahan  buku-buku Matematik  dalam bahasa Yunani  yang diperoleh daripada  kerajaan Byzantine.[i]

      Al-Khawarizmi  seorang  tokoh Islam yang berpengetahuan  luas dalam bidang falsafah,  logik, aritmetik,  geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Sumbangan al-Khawarizmi  :
a. Matematik:
Memperkenalkan  sistem nombor India (kini dikenali  angka Arab)  yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan  simbol-simbol  yang mewakili nilai-nilai  tertentu.Beliau memperkenalkan  beberapa  proses  pengiraan termasuk  operasi dan pecahan.

      Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
      Memperkenalkan penggunaan  angka dalam  karyanya  De Numero Indorum  yang berkaitan dengan aritmetik.  Beliau menerangkan  tentang  angka sifar. Dengan adanya angka
sifar, operasi tambah,  tolak,  darab, bahagi,  kuasa, logkosinus dan lain-lain dapat diselesaikan  dengan mudah,malah  membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan  olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa  Eropah dengan sebutan  cifre,chiffre danzero. Melalui  angka  sifar akan terbitkan  nombor yang mencapai  infiniti.

    Sistem  angka  juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan  planet-planet  atau planet-palent  dan lain-lain.
. Dalam konsep  algebra (aljabar - ilmu persamaan),  alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian  tersusun dan sistematik  sehingga  digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra  beliau  Hisab  al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan  dalam  bahasa  Latin dan menjadi rujukan  di universiti-universiti  Eropah sejak abad  ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar  algebra  dalam  bentuk mudah dan menyelesaikan  banyak permasalahan  seperti pewarisan,  pembahagian  harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.

     Al-Khawarizmi  telah membangunkan  bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai  sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi  sin.. Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan  kon dan membangunkan  kalkulus  yang membantunya menguasai  konsep perbezaan.

Karya beliau yang lain ialah Kitab  al-Jam'a bil Hisab al-Hindi yang berkaitan dengan konsep  aritmetik.

Geografi :
      Al-Khawarizmi  telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai  geografi  termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah  saintis  pertama  melakar peta dunia pada tahun 830M.

Menghasilkan  karya geografi
Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan  bersama petanya  ke dalam  bahasa  lain.
Menulis tentang  takwim Yahudi  yang berjudd  Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan  ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar  terhadap kemajuan dalam bidang sains  astronomi.
Hasil  kerjaya beliau turut meliputi kerjaa-kerja berkaitan dengan  jam, alat yang menunjukkan waktu  dengan  bayangan matahari serta  alat kaji bintang.
Beliau  banyak  menghasilkankarya  astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai  bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh  dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan  alat yang menunjukkan waktu  dengan bayagan matahari).
Khalifah al-Makmum  telah melantik  al-Khawaizmi  sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap  yang didirikan oleh baginda  di Baghdad.[ii]




[i]“Perkembangan Intelektual”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),80.
[ii] Ibid,82.

Isnin, 28 Mac 2016

PERJANJIAN PERDAGANGAN MALAYSIA / INDONESIA DITANDATANGANI

Pada   hari   ini 28.3  dalam   tahun  1969,  Perjanjian  Perdagangan di antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani.  Upacara  yang  bersejarah ini  telah  diadakan  di  Wisma  Putra,  bertujuan  untuk mengeratkan  kerjasama  ekonomi  dan  perkembangan  perdagangan di antara  kedua-dua negara.  Setiausaha  Tetap  Kementerian  Perdagangan dan Perusahaan,  Tan  Sri  Raja  Mohar  Badiozaman   telah mewakili kerajaan Malaysia, sementara  negara Indonesia pula diwakili oleh  Penasihat Dagang kepada Menteri  Perdagangan  Indonesia  Dr. Ariffin Hararap.  Antara  perkara  utama  yang  telah  dipersetujui  dalam  perjanjian  ini  ialah penetapan  peraturan  perdagangan di sempadan  kedua-dua buah negara. Selain daripada  itu  persetujuan juga  telah  dicapai  untuk mengadakan  kerjasama  ekonomi dan  teknik  pemprosesan  dalam  bidang  perusahaan  getah,  bijih timah,  kelapa sawit,  lada hitam,  kayu-kayan  dan perkapalan. Sesungguhnya perjanjian yang ditandatangani ini telah meluaskan lagi hubungan diantara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang perdagangan.  Persefahaman  dan  jalinan  hubungan  yang  harmonis  dikalangan  negara-negara  jiran  telah  menyumbang  kearah  pengekalan  kemerdekaan negara.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Ahad, 27 Mac 2016

Soalan: Bincangkan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.20m

                    Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.

          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Jumaat, 25 Mac 2016

PENUBUHAN PASUKAN POLIS

Pasukan Polis merupakan satu pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan sesebuah negara. Pada hari ini 25.3.1807 satu pasukan polis yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pasukan itu adalah merupakan asas kepada penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia sekarang. Pasukan Polis itu dianggotai oleh anak-anak tempatan dan diletakkan di bawah perintah seorang Ketua Polis dan seorang timbalannya. Mr. James Carnegy merupakan orang pertama dilantik menjadi Ketua Pasukan Polis tersebut. Penubuhan Pasukan Polis Pulau Pinang itu telah merintis jalan ke arah penubuhan Pasukan Polis di negeri-negeri lain. Negeri Melaka mula mengikut langkah Pulau Pinang apabila pasukan Polisnya ditubuhkan pada tahun 1827. Kedua-dua pasukan itu kemudiannya disatukan menjadi Pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Apabila berlakunya pertukaran pentadbiran tanah jajahan Inggeris dari Pejabat Tanah Jajahan India ke England, dalam tahun 1872, pentadbiran pasukan Polis ini telah turut terlibat sama. Ia diletakkan di bawah perintah seorang `Inspector General' yang berpusat di Singapura. Perkembangan Pasukan Polis maju setapak lagi apabila tertubuhnya pasukan polis bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 2 Jun, 1899. Kapten H.C.Syers telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Polis ini. Satu pentadbiran pusat telah diwujudkan. Sementara itu bagi Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu pula, pasukan polisnya bermula di negeri Johor pada tahun 1882, Kedah dan Kelantan 1909 dan Terengganu 1914. Bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sejarah pasukan polis bermula pada tahun 1840 secara tidak rasmi di bawah kelolaan Raja Brooke. Tetapi kemudiannya Pasukan Polis Sarawak telah ditubuhkan pada 1862 yang mengandungi 120 orang anggota, dan Mejar W.H. Rodway telah dilantik sebagai Pengarahnya. Pasukan Polis Sabah pula mulai ditubuhkan pada tahun 1882. Menjelang tahun 1948 perkembangan pasukan polis maju setapak lagi apabila seluruh pasukan polis di seluruh Semenanjung Tanah Melayu disatukan dan kemudian dikenali sebagai Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan Polis Diraja Malaysia kemudiannya telah dibentuk dengan gabungan dari Pasukan-pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

TUN ABDUL RAZAK MERASMIKAN KONVENSYEN EKONOMI MALAYSIA

Pada hari ini 25.3.dalam tahun 1974,  Perdana  Menteri, Y.A.B  Tun  Abdul Razak Hussein telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur.  Konvensyen Ekonomi Malaysia ini telah  disertai  oleh ahli-ahli  Ekonomi  dari  dalam  dan luar negara  serta  kakitangan kerajaan.  Pokok perbincangan konvensyen ini ialah mengenai Dasar Ekonomi Baru dan inflasi yang sedang meruncing pada ketika itu. Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa adalah penting agar Dasar Ekonomi Baru lahir  dari  kenyataan  dalam  masyarakat yang  telah berubah dari  keadaan  politik  yang  telah matang sesudah menempuh pengalaman hebat demi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan kerana kejayaan DEB menentukan survival negara di masa hadapan. Beliau amat menghargai usaha badan-badan seperti Persatuan Ekonomi Malaysia yang bertujuan membantu kerajaan mencari huraian masalah negara agar dasar kerajaan dan perlaksanaan benar-benar menurut kehendak rakyat. Konvensyen Ekonomi Malaysia yang telah berlangsung selama tiga hari ini turut membincangkan beberapa kertas kerja  yang berkait rapat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Majlis penutupnya  telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B   Dato Hussein Onn.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Khamis, 24 Mac 2016

c. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kaedah pengajaran  dan pembelajaran  di Mesir  :
a. Kaedah  lisan - kaedah imlak, ceramah, qira'ah, as'ilah(mengajukan  pertanyaan), muzakarah  (berdebat)  dan sebagainya.
b. Kaedah menghafal - kaedah penting dalam pembelajarankhasnya  merghafaz al-Quran, hadis dan syair.
c. Kaedah mencatat  dan menulis.
d. Kaedah rihlah - digunakan oleh ahli hadis  dan bahasa

Kaedah pengajaran  dan pembelajaran  di Acheh :
a. Kaedah Bercerita untuk mempelajari  ilmu sirah dansejarah.
b. Kaedah halaqah-diadakan pada semua peringkatpengajian.
c. Perbincangan  dan perdebatan-dijalankan dikalangan paraulama dan sarjana, ini bertujuan untuk berbincangmasalah berkaitan pendidikan.
d. Kaedah Tunjuk cara-Kaedah  ini digunakan  untukmenunjuk  cara pengajaran  solat.
e. Kaedah  lisan
- Kaedah  ini digunakan  untuk memantapkan  bacaan al-Quran dan al-Hadis.[1]




[1]“Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),71. 

Rabu, 23 Mac 2016

b.Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah siri 2

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah  :
a. Pendidikan fardu ain  :
Fardu bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama.Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia. Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar  dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.1] Ilmu-ilmu fardu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu tauhid, fiqah dan asawuf.[2]
b. Pendidikan fardu  kifayah :
      Ilmu fardu kifayah  pula bermaksud Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut  oleh sebahagian  umat Islam. Ilmu fardu kifayah adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagi menyempurnakan  keperluan  hidup manusia samada berbentuk  keagamaan  atau keduniaan  seperti perubatan, sains dan teknologi, astonomi, kejruteraan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

      Ilmu-ilmu fardu  kifayah merupakan  ilmu yang bersandarkan akal.Oleh itu ilmu ini berada di tempat kedua selepas ilmu fardu ain.Ilmu ini sebagai pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan kepentingan masarakat semasa dan ilmu ini dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna.Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai  dasar, akal, pancaindera, pengkajian,eksperimen  dan lain-lain.Ilmu fardu  kifayah  terbahagi  kepada  tiga : ilmuindera, ilmu sains dan ilmu falsafah.

o Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Mesir :
a. tentera pembukaan Islam di Mesir erdiri daripada para sahabat besar.Sebahagian daripada mereka menetapdi Mesir setelah pembukaannya.Mereka benih utama bagi pergerakan ilmu Islam di Mesir dengan ilmu-ilmu yang mereka ajar kepada masyarakat seperti ilmu tafsir ,hadis,feqah, lughah dan sebagainya.
Di Mesir,  ilmu fardu ain dan kifayah  amat ditekankan dan dipelajari  di institusi pendidikan meskipun  pada peringkat awal penekanan berkisar  tentang akidah  dan keimanan. Abdullah ibn Amru ibn al-As antara para sahabat yang paling tekenal yang meyertai  tentera pembukaan terlibat dalam penyebaran ilmu di Mesir.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan  luar,pertembungan  budaya dan sebagainya menyebabkan sistem kurikulum asal Mesir dicampuri  dengan  ilmu fardu kifayah  seperti falsafah, perubatan, astronomi  dan sebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh  ilmuan Islam terkemuka  di Mesir.
Antara tokoh ilmuan  dari kalangan para sahabat di Mesir  ialah Abdullah ibn Amru al-As. Tokoh dari generasi tabiin ialah azid bin Abi Habib ang diserahkan tanggungjawab berfatwa di Mesir oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.Beliau telah menunaikan tanggungjawab tersebut dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 128H.

      Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir telah imam besar dalam ilmu fiqh, iaitu al-Layth ibn Said. Setelah itu muncul Imam al-Syafii untuk menziarahi Mesir dan beliau menghabiskan bahagian akhir daripada kehidupannya di sana hingga meninggal pada tahun 204H. Mazhabnya dikembangkan oleh Abu yaakob yusuf al-Buwayti dan al-Rabi ibn Sulayman a-Jizi. Tokoh- tokoh terkemuka lain yang lahir dari Madrasah Diasat Syariyyah di Mesir ialah Uthman bin Said. Beliau berasal dari kaum Qibti. Beliau menunjol secara khusus dalam ilmu qiaati dan meninggal pada tahun 197H.

Penyebar Pendidikan Bahasa Arab.
     Penyebaran bahasa Arab di Mesir bermula sama dengan pembukaan Islam di sana.Keadaan ini dibantu oleh pergaulan orang Arab Islam dengan penduduk Mesir dan perkahwinan dalam kalangan mereka.Penduduk Mesi  yang menganut Islam wajib mempelajari bahasa Arab untuk mengenali pengajaran-pengajaan agamanya yang baharu. Penterjemah antologi syair pada zaman Abdul Malik bin Marwan mempunyai kesan yang besar dan praktikal dalam penyebaran bahasa Arab di Mesir.   

Penyebar ilmu Bahasa dan Sejarah.
      Selain Madrasah al-Dirasat al-Syariyyah di Mesir, sekolah-sekolah lain untuk bahasa Arab dan Kesusasteraanya  serta sekolah untuk ilmu sejarah turut dibina. Contoh terbaik bagi tokoh yang mewakili kedua-dua sekolah ialah Abdul Malik ibn Hisyam, penulis kitab al-Sirah al-Nabawiyyah yang terkenal dan Ibn Abdul Hakam,penulis Futuh Misra wa Akhbaruha. Antara ahli sejarah Mesir  paling terkenal pada waktu itu.

Ilmu Sains Alam  
Sekolah ilmu sains alam juga erdapat diMesir. Contohnya seperti ilmu perubatan dan kimia. Antara tokoh yang giat dalam ilmu-ilmu ini ialah Ibn Abjar al_ tayyib dan ahli sufi terkenal yang juga merupakan ahli falsafah dan ahlikimia iaitu Zunnun al-Masri.[3]
Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Acheh  :
a. Di Acheh, ilmu fardhu  ain amat ditekankan pada peringkat awal pendidikan, pengajian  al quran, al Hadis di ajar di semua institusi,serta  ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah  diajar pada peringka tmenengah  dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, dan matematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian,  pertukangan,  ilmu perniagaan  turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.[4]




[1] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, 245.
[3] Ibid,245.
[4]“Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,),70.

Selasa, 22 Mac 2016

b.Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan fardu ain dan fardu kifayah  :
a. Pendidikan fardu ain  :
Ilmu asas ajaran lslam seperti akidah, syariat dan akhlak.Ilmu ini wajib dipelajar  dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah, manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.[1]
b. Pendidikan fardu  kifayah :
. Ilmu pengetahuan yang wajib dituntut  olehsebahagian  umat Islam.
. Ia adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagimenyempurnakan  keperluan  hidup manusia samadaberbentuk  keagamaan  atau keduniaan  sepertiperubatan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
. Ilmu-ilmu fardu  kifayah merupakan  ilmu yangbersandarkan akal.
. Sumber ilmu ini ialah al-euran dan as-Sunnahsebagai  dasar, akal, pancaindera, pengkajian,
eksperimen  dan lain-lain.
. Ilmu fardu  kifayah  terbahagi  kepada  tiga : ilmu indera, ilmu sains dan ilmu falsafah.
o Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Mesir :
a. Di Mesir,  ilmu fardu ain dan kifayah  amat ditekankandan dipelajari  di institusi pendidikan meskipun  padaperingkat awal penekanan berkisar  tentang akidah  dankeimanan.
b. Perkembangan pendidikan, interaksi dengan  luar,pertembungan  budaya dan sebagainya menyebabkansistem kurikulum asal Mesir dicampuri  dengan  ilmufardu kifayah  seperti falsafah, perubatan, astronomi  dansebagainya.
c. Lahir tokoh-tokoh  ilmuan Islam terkemuka  di Mesir.
Pendidikan fardu ain dan kifayah  di Acheh  :
a. Di Acheh, ilmu fardhu  ain amatditekankan padaperingkat awal pendidikan, pengajian  al euran, al Hadisdi ajar di semua institusi,serta  ilmu-ilmu lain sepertifekah, tauhid dan tasawuf.
b. Pengajian fardhu kifayah  diajar pada peringkatmenengah  dan tinggi. Di peringkat Dayah ilmu fardhukifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dariArab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.
c. Pendidikan khusus untuk wanita dalam bidang pertanian,  pertukangan,  ilmu perniagaan  turut diajar diDayah.Di peringkat Dayah ilmu fardhu kifayah di ajar menggunakan  kitab-kitab dari Arab.Antara  ilmu tersebut ialah geografi,  sejarah, danmatematik.



[1] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),70.

PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI KEPADA BATALION KE-9 ASKAR MELAYU DIRAJA

Angkatan tentera merupakan tulang belakang bagi pertahanan negara ini dalam menghadapi ancaman musuh di dalam dan luar negara. Pada hari ini 22 Mac 1975, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan Panji-panji Regimen kepada Sembilan Melayu DiRaja.  Baginda juga menyampaikan amanatnya agar `mengawal dan mempertahankannya setiap masa dengan penuh semangat kesetiaan'. Istiadat penuh gilang-gemilang dan mengikut tradisi ketenteraan itu berlangsung di Markas Sembilan Melayu DiRaja di Kantomen Sg. Besi. Dengan penyampaian panji tersebut Sembilan Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1965 telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan negara di atas perkhidmatan setia dan cemerlangnya.  Ia juga merupakan sejarah di mana Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia buat pertama kalinya mengurniakan panji-panji Rejimen, manakala di dalam keadaan biasa panji regimen akan dikurniakan oleh Kolonel Ketua Regimen berkenaan. Seri Paduka Baginda juga turut memeriksa perbarisan sembilan pegawai dan 335 orang anggota regimen tersebut. Turut hadir di upacara ini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Bahiyah binti Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn berserta isteri, Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail, Ketua Turus Tentera Darat, Leftenan Jeneral Tan Sri Engku Nazaruddin Mohamed dan lain-lain pegawai tinggi angkatan tentera yang turut disertai oleh isteri masing-masing. Dengan pengurniaan Panji-panji kepada Batalion Ke-9 Askar Melayu Diraja pada hari ini dalam tahun 1975, ianya merupakan satu penghormatan kepada angkatan tentera yang menumpukan taat setia kepada negara.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

2.2.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR ABAD KE-8M

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HP-Menjelaskan jenis institusi pendidikan : halaqah, masjid/surau,pondok/madrasah, istana dan universiti.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu kifayah.[1]

       Kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti F atimiyyah.

      Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Jenis institusi pendidikan di Mesir
a. Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b. Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab: pertama - kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)
      Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayayang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.

      Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan  Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (madrasah hadis). Antara para sahabat yang terlibat dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.

      Abdullah bin Amru Al-As ahli hadis yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadis-hadis yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW.Bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatannya, agar beliau idak lupa ketika ingin meriwayat hadis-hadis tersebut kepada murid-muridnya.[2]    

e. Padang pasir / badiah - badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.[3]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua(Shah Alam: Oxford Fajar.2016)  ,131.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 241.
[3] “Pendidikan”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.