Selasa, 4 Oktober 2016

FOKUS STPM 2016 -Poor Man's Party

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar Belakang
Dr. Ba Maw merupakan seorang peguam yang berjaya membela Saya San yang melancarkan pemberontakan menentang British pada tahun 1931 hingga tahun 1932. Sejak itu, beliau popular dalam kalangan rakyat jelata sebagai wira yang dapat mempertahankan hak mereka. Berdasarkan situasi tersebut, Dr. Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwe
pada tahun 1936. Parti ini merupakan parti politik pertama di Myanmar yang berjaya menarik sokongan rakyat yang kebanyakannya merupakan kaum tani dan buruh yang miskin.

Hanya 16 calon Sinyetha dilantik ke Dewan Perundangan yang mengandungi 132 kerusi. ini menunjukkan kurangnya sokongan daripada golongan nasionalis. Akan tetapi, pada tahun 1937, Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri bangsa Myanmar yang pertama selepas Myanmar diasingkan daripada pentadbiran di India. Ini membuktikan sokongan yang semakin hebat kepada Dr. Ba Maw sejak penubuhan Poor Man Party.[1]
Sebab dan Matlamat Penubuhan
Penubuhan Poor Man Party lebih memperlihatkan keazaman Dr. Ba Maw untuk memancing undi pilihan raya daripada kelas bawahan yang merupakan majoriti rakyat miskin. Beliau mengumumkan pemotongan cukai untuk melindungi petani daripada golongan peminjam wang yang menindas mereka.

Setelah Myanmar diasingkan daripada India pada tahun 1937, muncul Dobama Sinyetha Asiayone yang merupakan gabungan Poor Man's Party di bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan Dobama Asiayone di bawah pimpinan golongan Thakin.[2]

Pada tahun 1940-an, pertubuhan nasionalis yang memainkan peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan ialah Poor Man Party. Dr. Ba Maw memperjuangkan idea sosialis melalui Poor Man Party. Beliau mendapat sokongan buruh di pelabuhan, tuan tanah, tokoh yang berpengaruh, dan mereka yang pernah mendapat bantuan.

Sebelum serangan Jepun ke atas Myanmar, golongan nasionalis Myanmar yang kaya berjuang mempertahankan negara (ada nasionalis yang dipenjarakan oleh British kerana perjuangan radikal. Mereka memerlukan satu pasukan pertahanan yang terdiri daripada golongan miskin kerana jumlah mereka yang ramai dan golongan paling tertindas di bawah British.[3]

Pada tahun 1940-an Poor Man’s Party menjadi penting dalam gerakan nasionalis dan perjuangan kemerdekaan. Para nasionalis bertekad mencapai kemerdekaan dari British melalui peranan golongan bawahan yang miskin untuk menentang secara terbuka.[4]

Persatuan Dobama bekerjasama dengan golongan miskin. Parti baharu Parti Taw-hlan-ya dibentuk. Mereka menegaskan petani tidak bersalah jika tidak membayar cukai. Kegagalan menbayar cukai digunakan sebagai senjata untuk menentang penjajah British. Semasa Perang Dunia II, Britain dan sekutunya kalah teruk. Para nasionalis Burma mengambil kesempatan membentuk Bama Htwet Gaing Gyi yang dikenali sebagai Burmalutnary Party. Parti ini melaungkan slogan, Brtain’s woes is Burma’s opportunity.

Di bawah naungan Burma Revolutionary Party ialah Dobama Sinyetha Asiaone yang terdiri daripada Parti Aung San, iaitu  Party Dobama Asiayone dan Parti Dr Ba Maw iaitu Poor Man’s Party. Kebanyakan ahlinya terdiriidaripada pelajar, petani dan buruh. Dr Ba Maw   dilantik sebagai Pengerusi dan Aung san sebagai Setiausaha. Poor Man’Party juga memainkan peranan penting dalam menentang kerajaan U Saw yang sering menangkap dan menghukum pemimpin politik.[5]





[1]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2013),365.  
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2014),356.  
[3] Ibid
[4] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,( Baru   Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Bandar, 2015),356.  
[5] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan