Khamis, 20 Oktober 2016

Setem sempena ulang tahun Penang Free School

 SETEM khas sempena ulang tahun Penang Free School ke-200 tahun.
Kuala Lumpur: Selepas pengeluaran pertama siri setem Penang Free School pada tahun 1966, Pos Malaysia Berhad sekali lagi mengeluarkan siri setem terbabit sempena ulang tahun sekolah itu yang ke-200 tahun esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, setem itu akan dijual di pejabat pos seluruh negara pada hari ulang tahun Penang Free School, esok.

Katanya, tiga setem yang dihasilkan memaparkan imej bangunan dan halaman sekolah yang diambil dari pelbagai sudut.


Jelas beliau, bagi setem imej kawasan sekolah boleh didapati dengan harga 70 sen manakala pemandangan sekolah dari sudut atas 80 sen dan 90 sen bagi setem pemandangan panorama sekolah.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:38 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan