Rabu, 30 September 2015

NATO

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki. Jerman menyertai NATO pada tahun 1955.[1]

Matlamat utama NATO ditubuhkan adalah;
1.Meyujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggota terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajuai oleh Soviet Union. Tambahan pula, negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah menambah kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat. Jadi, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal lagi.[2]  
2.Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
Matlamat penubuhan NATO juga ialah untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota.
3.Membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.[3]
4.Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
5.Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
NATO ditubuhkan bagi Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB samada dari sudut ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.[4]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437.    
[2] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),327.   
[3]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  ,437.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),326.    

Isnin, 28 September 2015

North Atlantic Treaty Organization-NATO


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Nato
Pada Februari 1947, perjanjian damai antara Blok Barat dengan Itali, Hungary, Romania, Bulgaria dan Finland ditandatangani Tujuan perjanjian damai ini adalah untuk menamatkan permusuhan yang tercetus akibat Perang Dunia Kedua. Perjanjian ini merupakan kerjasama terakhir melibatkan Blok Barat dan Soviet Union sebelum tercetus Perang Dingin.

      Pada tahun 1949, Pertubuhan Perjanjian Atlantik  Utara (North AtlanticTreaty Organization) telah ditubuhkan. Amerika Syarikat dan 11 buah negara Barat lain menubuhkan pertubuhan ini sebagai satu pakatan anti-Rusia. Ibu pejabat NATO terletak di Paris. NATO memperlihatkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan dalam pertahanan Eropah Barat. Negara-negara yang menggotai NATO termasuklah Britain, Kanada, Perancis, Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, Icelanda, Portugal, Iceland, Itali , Greece dan Turki.[1]

Struktur NATO
Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat dari segi;
a.Keselamatan Eropah.
b.Menghadapi Pakatan  Warsaw.
c.Kerjasama ketenteraan
d.Kerjasama Perisikan.[2]



[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),437..    
[1]Perhubungan Luar
[2]Kerjasama Antarabangsa”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)170..   

Sabtu, 26 September 2015

SUMBANGAN TOKOH TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abdul Razak Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga bangsawan, beliau anak sulung kepada Dato’ Hussein Haji Awang Muhammad Taib, Penolong Pegawai Daerah Pekan dengan Teh Fatimah Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu, Mukim Langgar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Pada 31 Mei 1940 Abdul Razak melanjutkan pelajaran ke Raffles College.[1]Beliau merupakan lulusan Lincorn’s Inn di London. Beliau menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan diberi gelaran Bapa Pembangunan.[2]

SUMBANGAN POLITIK
a.Salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956.
b.Memperluaskan gabungan Perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan dan PPP.
c.Banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga.
d.Mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti komunis kepada Dasar Berkecuali.
e.Menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969.
f.Melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.
g.Mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi.

SUMBANGAN EKONOMI
a.Di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaras program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA dan FELCRA.
b.Melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.
c.Memulakan pelan pembangunan yang kompprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun.
d.Menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Besar dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya.
e.Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan dan Buku Hijau.

SUMBANGAN SOSIAL
a.Sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak.
b.Mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
c.Meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972.[3]    



[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Saleh dan Abd. Ghapa Harun,Biografi Tun Abdul Razak Negarawan dan Patriot, (Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,2011),38
[2] “Sumbangan  Tokoh”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)95. 
[3] Ibid,96.

Isnin, 21 September 2015

4.4 Perhubungan luar-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah United Nations digunakan.[1] 

Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat dan Soviet Union.[3]

1.Majlis Perhimpunan PBB.
Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung ini.Ini bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan dan Ahli Majlis Amanah. Majlis ini juga mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

      Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Ketua Perwakilan dikenali sebagai wakil tetap. Perhimpunan Agung 1948 telah menetapkan bahawa wakil tetap hendaklah menyampaikan surat perlantikan dari ketua negara atau menteri luar masing-masing kepada Setiausaha Agung PBB. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung tidak kurang dari tiga bulan.[4] 

2.Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli,iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China yang diwakili oleh Taiwan sehingga tahun 1971 dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
      Mengikut Piagam PBB,antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan masalah ialah meminta semua anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar. Ciri terpentingMajlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan  persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga  atau sembilan ahli Majlis Keselamatan.[5]

3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan UNESCO.
UNESCO ditubuhkan pada tahun 1945 dan ibu pejabatnya terletak di Paris. Agensi iniditubuhkan untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. UNESCO berperanan mengukuhkan organisasi profesinal dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran maklumat. UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal di dalam pelbagai bidang kepakaran.[6]  

4.Majlis Ekonomi dan Sosial.
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan akktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, ke,amuniaan dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan , kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.

      Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculure –FAO, United Nation Educational, Scientific and Culture Organisation – UNESCO, Intenational Labour Organisation ILO, United Nation Conference on Trade and Development UNCTAD, Internatinal Bank for Reconstruction and Development IBRD dan Internatinaol Monetary Fund IMF.[7]       



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),313.   
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.    
[3]Perhubungan Luar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.   
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,316.
[5] Ibid,317.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,427. 
[7] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,317.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

4.4 Perhubungan luar.
1.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah United Nations digunakan.[1] 

Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat dan Soviet Union.[3]




[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),313.   
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.    
[3]Perhubungan Luar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.   

Isnin, 14 September 2015

Dekolonisasi di China

4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan
Dekolonisasi di China
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran ;menerangkan langkah-langkah mendapatkan dan Dekolonisasi oleh orang China pada abad ke-20
Dekolonisasi bermaksud proses  membebaskan tanah jajahan dengan memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Di China, srbahagian besar rakyat menganggap kerajaan Ching adalah kerajaan asing kerana pemerintah kerajaan ini merupakan orang Manchu yang berasal dariManchuria. Oleh itu rakyat China mahu menyingkirkan kerajaan Ching.[1]

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China dan telah membahagi-bahagikan wilayah China mengikut kehendak mereka. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Langkah-langkah mendapatkan kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari.
2.Gerakan 4 Mei.
3.Revolusi 1911.[2]
Langkah-langkah mendapatkan kedaulatan di China.
1.Reformasi 100 Hari
Gerakan Reformasi 100 Hari dilancarkan oleh negara China selama 103 hari, iaitu mulai 11 Jun hingga 20 September 1898.Gerakan ini dianjurkan oleh golongan reformasi radikal pimpinan Kang Yu Wei seorang sarjana berpendidikan China tetapi inginkan pemodenan China mengikut teknik-teknik Barat. Kang Yu Wei ingin menerapkan idea-idea dan ilmu pengetahuan Barat ke dalam institusi politik dan sosial China yang membolehkannya wujud sebagai sebuah negara yang kuat dan moden. Kang Yu Wei telah mendapat persetujuan Maharaja Kuang-shu untuk melacarkan Gerakan Pembaharuanpada 11 Jun 1898.[3]

Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China.Dalam aspek pentadbiran Kang Yu Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa Dewan Perwakilan bagi mewujudkan monarki berperlembagaan di China. Beliau mahu menyesuaikan pentadbiran Barat dengan pentadbiran tradisional China. Bagaimana pun, usahanya digagalkan oleh golongan konsevatif yang tidak mahu melaksanakan sistem pentadbiran ala-Barat. Mahani Dowager hanya berminat mengekalkan kekuasaan tradisi orang Manchu di China.[4]

  Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada tradisi orang Manchu. Tambahan pula, peperangan antara Rusia dengan Jepun 1904-1905 membangkitkan kesedaran bahawa sistem raja berperlembagaan yang dilaksanakan di Jepun berjaya menumpaskan sistem monarki Rusia.

      Gologan cerdik pandai menyarankan agar kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum melaksanakan sistem raja berperlembagaan. Namun pihak kerajaan nampaknya tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan cadangan tersebut.[5]

      Gerakan ini gagal kerana kekurangan pengalaman dan kelemahan penganjur reformasi iaitu Kang Yu Wei dan Liang Chi-Chao yang tidak berpengalaman yang luas fdan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik, tentangan reformis konsevatif dan Maharani Dowager, tentangan pegawai Manchu dan ketiadaan sokongan rakyat.



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),301.    
[2] “Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)167. 
[3]  K.Ratnam STPM Teks Pra U Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur,(Subang Jaya: Pustaka Sarjana, 2011),428.
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,301.
[5] Ibid,301.

Penentangan Rakyat Myanmar Secara Bersenjata.

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Penentangan rakyat Myanmar secara bersenjata bermula apabila ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Golongan Thakin mempunyai pasukan gerila anti-Jepun yang diketuai oleh Thakin Soe.Kumpulan yang berbaik dengan Jepun juga bersahabat dengan pejuang-pejuang pembebasan bawah tanah.

      Perasaan anti-Jepun muncul disebabkan tindakan politik dan ketenteraan Jepun yang dianggap menghina bangsa Myanmar. Masalah ekonomi dan kesukaran hidup yang dialami semasa pendudukan Jepun menambahkan kebencian mereka lalu bangkit menentang Jepun.[1]

      Aung San menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma anti-Jepun yang kemudiannya berkembang dan membentuk Liga Pembebasan Rakyat anti-Fasis untuk menentang Jepun. AFPFL mendapat bantuan luar terutama dari British.[2]

      Dakyah anti-Jepun disebarkan dalam Tentera Kebangsaan Burma melalui ceramah secara sulit pada tahun 1944 untuk embangkitkan semangat anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar. Walaupun pelbagai sekatan dikenakan oleh pentadbiran tentera Jepun. Penentangan ini bertujuan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Dalam usaha penentangan ini, mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik.

      Pertubuhan politik secara sulit telah ditubuhkan seperti Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) yang akan menyelaraskan semua gerakan penentangan yang diselenggarakan oleh Tentera Kebangsaan Burma, Liga Belia Asia Timur, golongan sosialis dan Thakin yang berideologi kominis termasuk petani dan pekerja. AFPFL mendapat bantuan luar terutama British. Hubungan sulit diadakan dengan pihak British di India oleh Thein Pe dan Thakin Tin Shwe.

      Tentera Jepun pula telah menubuhkan pasukan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Burma Independence Army) Pasukan ini diberi senjata dan ada dalam kalangan pemimpin mereka yang menyeludup ke Jepun bagi mendapatkan latihan tentera. Pasukan ini ditubuhkan hasil daripada pakatan Aung San dan 13 orang ahli Dobama Asiayone.[3]

      Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam usaha menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun.Pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan Karen, Shan, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh kominis dalam usaha menyakinkan British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.

      Aung San elah membuat perisytiharan kemerdekaan yang diberi adalah kemerdekaan yang dikawal oleh Jepun. Tentera Kebangsaan Burma telah mengedarkan berita sulit dengan persetujuan AFPFL untuk menyediakan kerja-kerja sabotaj terhadap Jepun dan golongan pro-Jepun.

      Manifesto 1944 dikeluarkan bertajuk ‘Usir Keluar Penjajah-Penjajah Fasis Jepun’ yang bertentangan dengan propaganda Jepun sebelum ini. Pada Mac 1945, Tentera Kebangsaan Burma mula menentang tentera Jepun. Penentangan ini semakin meluas apabila Liga Belia Asia Timur termasuk golongan petani dan pekerja turut menyertai perang gerila tersebut.

      Semasa serangan pihak Berikat ke atas Jepun di Myanmar, Tentera Kebangsaan Burma yang diharapkan menentang British telah menyerang tentera Jepun daripada belakang. Tentera British dan Tentera Kebangsaan Burma telah bekerjasama di bawah pemerintah tertinggi pihak Berikat, iaitu Lord Louis Mountbatten untuk menamatkan pendudukan Jepun di Myanmar. Pada Oktober 1945, Jepun secara rasmi telah menyerah kalah kepada pihak Berikat.[4]




[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas Kini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,345.    
[2]“Perjuangan Secara Berperlembagaan dan Bersenjata,” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,137.
[3] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemas Kini,345.
[4] Ibid,346.

Penentangan Rakyat Indonesia Secara Bersenjata.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Di Indonesia, Jepun menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasionalisme berlaku dalam kalangan rakyat di negara tersebut.
Kebanyakan pemimpin nasionalisme seperti Sukarno dan Hatta tidak dibenarkan menyebarkan pengaruh mereka luar daripada Kepulauan Jawa.  

      Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat, beberapa buah organisasi semitentera dan bersifat tentera penuh telah ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan tertumpu kepada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala Keibodan berfungsi untuk mengawal tentera dalam negara.

      Pertubuhan tentera penuh, iaitu PETA dan HEIHO yang dianggotai tentera Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan mempertahankan Indonesia daripada serangan tentera Berikat.  

Kesusahan hidup rakyat, kekejaman Jepun dan tindakan Jepun untuk menjajah Indonesia menyebabkan muncul gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun.[1]Amir Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun yang menerima bantuan daripada Belanda untuk menentang tentera Jepun. Bagaimana pun beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun.

      Golongan mahasiswa pula menyatakan protes terhadap pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap. Gerakan Anti-Fasis telah menjalinkan hubungan dengan nasionalis lain untuk menentang Jepun seperti nasionalis di Tanah Melayu dan golongan kiri Cina di Sumatera  Timur. Selepas kekalahan Jepun, Belanda kembali ke Indonesia dan disambut dengan semangat penentangan dan peperangan oleh penduduk Indonesia di bawah pimpinan Sukarno dan ahli nasionalis yang lain yang menyebabkan pihak Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.[]




[i]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,137.  
[2] Ibid,137

Ahad, 13 September 2015

1.Analisiskan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857. [20m]

Dahagi India mrupakan pemberotakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi untuk menentang pemerintahan Britis. Orang India menganggap Dahagi India sebagai perjuangan membebaskan negara daripada pemerintahan British. Selain Sepoi, golongan putera raja, nawab serta pembesar yang kehilangan gelaran, tamah dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857..

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI 1857
1.Penhapusan amalan sutee
2.Penghapusan amalan Thugee
3.Penghapusan amalan membunuh bayi perempuan.
4.Pengenalan akta kahwin semula
5.Pengenalan sistem pendidikan Barat.
6.Pengenalan teknologi Barat.
7.Dasar pengilhakan.
8.Perasaan dendam sepoi India.
9.Pengenalan peraturan baru.
10Akta pengambilan khidmat awam.
11.Kes senapang riffle royal enfield.   


Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857. Faktor pencetus peritiwa Dahagi ialah kes senapang Riffle Royal Enfield. Walaupun pada peringkat awal golongan sepoi mencapai kejayaan, namun menjelang tahun 1958, British berjaya mengawar Dahagi India daripada tersbar ke seluruh India. Selepas berjaya menumpaskan Dahagi, kerajaan British telah melakukan rombakan besar-besaran dalam sistem pentadbiran di India. 

Menilai sumbangan tokoh Macapagal

TEMA 4
4.3.2 Sumbangan  tokoh Filipina dan Thailand pada abad ke-20.
oleh-AHMAD BIN YAAKOB

sumbangan Tokoh
Presiden Diosdado Pangan Macapagal menjadi Presiden Filipina antara tahun 1961 dan 1965.Macapagal memainkan peranan membangunkan negara mengikut cara tersendiri.Macapagal merupakan pemimpin yang lebih liberal dan memerintah mengikut dasar demokrasi negara.[1]
Filipina
Macapagal
Latar Belakang
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati Ciry Metro Manila pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun Macapagal merupakan Presiden Filipina yang kesembilan (1961 - 1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.

Macapagal diberi gelaran 'Orang Terjujur' (The lnconuptable) sejajar dengan usaha membasmi kegiatan rasuah dalam pemerintahan beliau.Tempoh sebagai Presiden tamat apabila beliau kalah kepada calon Parti Nasionalis iaitu Ferdinand Marcos pada tahun 1965. Semasa pemerintahannya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah melaksanakan dasar ekonomi untuk melindungi rakyat.[2]
Pembaharuan yang dilakukan oleh Macapagal
Macapagal telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam ekonomi. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengembangkan ekonomi negara seterusnya.
Program politik
(a) Dalam usahanya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, Macapagal telah menerima nasihat dari penyokong-penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.
(b) Macapagal telah melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.
(c) Pada tahun 1962, Macapagal mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4lutai (hari Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 kepada 12 Jun (hari semasa Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan dari penjajah Sepanyol pada tahun 1898).
(d) Pada dasarnya keputusan beliau ini disebabkan Amerika Syarikat enggan membayar ganti rugi ke atas kemusnahan yang dilaksanakan oleh pasukan tenteranya di Filipina semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi Macapagal telah memberi alasan bahawa tindakan beliau tersebut merupakan keputusan hukum tentang waktu yang telah ditetapkan sebelum itu.
(e) Semasa penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia, Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
(f) Kerajaan Macapagal dengan tegasnya membuat tuntutan dan mendalaara Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
(g) Thntutan ini dibuat berdasarkan perjanjian antara Sultan Iamalul Alam dengan Baron Von Overbeck pada22 Januari 1878.
(h) Baron Von Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan. Syarikat perdagangan ini kemudian berjaya mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British dan pada tahun 1881, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB diberi kuasa mentadbir Sabah sehingga Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. Sejak itu Sabah menjadi Jajahan Mahkota British.[3]
Program sosial
(a) Memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam masyarakat. Program ekonomi
(a) Meningkatkan pengeluaran makanan.
(b) Menjalankan program sosioekonomi yang berani.
(c) Meningkatkan pekerjaan.
(d) Melaksanakan program reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.

Kesimpulannya,Presiden Macapagal tidak dapat melakukan beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi telah meningkat sebanyak 5.157% semasa pemerintahan Macapagal.[4]



[1] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),410.
[2] Ibid,411.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),411.
[4] Ibid,411.

Sabtu, 12 September 2015

Langkah-langkah mencapai kemerdekaan di Myanmar secara berperlembagaan.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Pejuang nasionalis Myanmar telah menjalin kerjasama dengan Jepun sebelum pendudukan Jepun di Myanmar lagi. Pejuang nasionalis  radikal seperti Aung San dan 30 orang Thakin yang telah melarikan diri ke Jepun akibat penentangan mereka terhadap British dan mereka menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (TKB) pada tahun 1941.[1]

      Pada1 Ogos1943, pentadbiran tentera Jepun dibubarkan dan Myanmar diistiharkan merdeka oleh Jepun dan Dr Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri. Aung San sebagai Menteri Pertahanan dan U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Meskipun begitu, pentadbiran Jepun masih mengusai pelbagai bidang seperti pengangkutan dan perusahaan. Dr Ba Maw terpaksa tunduk kepada kehendak tentera Jepun.Myanmar juga dikehendaki memberikan sokongan kepada Jepun dalam menentang British.[2]

      Keadaan ekonomi semakin teruk ketika di bawah pemerintahan Jepun telah menyedarkan rakyat Myanmar bahawa mereka telah dipegunakan untuk kepentingan Jepun. Ini kerana keadaan ekonomi semasa pemerintahan British adalah lebih baik berbanding semasa pemerintahan Jepun.[3]

  Aung San  dan kumpulan Thakin tidak puas hati kerana DrBa Maw diperalat oleh Jepun menyebabkan Aung San bertindak mengistiharkan sokongan kepada pihak Berikat. Aung San telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis sebagai sebuah pertubuhan anti-Jepun dan menjalankan aktiviti anti-Jepun.

      Ia bertujuan menentang Jepun untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Myanmar apabila Jepun kembali semula.Dalam usaha penentangan ini mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik. Aung San telah memberi sokongan keada Britsih dalam menawan semula Myanmar dan menghalau Jepun.LPAF telah membantu Lord Louis Mounbatten mengalahkan Jepun pada tahun 1945.[4]

      Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan Karen, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis daripada pengaruh komunis dalam menyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar.[5]

      Pada bulan Disember 1946, pihak British menjemput pemimpin Myanmar menghantar satu rombongan kemerdekaan ke England. Hasilnya ialah Perjanjian Atlee-Aung San ditandatangani. Antara isu yang dibincangkan ialah;
1.Pilihanraya umum akan diadakan empat bulan selepas Perjanjian Atlee-Aung San.
2.Kabinet Aung San diakuiBritish sebagai kerajaan sementara menjelang pilihanraya kebangsaan.
3.British akan menyokong penyertaan Myanmar dalam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
4.Sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
5.British akan melantik seorang Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar.
6.Negeri-negeri kecil di sempadan bebas memilih sama ada ingin bergabung dengan Myanmar atau sebaliknya.

      Dengan Perjanjian Atlee-Aung San, Aung San pulang ke tanah air dengan penuh keyakinan. Semua ahli rombongan kecuali U Saw dan Ba Sein menyokongnya. Parti Komunis melancarkan mogok serta memusnahkan landasan keretapi.

      Walau bagaimanapu, pilihanraya umum diteruskan pada bulan April 1947. Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis mendapat kejayaan. U Ni dilantik sebagai Presiden.  Pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh oleh orang upahan U Saw. Dengan ini U Nu dilantik sebagai pemimpin Liga. Dengan beberapa orang pemimpin Thakin yang lain dalam Dewan Perlembagaan, U Nu meneruskan usaha menggubal perlembagaan baru Myanmar.

      Satu rombongan yang diketuai oleh U Nu bertolak ke London dan menandatangani Rang Undang-Undang Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar.[6]        
  
2.menggalurkan penentangan rakyat secara bersenjata.
3.2.3 Kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia abad ke-20.
1.Langkah-langkah mencapai kemerdekaan.





[1] “Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,138.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 , (Shah Alam: Oxford Fajar,2013) ,337.  
[3] Ibid,337
[4] “Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”,138.
[5] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 ,338.
[6] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),368.