Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil
pembelajaran-membincangkan kerjasama negara dalam organisasi antara bangsa
selepas Perang Dunia Kedua.
1.Latar belakang dan struktur
PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D.
Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan
Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah
dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia
dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang
menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara
berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai
Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah
United Nations digunakan.[1]
Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan
keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan
persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial,
ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama
antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk
di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan
undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama
Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains
dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat
dan Soviet Union.[3]
1.Majlis Perhimpunan PBB.
Majlis Perhimpunan Agung
merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan
Agung ini.Ini bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial
dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan dan Ahli Majlis Amanah. Majlis ini
juga mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya
badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu
undi sahaja. Ketua Perwakilan dikenali sebagai wakil tetap. Perhimpunan Agung
1948 telah menetapkan bahawa wakil tetap hendaklah menyampaikan surat
perlantikan dari ketua negara atau menteri luar masing-masing kepada Setiausaha
Agung PBB. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga
bulan September setiap tahun dan berlangsung tidak kurang dari tiga bulan.[4]
2.Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan bertanggungjawab
secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak
penubuhannya tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli,iaitu lima ahli tetap
iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China yang
diwakili oleh Taiwan sehingga tahun 1971 dan enam ahli biasa yang dilantik
setiap dua tahun.
Mengikut Piagam PBB,antara tindakan yang
boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan masalah ialah meminta
semua anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar.
Ciri terpentingMajlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap
tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna
bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam
isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua
pertiga atau sembilan ahli Majlis
Keselamatan.[5]
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains
dan Kebudayaan UNESCO.
UNESCO ditubuhkan pada tahun
1945 dan ibu pejabatnya terletak di Paris. Agensi iniditubuhkan untuk
memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. UNESCO berperanan mengukuhkan
organisasi profesinal dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran
maklumat. UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal di dalam
pelbagai bidang kepakaran.[6]
4.Majlis Ekonomi dan Sosial.
Majlis ini bertanggungjawab
menyelaras dan mengarahkan akktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial,
ke,amuniaan dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali
setahun.Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara
tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi,
kemasyarakatan , kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.
Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini
termasuklah Food and Agriculure –FAO, United Nation Educational, Scientific and
Culture Organisation – UNESCO, Intenational Labour Organisation ILO, United
Nation Conference on Trade and Development UNCTAD, Internatinal Bank for
Reconstruction and Development IBRD dan Internatinaol Monetary Fund IMF.[7]
[1] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2014),313.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.
[3]“Perhubungan Luar”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.
[4] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,316.
[5] Ibid,317.
[7] Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,317.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan