3.1
GERAKAN NASIONALISME.
3.1.1 Menganalisis Faktor kemunculan nasionalisme di
Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
Akibat
daripada kegiatan imperialisme dan kolonialisme Barat di Asia Tenggara,
wujudnya penindasan bukan sahaja daripada aspek ekonomi dan sosial, bahkan
politik.Kesedaran sosiopolitik yang berlaku di Indonesia dan Myanmar disebabkan
oleh beberapa faktor yang berikut.
Faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar
pada abad ke-19.
(a)
Amalan dan dasar penindasan
Amalan
yang dilaksanakan oleh kuasa penjajah dalam program kepenjajahannya, sama ada
dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Penindasan dalam ekonomi merujuk kepada
kegiatan membolot hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perusahaan secara
berterusan di tanah jajahan.
(i)
Indonesia
.
Dasar ekonomi berasaskan pertanian'komersial yang sengaja dirancang seperti
Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal (1870), dan Dasar Etika (1901) berbentuk
menindas.
.
Namun satu elemen penting yang muncul kesan daripada Dasar Etika ialah
perhatian dalam
aspek
pendidikan oleh Belanda kepada sebilangan penduduk peribumi yang membawa ke
arah kesedaran semangat nasionalisme.
(ii)
Myanmar
.
Meskipun British menjalankan dasar ekonomi 'laissez-faire', namun dasar
tersebut juga merupakan satu bentuk penindasan.
.
Perusahaan sektor pertanian padi di Myanmar Hilir memerlukan tenaga buruh yang
ramai dan British telah menggalakkan kemasukan buruh India untuk mengusahakan
sektor tersebut.
.
Orang India juga berperanan sebagai ceti kepada petani Myanmar. Penguasaan
sektor ekonomi oleh firma asing (Eropah dan China) dalam perusahaan kayu jati,
lombong, dan minyak akhirnya menjejaskan ekonomi rakyat Myanmar.
.
Wujud ketidakseimbangan antara bandar dengan luar bandar serta jurang sosial
antara yang
kaya
dengan yang miskin.
(b)
Sistem pendidikan Barat
(i)
Indonesia
.
Sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan Belanda pada akhir abad ke-19 dan2O
menjadi
salah
satu unsur penting yang mempengaruhi kesedaran sosial dan politik di Indonesia.
.
Pendidikan Barat menyebabkan anak-anak tempatan terdedah kepada persoalan dan
idealisme Barat seperti hak asasi dan kebebasan manusia, kebebasan individu,
liberalisme, demokrasi, sosialisme, dan komunisme.
.
Mereka telah memimpin pergerakan nasionalisme bercorak sekular. Contohnya
Sukarno, Sartono, Mohammad Hatta, dan Sutan Sjahrir.
(ii)
Myanmar
.
British memperkenalkan sekolah aliran Inggeris di Myanmar. Universiti Rangoon
melahirkan ramai nasionalis berpendidikan Barat yang akhirnya memimpin beberapa
buah pertubuhan kesedaran nasionalisme.
.
Antara nasionalis tersebut ialah U May ong, U Kin, U Ba Pe, dan Sir Maung
Gyee-pengasas
YMBA
pada tahun 1906.
(c)
Elemen agama
Unsur
agama adalah penting dalam kesedaran sosial dan politik di Asia Tenggara
khususnya di Indonesia dan Myanmar. Kebangkitan kumpulan-kumpulan politik berasaskan
agama di kedua-dua buah negara merupakan aspek yang tidak dapat dinafikan oleh
sejarah.
(i)
Indonesia
.
Seramai 90 peratus daripada rakyat Indonesia beragama Islam. Oleh itu, agama
dapat menjadi elemen perpaduan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai lapisan dan
keturunan.
.
Wujud beberapa buah parti politik aliran agama seperti Sarekat Islam,
Muhammadiyah, dan
Nahdatul
Ulama.
(ii)
Myanmar
.
Nasionalisme tahap awal di Myanmar bertendensikan golongan agama (sami Buddha)
yang
berperanan
menegakkan semula tradisi agama Buddha dalam kalangan rakyat Myanmar setelah
menerima tekanan Kristianisasi daripada pihak British.
.
Muncul pertubuhan seperti Persatuan Sasanadara (1897) dan YMBA.
(d)
Elemen penulisan, bahasa, dan perkembangan kesusasteroan
(i)
Indonesia
.
Aspek ini menjadi alat penyatuan rakyat dan pemupuk semangat setiakawan.
.
Bahasa Indonesia menjadi alat komunikasi dan penyatuan bangsa. Malah bahasa
dilihat
sebagai
senjata yang dapat menjatuhkan penjajah.
.
Lahir beberapa orang tokoh bersama karya mereka yang dapat menyemarakkan
semangat nasionalisme. Contohnya, Penulisan Seorang Puteri Jawa oleh Raden
Adjeng Kartini.
(ii)
Myanmar
.
Akhbar Thuriya diterbitkan pada tahun 1911 dan Wunthanu pada tahw 1922.
.
Menyedarkan masyarakat peribumi tentang dasar penjajah terhadap negara.
(e) Pengaruh luar
(i)
Indonesia dan Myanmar
.
Gerakan Pemulihan Islam di Mesir, Revolusi Rusia (1917), Revolusi China (1911),
Perang
Rusia-Jepun
(1905), dan gerakan Mahatma Gandhi di India menyemarakkan semangat nasionalisme
di kedua-dua negara.
Kemudahan sistem perhubungan dan media sebaran am
(i)
Indonesia dan Myanmar
'
Kemudahan ini membantu masyarakat peribumi menyalurkan pergerakan nasionalisme
mereka.
Beberapa
kemudahan sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, alat-alat
sebaran
am seperti radio, sistem telegraf, telefon, akhbar, dan majalah telah
berperanan sebagai pemangkin perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kemudahan
tersebut membolehkan masyarakat di pedalaman menerima idea pembaharuan
dengan
cepat dan tersebar secara meluas.
Kesimpulannya,gerakan
kesedaran sosial dan politik yang membawa kepada gerakan nasionalisme massa di
negara-negara Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Myanmar.
.
Kemunculan gerakan tersebut berpunca daripada dasar kepenjajahan itu sendiri
manakala unsur-unsur luaran boleh disifatkan sebagai unsur sampingan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan