Reaksi
masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat di China
Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB.
4.1 Reaksi
masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat dan kesan penjajahan Barat.
Hasil
pembelajaran mengnalisis reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa
Barat di Cina dan India pada abad ke 19-20.
1.A)Reaksi
masyarakat tempatan di China
Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
2.Perjanjian-perjanjian.
i.Perjanjian
Nangking 1842
Pada tahun
1842 Perang Candu I berakhir setelah
tentera British berjaya menawan Nangking.Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan
rundingan pada bulan Ogos 1842 dan menandatangani Perjanjian Nangking.
Syarat-syarat
Perjanjian Nangking
1.Lima buah
perlabuhan dibuka kepada rakyat dan pedagang British – Pelabuhan Canton, Amoy,
Foochow, Ningpo dan Shanghai.
2.menghapuskan
Co-Hong. Pedagang British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka
suka.
3.Konsol
British ditempatkan di lima pelabuhan untuk mengawal warga British dan
harta-benda mereka.
4.Hong Kong
diserahkan kepada British.
5.Kerana
China membayar 21 juta tael.
6.Kerajaan
China mengaku British setaraf dengan mereka.
7.Kerajaan
China setuju menyelaraskan cukai impot pada kadar 3%.[1]
ii.Perjanjian
Tambahan Bogue 1843
Perjanjian
ini ditandatangani China dengan British 18 Oktober 1843.
Syarat
perjanjian.
1.Cukai
impot ditetapkan antara 4-13% ad volarem.
2.Cukai
ekspot ditetapkan 1.5-10.75% ad volarem
3.Perjanjian
ini memberi status negara berkemudahan istimewa dan hak wilayah asingan.
ii.Perjanjian
Wanghia 1844
Perjanjian
Chiana-Amerika Syarikat
Perjanjian
ini memberi hak kepada Amerika untuk mengadili rakyatnya di China.
iii.Perjanjian
Whampoa 1844 rujuk m/s 277
Perjanjian China
–Perancis.
Memberi
kebanaran menyebarkan agama Kristian dan membina gereja di pelabuhan
perjanjian.
iv.Perjanjian
Tientsin 1858
1.Kerajaan
China membenarkan wakil diplomat Barat dari Britain, Perancis, Amerika Syarikat
dan Rusia menetap di Peking atas dasar
persamaan taraf.
2.Kerajaan
China membuka 11 pelabuhan bagi perdagangan asing.
3.Kerajaan
China bersetuju konsul ditempatkan di pelabuhan tertentu.
4.Membenarkan
mubaligh menyebarkan agama Kristian.
5.Orang
asing diberi kebebasan bergerak ke seluruh China sekiranya memiliki paspot sah.
6.Kapal
pedagang asing dibenarkan belayar dan berdagang di Sungai Yang Tze sampai ke
pelabuhan Hankow.
7.kapal
perang dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan untuk mendapatkan bekalan
makanan dan membaiki kapal.
8.Kerajaan
China mengesahkan perdagangan candu dengan syarat dijalankan di pelabuhan
perjajian.
9.Kerajaan
China bersetuju menetapkan cukai ke atas impot dan ekspot iaitu 5% ad valorem.
10.Kerajaan
China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak $4 juta kepada British dan $2 juta
kepada Perancis.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan