Selasa, 30 Jun 2015

2.3.2 : Pengubahsuaian Ekonomi

Unit 2.3 : Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
oleh- Ahmad bin Yaakob

Calon dapat menghuraikan perubahan perkembanagn ekonomi di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Ekonomi
Pembentukan Ekonomi Moden
Kegiatan Melombong Bahan Galian
a)Perusahaan bijih timah
Sebelum campur tangan British di negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan.Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.[1] Sebelum kedatangan orang Cina, sultan dan pembesar Melayu  menguasai perlombongan bijih timah.Kebanyakan pekerja lombong bijih timah terdiri daripada hamba berhutang dan hamba abdi.[2]

      Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mulai berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah.Permintaan bijih timah meningkat akibat Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19, menyebabkan orang Cina membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu. Lombong bijih timah dibuka di Larut, Klang, Lukut dan Sungai Ujong. Pada peringkat awal pelombong Cina dikawal oleh pembesar Melayu dengan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual semula kepada mereka. Penglibatan orang Cina menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang pesat di Tanah Melayu. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang, Kuala  Lumpur dan Lemba Kinta, Perak. Menjelan tahun 1820-an  terdapat 1200 orang pelombongbangsa  Cina di Lukut. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai dalam longgokan yang besar di Larut oleh Long Jaafar. Dengan sokongan pemodal dari Pulau Pinang, beliau membuka lombong pertama di Kelian Pauh dan kemudiannya di Kelian Bharu.   [3]


     Terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.Orang Cina menggunakan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah.[4] Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal  bekalan air.[5]

      Perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat selepas kilang melebur bijih timah dibuka di Singapura apada tahun 1887. Pembukaan kilang itu memudahkan bijih timah diproses di dalam negeri.[6]
Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka uasaha mencari gali semakin diperluskan. Mereka ( orang Eropah) menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.Akibatnya merekadapat memonopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-I9.[7]

2. Kemelesetan Ekonomi Dunia, 1929-1932
Harga bijih timah bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan permintaan bahan itu.[8] Industri mengetin mengalami kemerosotan dan Kejatuhan pasaran saham di London dan New York menyebabkan kejatuhan dalam permintaan bijih timah. Harga bijih timah di Tanah Melayu menjunam sehingga ke paras yang rendah disebabkan kekurangan permintaan di pasaran Eropah.

      British mengambil beberapa langkah untuk menghadapi kemelesetan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1929, permohonan untuk membuka lombong-lombong baharu dibekukan. Pengeluaran bijih timah secara sukarela juga dihadkan tetapi tidak berkesan.

'Skim Kawalan Timah'  diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘Skim Kawalan Timah’.[9]
Perjanjian Timah Antarabangsa bagi menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga timah.[10]Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran.

      Majlis Tanah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Majlis ini menetapkan kuota pengeluaran berdasarkan angka keluaran tahun 1929 bagi setiap negara pengeluar. Harga timah meningkat ke $1 185 satu tan pada tahun 1935.Syarikat tempatan mengalami kerugian besar, mankala syarikat Eropah yang mempuntai lombong di negara lain masih boleh bertahan. Kuota yang rendah merugikan Tanah Melayu kerana dengan kos yang rendah, Tanah Melayu masih boleh mengeluarkan lebih daripada yang dihadkan oleh kuota itu.[11]    




[1]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 .   
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),105.
[3] Ibid,106
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 42 . 
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,116.
[6] Ibid, 116.
[7]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .    
[8]Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996)  ,228.
[9]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,117.  
[10]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 43 .   
[11] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),106.

Ahad, 28 Jun 2015

INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1999)

TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
INSTITUSI MAHARAJA DI CHINA ABAD KE-16-20 (1500-1991999)
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan  kedudukan dan peranan Maharaja China dalam pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching (1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang terdahulu.[1]Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yangcukup besar.Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]

b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja  atau maharaja satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3] Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]

c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.

b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi undang-undang.

2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha, Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta mematikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),hlm.63.  
[2]“InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan Raja/Maharaja”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,50.  
[5]Ibid,51. 

Rabu, 24 Jun 2015

Unit 1.4 : Masyarakat Industri di Jerman.


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
 Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman Abad ke 18-19
1.a)Masyarakat industri di Jerman.
Definisi Masyarakat Industri
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua(I860-an -1914).Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kapital kewangan mengatasi kapital industri.[1]
- Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik,kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan.[2]
Ciri-ciri Masyarakat Industri di Jerman.
a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi .
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali ganda antara 1860 -1870.Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada 1871 kepada  8.5 juta tan pada 1900.Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti berkualiti tinggi dan peralatan besi. Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran di Istana Crstal,London.Dalam pemeran tersebut, Syarikat Krupp telah mempamerkan gerabak keretapi yang terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara Jerman yang terbaik. Hasilnya permintaan kereta apin dari Jerman meningkat dan membawa peningkatan pekerja dari 250 orangpada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1973.[3]
Kemajuan dalam industri kulit
1870 -1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit.
Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah
iii.Pembangunan industri tekstil
Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin bagi meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
iv.Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman
Syarikat Siemens dan Martin mula meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
Membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik.
b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah mernber sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerjabiasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.[4]

c)Kemajuan kewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prusia berfungsi sebagai 'joint stock' dalam pengeluaran kredit dan menyediakan Pelaburan kapital.
Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870-an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli. kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
d)Kejuteraan manusia.
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan 'spirit de corps''.
e)Kemajuan sistem pengangkutan.
Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.[5]Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negaraEropah.Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling[6].
f.Perluasan perdagangan antarabangsa.
Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman mementerai perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan Chinabagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera di pinggir laut China.[7]
Dasar kerajaan Jerman.
1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri.Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan.[8]Fungsi undang-undang insuran tersebut ialah untuk menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.Bismarck telah memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyat.Membentang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878.Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah difikirkan terancam sertamenarik balik lesen penerbitan, percetakan dan pengedaran.[9]  



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.78.  
[2]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,32.
[3] Maddi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),60.
[4]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34.  
[5]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,34
[6] ibid
[7]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,61
[8]“Masyarakat Industri”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,
[9]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal ,1,63.  

Selasa, 23 Jun 2015

UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING

Oleh-Ahmad bin Yaakob
Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
1.Konsep perluasan kuasa.
Dasar meluaskan empayar atau tanah jajahan atau dasar imperialisme kuasa asing. Ringkasnya peluasan kuasa asing ialah penglibatan kuasa asing dalam hal ehwal politik sesebuah kawasan, wilayah atau negeri.[1]
a)Faktor-faktor peluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu.
1.Sebab-sebab ekonomi.
Pada peringkat awal, kuasa Barat hanya memerlukan pasaran dan pusat perniagaan sahaja. Selepas berlaku Revolusi Perindustrian, keperluan Britain berubah kepada kepentingan mendapatkan bahan mentah.Tanah Melayu mempunyai banyak bahan mentah seperti bijih timah, kelapa, emas dan lain-lain.[2] Selepas Revolusi Perindustrian, Amerika Syarikat dan Britain menjadi pembeli bijih timah yang terbesar. Ini kerana perusahaan mengetin makanan menghidupkan kembali permintaan terhadap bijih timah.[3]

Kuasa Barat juga mempunyai keinginan untuk melabur di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1874,saudagar-saudagar British dan pegawai British mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di Negeri-Negeri Melayu seperti Pahang, Sungai Ujong, Selangor dan Perak secara persendirian atau berkongsi dengan pedagang China dan ada kalanya dengan pembesar-pembesar Melayu. Sebagai contoh Paterson, Simons dan rakan-rakannya telah membayar $330 500 untuk mendapatkan konsesi di Kuantan pada tahun 1868. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar $30 000 pada tahun 1872kepada Dato’ Kelana bagi     mendapatkan konsesi perlombongan. Tanah jajahan juga turut memainkan peranan penting untu memasarkan barangan kilang.[4]
.
2.Bimbang campur tangan kuasa-kuasa Barat lain.
Berlaku persaingan untuk menambahkan tanah jajahan di Barat. Ini menyebabkan British bimbang akan pertapakan kuasa Barat lain. Tahun 1870-1914 merupakan satu jangka masa yang aman di Eropah. Menjelang tahun 1870-an, semangat imperialisme dan perlumbaan mencari tanah jajahan telah meningkat di kalangan negara-negara Eropah. Kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Antara kuasa-kuasa besar itu, Jerman paling dicurigai oleh British kerana selepas Penyatuan Jerman 1871, negara tersebut telah melancarkan satu dasar agresif yang menancam kedudukan British. Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang, manakala Perancis bercadang membuka terusan di Segenting Kra. Amerika Syarikat pula menunjukkan minat untuk meluaskan pengaruhnya di Terengganu.

      Lord Kimberly, Setiausaha Negara bagi tanah jajahan British menegaskan kemungkinan Jerman akan campur tangan di Selangor. Beliau bimbang dengan keadaan tersebut lalu mengambil pendirian bahawa British tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing membentuk tanah jajahan di Tanah Melayu.[5]Beliau telah mengarahkan Sir Andrew Clarke bakal Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya membuat laporan tentang memulihkan keamanan di Negeri-Negeri Melayu untuk melindungi kepentingan pelabur dan kerajaan British.[6]
3.Perubahan politik dan dasar di Britain
Perubahan kerajaan daripada kerajaan liberal kepada kerajaan konservatif telah mempengaruhi perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu  pada tahun 1874. Kemenangan Parti Konsevatif mengalahkan Parti Liberal di Britain serta membentuk kerajaan baharu di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan Parti Konsevatif menguasai kerajaan Britain Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Perunahan ini elah disokong oleh pegawai-pegawai British  seperti Lord Kimberley dan Andrew Clarke.
4.Pembukaan Terusan Suez.
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.Pembukaan nya menggalakkan kedatangankuasa-kuasa Barat ke Timur.[7]
Pembukaannya menyebabkan kuasa Barat memperkukuhkan kedudukan politik mereka di Asia. Terutama apabila British telah membeli saham dari Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis.Dengan  penguasaan British ini maka imperialisme Barat dapat mara dengan cepat ke Asia Tenggara terutama ke Negeri-Negeri Melayu. Pembukaan Terusan Suez juga menyebabkan pelabuhan-pelabuhan baru dibuka seperti Singapura. Kedudukan Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah Barat terutama British dan Belanda.[8]
5.Keadaan huru-hara di Negeri-Negeri Melayu.
Pada masa itu berlaku keadaan huru-hara di Tamah Melayu contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Berlaku perebutan takhta di Perak antara Raja Abdullah dan Raja Ismail. Manakala di Selangor berlaku Perang Kelang 1867 antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.Perang Saudara di Pahang tercetus disebabkan oleh perebutan jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Pada tahun 1869, Tengku Antah dan Tengku Ahmad bersengketamerebut jawatan Yam Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Berlaku perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Perang Larut 1861-1873 berlaku di Perak.Ia melibatkan perkelahian antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San.[9]Perang ini berpunca dari pertelingkahan untuk mendapatkan kawasan lombong yang lebih luas.

Keadaan huru-hara ini menyebabkan saudagar dan pelabur di Negeri-Negeri Melayu membuat rayuan kepada British di Singapura dan London bagi mendapatkan perlindungan British. Keperluan untuk campur tangan semakin mendesak. Pada tahun 1873 seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesak British untuk campur tangan.[10]




[1] Ibid,42.
[2] “Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)25.
[3]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43. 
[4]“Perluasan Kuasa Asing”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,25.  
[5] Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,43
[6] Ibid.
[7]Ibid.,26.
[8] Siti Aishah Selamat, STPM Penggal 3, Modul Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000),27.
[9]“Sistem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,26.
[10]Ong Loo Chen, Teks STPM Pra U Sejarah (Malaysia Dan Asia Tenggara), Penggal 3,45.

Isnin, 22 Jun 2015

JADUAL ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA KERTAS P 2014.



BIL
TEMA/TAJUK
13
13
 U
14
14
U
1
1.      1  Institusi Pemerintahan
2.     Peranan Raja Melayu
/



3.      Pembesar




4.      2  Hukum Adat dan Undang-Undang
5.         Peranan Undang-undang Adat





/



 3  Sistem sosial/susun lapis masyarakat Melayu



/
1.        4  Sistem ekonomi sara diri/ komersial


/


2
Transfomasi Masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing





       Johor



/
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing di Perak,Terengganu

/


2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran ekonomi dan pendidikan








NMB


/

2.4 Masyarakat pelbagai kaum




3
Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa
3.1 Gerakan nasionalisme
3.1.1 Faktor Kemunculan





3.1.2 Gerakan persatuan,kelab agama, ekonomi, sosial,politik




3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
      Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

/



4
Pengisian kemerdekaan
4.1 Sistem pemerintahan





4.2 Pembinaan Negara dan Bangsa
4.2.1 Pembangunan Sosial
i.Bahasa Kebangsaan.
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan





/

4.2.2 Pembangunan ekonomi




i.Dasar Pembangunan Luar Bandar-




 Rancangan pembangunan ekonomi 1957-1963.



/
ii.Dasar Ekonomi Baru DEB -19




iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

/


iv.Rukun Negara.




4.3 Wawasan 2020




4.4 Perhubungan luar
      Peranan Malaysia dalam OIC


/