Khamis, 30 Jun 2016

SEMINAR KEBANGSAN KERAJAAN TEMPATAN YANG PERTAMA

Proses Urbanisasi pesat berkembang membawa peralihan masyarakat petani kepada masyarakat perindustrian, serentak dengan itu bandar-bandar di negara ini telah berkembang melebihi had keupayaan pentadbiran tempatan untuk menyediakan infrastruktur, pekerjaan, perumahan, perkhidmatan serta kemudahan lain, seperti kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar. Keadaan-keadaan ini menyebabkan tugas-tugas penguasa-penguasa tempatan bertambah besar dan rumit. Petikan di atas, dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa merasmikan Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur pada 30 Jun 1975. Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang pertama kali diadakan akan membincangkan berkaitan dengan isu-isu urbanisasi nasional, strategi penggunaan tanah dan perancangan fizikal, taburan penduduk dan pelbagai masalah yang timbul daripada perkembangan dan pembangunan bandar. Bagi menambah keberkesanan pihak berkuasa kerajaan tempatan suatu Akta Kerajaan Tempatan 1973 telah dikuatkuasakan. Diharap dengan adanya persidangan pihak berkuasa kerajaan tempatan akan dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih berkesan dalam pembangunan di peringkat Mikro.

KERTAS PUTIH RANGKA PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 30.7.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957,  Persetujuan secara sebulat suara telah dicapai untuk menerima Kertas Putih rangka perlembagaan bagi kemerdekaan  Persekutuan  Tanah  Melayu yang meliputi perlembagaan negeri  Melaka dan Pulau Pinang.  Perkara-perkara  penting  berkaitan  Kertas  Putih  ini  telah dibincangkan  terlebih  dahulu  dalam  Perhimpunan  Agong  UMNO, sebelum ianya  diterbitkan  di  Persekutuan  Tanah  Melayu  dan  London.   Antara perkara-perkara  yang  terkandung  dalam  rangka  Perlembagaan  ini  ialah berkenaan  soal  kerakyatan  melalui  pendaftaran  oleh  warga  asing,  bagi memastikan  kesetiaan  kepada  tanahair.  Antara  lain  juga DYMM Yang di-Pertuan Agong melalui perlembagaan  diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat  apabila  wujudnya  ancaman keselamatan di dalam negara. Selain daripada itu juga perlembagaan ini juga memberi kuasa khas kepada Parliman untuk mengeluarkan undang-undang subversif. Berikutan daripada itu pada 2 Julai 1957 Kertas Putih yang mengandungi Rangka Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu ini telah diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London.
SUMBER http://www2.arkib.gov.my/hids/

PEMBUKAAN LEBUHRAYA TIMUR-BARAT

Pada hari ini 30.06.1982, setelah 12 tahun lebuhraya timur-barat sepanjang 115 km yang dibina dengan perbelanjaan 395.2 juta ringgit itu kini siap dan dibuka kepada orang ramai. Lebuhraya ini akan memendekkan perjalanan antara Kota Bharu dan Butterworth sebanyak 671 km. Ia mengandungi lima buah jambatan panjang dan menghubungkan pekan Jeli di Hulu Kelantan dengan Pekan Gerik di Perak. Lebuhraya ini akan dibuka pada jam 6.00 pagi ke 7.00 malam  setiap hari dan para pengguna pula dikehendaki melaporkan diri ke pondok polis di batu 5, Jeli atau Kuala Rui di Grik selewat-lewatnya jam 4.00 petang sebelum dibenar menggunakan lebuhraya itu. Ini adalah kerana lebuhraya tersebut terletak di kawasan keselamatan. Walaubagaimanapun pengguna tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan di lebuhraya ini adalah terkawal. Seramai lebih 3 ribu orang tentera dikerah berkawal sepanjang lebuhraya untuk menjaga keselamatan pengguna. Anggota keselamatan tersebut ditempatkan di enam puluh satu buah pos tentera dari Grik ke Jeli dan khemah-khemah mereka adalah tidak lebih dari dua kilometer jaraknya antara satu. Di samping itu, para pengguna lebuhraya adalah diingatkan mengisi minyak dengan secukupnya sebelum memulakan perjalanan memandangkan tidak terdapat sebarang kemudahan untuk membaiki kereta dan mengisi minyak di sepanjang lebuhraya itu. Untuk itu sebanyak dua buah landrover diadakan di Jeli dan Grik bagi membantu pengguna-pengguna yang menghadapi kerosakan kereta dan sebagainya.

Rabu, 29 Jun 2016

Negara Persekutuan Amerika Syarikat

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Konsep negara Persekutuan
Istilah persekutuan berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
 
Sistem persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Apabila  wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan kepada kerajaan pusat dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.[1]

      Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, wilayah tidak akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamon oleh perlembagaan persekutuan. Perlembagaan Amerika tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.

      Amerika Syarikat merupakan negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas. Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namu perpaduan rakyatnya masih utuh.[2]

Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika.
 Presiden Amerika boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.Presiden juga mengawasi kongres. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yangluas, rakyat tidak bangkit menentang kerajaan.Ini kerana kebebasan mereka tidak diusik. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Ciri-ciri negara Persekutuan.
Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak. Persekutuan merupakan liga negeri dan bukan kerajaan pusat yang kuat. Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan pusat bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri. Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain.[3]

Konvensyen Philadelphia 1787.
Dalam Konvensyen Philadelphia 1987 timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan ini membawa kepada pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13 buah negeri.

      Perlembagaan Amerika telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Ia dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlingungan unsur-unsur authoritarian dan radikal.[4]
      Perubahan kedudukan kerajaan selepas abaf ke-18 (Konvensyen Philadelphia)
Antara perubahan ialah memberi kuasa kepadaKerajaan Persekutuan membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytihar peperangan , megenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan bidang kehakiman dan menguasai bidang perdagangan.

Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawal kongres. Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan dewan Perwakilan boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undang-undang satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.

      Oleh kerana kerajaan Persekutuan diberi kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan kuasa berkaitan dasar luar dan perdagangan yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.[5]




[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),143.  
[2] Ibid.
[3]“Negara Bangsa”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,73.   
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,144,
[5] Ibid,145.

TUNKU DIKURNIAKAN GELARAN BAPA KEMERDEKAAN 29.6.1957

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1957,  YTM Tunku  Abdul  Rahman  Putra,  Ketua  Menteri Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  dianugerahkan  dengan  gelaran "Bapa Kemerdekaan"  negara.  Penganugerahan  gelaran  ini  telah  dipersetujui  di  dalam  Persidangan  Agong  UMNO  dan  pengurniaan  secara  rasmi  gelaran  ini  telah dilakukan  pada  malam  30  Ogos  1957  di  Padang  Kelab  Selangor.   Pengurniaan gelaran  ini  merupakan  satu  penghargaan  kepada  Tunku  Abdul  Rahman  ke atas  jasa dan  perjuangan  beliau  dalam  membebaskan  tanahair  daripada  cengkaman  penjajahan  Inggeris.  Tunku  Abdul  Rahman  Putra,  merupakan  putera  kepada  DYMM  Sultan  Abdul  Hamid  merupakan  seorang  tokoh  politik  yang  praktikal, kerana  beliau merupakan pemimpin yang julung-julung kalinya berjaya memperjuangkan  serta  menyatupadukan  penduduk  yang  berbilang  bangsa  untuk sama-sama  mendapatkan  kemerdekaan  ke  atas  Tanah  Melayu.  Sesungguhnya, gelaran  Bapa  Kemerdekaan  kepada  Tunku  Abdul  Rahman  merupakan  anugerah yang  amat  bernilai  sebagai  mengenang  segala  sumbangan  dan  perjuangannya  ke atas  kemerdekaan  tanah air.

Selasa, 28 Jun 2016

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
       Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.

3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.

5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.

6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia  mempunyai organisasi yang menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia  mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.[3]  

8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT WILAYAH
       Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia  ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.




[1]Mahdi  Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2015),120.
[4] Ibid,121.

TAMBAK JOHOR TELAH DIRASMIKAN OLEH GABENOR NEGERI SELAT 28.6.1924

Pembinaan Tambak Johor merupakan peristiwa penting dalam sejarah sistem perhubungan Tanah Melayu dan Singapura. Usul pembinaan Tambak Johor itu telah dikemukakan oleh Pengarah JKR Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Encik W. Eyre Kenny, kerana cadangan-cadangan untuk pembinaan jambatan tidak dapat dijalankan oleh sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Majlis perletakkan batu asas bagi pembinaan tambak Johor tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Sir Ibrahim ibni al-marhum Sultan Abu Bakar yang mewakili pihak kerajaan Johor dan kerajaan Negeri-negeri Selat. Pada hari ini 28.6.1924, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Gulliemard telah merasmikan pembukaan Tambak Johor. Turut serta di majlis pembukaan tersebut ialah Sultan Johor, Sultan Selangor, Yang DiPertuan Negeri Sembilan, Raja Bendahara Perak dan kenamaan lain. Tambak Johor merupakan tambak batu yang merentangi Selat Tebrau yang mana berukuran 3465 kaki panjang dan 60 kaki lebar.  Ianya mempunyai landasan keretapi dua hala, sebatang jalan raya selebar 26 kaki dan lorong pejalan kaki di kedua-dua belah tambak.  Perbelanjaan pembinaannya sebanyak RM17 juta dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Sewaktu Jepun menawan Tanah Melayu, sepanjang 70 kaki dari Tambak Johor telah dibom oleh pihak Inggeris bagi menahan kemaraan tentera Jepun ke Singapura. Walau bagaimanapun Jepun telah berjaya membaiki kerosakan tersebut dan berjaya menawan Singapura akhirnya. Sesungguhnya dengan pembukaan Tambak Johor pada hari ini, telah mempercepatkan dan mempermudahkan segala urusan perhubungan dan perdagangan di antara Tanah Melayu dan Singapura.

Isnin, 27 Jun 2016

PENUBUHAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN 27.6.2016

Pengwujudan birokrasi yang berstruktur dan jelas memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik. Di Malaysia sejak daripada awal lagi, struktur pentadbiran yang kemas kini telah diadakan. Pada hari ini 27 Jun 1978, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian ini akan diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal pentadbiran Wilayah Persekutuan. Objektif utama penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan ialah untuk menyelaras pembangunan kawasan   Wilayah Persekutuan dari segi perancangan dan pelaksanaan projek  yang dijalankan di Wilayah Persekutuan. Ke arah melaksanakan pentadbiran yang baik, bagi kementerian ini beberapa organisasi akan diletakan di bawah kementerian  iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Parit dan Taliair. Antara objektif utama penubuhan kementerian ini ialah:

Melaksana dan menentukan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dengan tegas dan berkesan di Wilayah Persekutuan.
Meluluskan dasar, menentukan pedoman dan matlamat serta menetapkan keutamaan-keutamaan di dalam pembangunan dan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Menentukan Wilayah Persekutuan ini dibangunkan, ditadbir serta diperindahkan selaras dengan tarafnya sebagai ibu negara Malaysia.
Dengan penubuhan kementerian ini di harap Kuala Lumpur akan dapat dibangunkan secara seimbang bukan sahaja di sudut ekonomi tetapi juga berkaitan dengan alam sekitar dan kerohanian, dan dengan kemasukan Labuan ke dalam Persekutuan sekaligus akan dapat mempercepatkan proses integrasi nasional.

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA ABAD KE-16-20..

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KONSEP PEMBESAR
Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang diberikan atau diarahkan kepadanya. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1] Pembesar berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki. Pembesar merupakan tulang belakang kepada raja Rusia. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan dilantik secara rasmi oleh raja/maharaja.[2]

KEDUDUKAN PEMBESAR
Pembesar di Rusia mempunyai kedudukan tertinggi selepas Tzar. Mereka ialah para bangsawan paling kanan.Pembesar dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan. Mobiliti sosial pembesar berlaku secara lantikan.[3] Pada zaman Peter berlaku mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat Rusia. Pada zaman Peter banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA.
Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan sistem pembesar di China. Di Rusia, pentadbiran raja pada era Moscow dan Dinasti Ramanov dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
DUMA
Duma ialah majlis penasihat tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan sistem kehakiman. Namun begitu, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
ZEMSKII SABOR
Zemskii Sabor merupakan majlis penasihat yang dianggotai antara 140 - 50 orang bangsawan, tetapi kuasanya lebih rendah daripada I Duma.
PRIKAZI
Prikazi merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.

      Pada zaman pemerintahan Peter, beliau telah melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu. Oleh itu, pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor digantikan dengan Majlis Senate.

      Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9 orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yang semakin berat. Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif telah ditekankan oleh Peter. Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu untuk membuat keputusan.[4]

      Golongan bangsawan membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Peter. Pada zarnan pemerintahan Peter, banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Peter.Dianggarkan pada tahun 1700 sebelum perubahan dilakukan oleh Peter, bangsawan Rusia adalah seramai 2985 orang. Pada tahun 1737,keluarga bangsawan telah meningkat kepada 100 000 orang dan daripada jumlah tersebut, 500 000 adalah bangsawan lelaki dan 200 000 terdiri daripada pegawai kerajaan.

      Situasi tersebut menunjukkan berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat di Rusia. Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Dasar Peter dan Catherine ini berbeza dengan dasar maharaja China yang mengutamakan ajaran Confucius dalam sistem pentadbiran pembesar di China Pembesar di China berlatar belakang pendidikan Confucius.

      Dasar pemerintahan Alexander I pula mengambil pendekatan lebih bersifat liberat dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander I telah melantik jawatankuasa khas atau lebih dikenali sebagai Mshtosa Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara. lawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi nasihat kepada Alexander I, malahan mereka menyokong dasar liberal yang dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.

      Pendekatan liberal diteruskan pada tahun1809 apabila Alexander I telah memperkenalkan perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen.[5]
1.Alexander I mencadangkan agar diadakan pilihan raya untuk memilih anggota Duma.
2.Cadangan ini diutarakan oleh Alexander I dengan cara mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat Rusia.
3.Amalan dasar liberal amat ketara apabila Alexander I memberi hak kepada golongan petani dan hamba untuk menyatakan pandangan mereka. Namun dasar tersebut ditentang oleh golongan bangsawan yang merasakan dasar liberal Alexander I hanya merugikan mereka.
4.Pada masa yang sama, Alexander I menghadapi permasalahan dengan Napoleon dan beliau bimbang perubahan dasarnya ini akan menyebabkan kurangnya sokongan daripada golongan bangsawan.
5.Oleh yang demikian, dasar Alexander I yang mahu membawa perubahan dalam golongan atasan tidak dapat diterima oleh masyarakat Rusia.
Pengisytiharan manifesto Oktober oleh Nicholas II membolehkan Duma berfungsi sebagai Parlimen Rendah dan pemilihan keahliannya berdasarkan suara undian terbanyak masyarakat bukan dilantik oleh Tsar.
1.Duma pertama dibentuk selepas pengisytiharan manifesto Oktober dan sidang pertama diadakan pada bulan Mei tahun 1906.

Ahlinya seramai 497 orang terdiri daripada 45 wakil yang prokerajaan pusat, 32 wakil masyarakat bukan Rusia seperti Poland dan orang Islam, 184 Cadet, 124 mewakili sayap kiri dan 112 wakil bebas.

Keahlian yang pelbagai dalam Duma menyukarkan kerajaan Rusia untuk mentadbir empayarnya. Pada masa yang sama, Tsar masih mendapat sokongan daripada wakil prokerajaan dan beranggapan Duma masih di bawah pengaruh Tsar.

     Oleh sebab itu, sering terdapat perbalahan keputusan kerajaan. Misalnya, apabila membincangkan isu tanah, Duma mahukan pemberian tanah dilakukan secara adil kepada petani, keluarga yang ramai, dan institusi gereja. Sedangkan, wakil prokerajaan mahukan tanah simpanan dikawal sepenuhnya oleh tuan tanah yang dilantik oleh kerajaan pusat.Kesannya, persidangan menemui jalan buntu dan selepas 40 kali perjumpaan, Nicholas II membubarkan Duma pertama. Pada bulan Mac 1907, Duma kedua ditubuhkan.[6]

PENTADBIRAN WILAYAH
Pentadbiran Alexander II dibantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungiawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran negara.Keanggotaannya terdiri daripada golongan bangsawan.Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah, Alexander II telah meluluskan satu undang-undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis Perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

     Penduduk bandar dan kaum petani diberi peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstvo.Ahli Zemstvo Daerah pula akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.Majlis ini akan bertanggungiawab memelihara jambatan, jalan raya,pendidikan, kesihatan awam, dan pemilihan pegawai undang- undang.

      Walaupun Zemstvo memiliki kuasa politik yang terhad, namun penubuhannya merupakan satu-satunya institusi separa politik yang bebas daripada kawalan birokrasi Tzar.Pentadbiran daerah turut membantu Tsardalam pemerintahan- Misalnya semasa pentadbiran Rusia di bawah Catherine, beliau telah menlrusun semula sistem pentadbiran di peringkat daerah. Setiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbirannya di Rusia.

      Alexander II memastikan pentadbiran hakim dan majistret terasing daripada jabatan kerajaan yang lain Rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.Kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka dan sistem perbicaraan menggunakan juri diperkenalkan.Alexander II memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam dan jenayah dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa mahkamah yang dibentuk mengikut Barat.Terdapat jaksa pendamai, hakim-hakim daerah, dan sebuah Senat
yang menjalankan tugas sebagai Mahkamah Rayuan.[6]

PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG
Pentadbiran kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau majlis kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Memastikan setiap isi rumah petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Bayaran ini akan dikutip setiap tahun.

      Tugas comun juga menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.Comun melatih generasi muda daripada kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar.Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat.

      Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan tanah dan petani melalui komun dan komun menjadi mata dan telinga kerajaan pusat.Pentadbiran Tsar-tsar di Rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerintahan secara autokratik membawa kepada penubuhan Polis Rahsia Khas.

POLIS RAHSIA KHAS
Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal  jalan keluar masuk ke empayar Rusia, dan serta menjadi mata dan telinga Tsar.

Polis Rahsia pada era pemerintahan Nicholas I (1825 1855), mengenakan tapisan keluar masuk Rusia secara ketat dan masyarakat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang kewibawaan sebagai pemerintah. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap mereka yang mengkhianati Tsar. Mereka yang ditangkap kerana memberontak akan dibuang ke Siberia tanpa menjalani apa-apa perbicaraan mahkamah.

      Nicholas. II juga menggunakan polis rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya. Okhrana ini mempunyai jaringan wakil yang luas dan menjadi pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Penubuhan okhrana telah memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II.[7]



[1] Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1 940/ (Sejarah 1), (Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Nhd.,2016), 57
[2] “Pembesar” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3]Ibid,59.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2014), 117.
[5] Ibid
[6]Ibid,119
[7] Ibid,120.