Isnin, 20 Jun 2016

SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMED KE IV MANGKAT

Pada hari ini 20 Jun 1944 Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhamad Ke IV mangkat dan telah dimakamkan di Pemakaman Diraja Langgar pada 21 Jun 1944. Sultan Ismail memerintah Kelantan telah mangkat pada usia 55 tahun.  Sultan Ismail Almarhum Sultan Muhamed Ke IV tidak mempunyai putera dan puteri. Ekoran daripada itu adik baginda, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Muhamed Ke-IV telah diisytihar menjadi pemerintah Kelantan yang baru bergelar Sultan Ibrahim. Istiadat pertabalan Tengku Ibrahim telah diadakan pada 21 Oktober 1944 pada jam 11.00 pagi di Istana Balai Besar. Dengan adanya proses pelantikan yang berjalan lancar ini segala urusan pentadbiran dalam negeri dapat berjalan dengan sempurna dan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan