Pada hari
ini dalam tahun
1967, Amanah Saham Mara Berhad
telah ditubuhkan dengan rasminya.
Penubuhan Amanah Saham Mara Berhad yang juga merupakan anak syarikat
milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipengerusikan oleh Encik Abd. Ghaffar
Baba ini bertujuan untuk mengumpul dana kewangan bumiputera agar dapat
dilaburkan dalam bidang perdagangan dan perindustrian secara saham amanah.
Usaha yang julung-julung kali diadakan ini adalah selaras dengan Resolusi
Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965, yang menuntut agar kerajaan
menubuhkan syarikat bagi meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang
ekonomi. Pada peringkat awal
penubuhannya Amanah Saham Mara dianggotai seramai 6 orang kakitangan dengan
modal permulaan sebanyak $ 2 juta yang disediakan oleh MARA. Berikutan daripada itu Tabung Kumpulan Modal
Bumiputera yang pertama telah dilancarkan pada 4 April 1968. Upacara
perasmianya telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Abdul Razak Hussein.
Hasil daripada pelancaran itu, Amanah Saham Mara telah berjaya mengutip
sebanyak $ 2.2 juta daripada seluruh lapisan masyarakat kaum bumiputera. Sesungguhnya dengan penubuhan Amanah Saham
Mara ini, merupakan salah usaha berterusan kerajaan selepas kemerdekaan untuk
memajukan dan mempertingkatkan
penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan