OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melalui peluasan kuasa British
di Perak, Sultan Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak Sultan. Abdullah
bersetuju dengan penempatan seorang Residen British yang akan menasihati
baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat
istiadat Melayu.Di Perak, Pengusaan British yang didalangi oleh J.W.W Birch
ditentang oleh orang tempatan. Penentangan ini berlaku secara bersama oleh
pembesar dan sultan. Pada 4 November 1874, Residen British yang pertama
bertugas di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam
satu peristiwa yang dikenali sebagai Perang Perak. Pembunuhan Birch di Pasir Salak
merupakan peristiwa menentang kekuasaan British di Perak.[1]
Sebab-sebab
Penentangan di Perak terhadap British
Politik
1.Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggahan
makna adat)
Mengikut Perjanjian Pangkor,
Residen British tidak boleh menyentuh satu Percanggahan makna 'adat"
kepada orang Melayu dan British. Malangnya konsep 'hdat" ini tidak
diteliti semasa menandatangani Perjanjian Pangkor. Bagi orang British, adat
adalah kebiasaan bukan
undang-undang.
Namun, bagi orang Melayu, adat merangkumi
segala cara hidup yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi, dan
kebudayaan. Ini bermakna fungsi politik seorang pembesar merangkumi fungsi
kehakiman, pengutipan hasil cukai, dan keagamaan. Bagi orang Melayu, unsur
keagamaan dan kenegaraan tidak boleh
diasingkan manakala bagi British, kedua-dua unsur keagamaan dan kenegaraaan
adalah berbeza. Agama dan adat bagi orang British tergolong dalam hal sosial
manakala unsur kenegaraan adalah hal politik. Tindakan British memisahkan adat
Melayu dan hal-hal sekular merupakan sesuatu yang asing pada orang Melayu.
2.Sistem pewarisan takhta
British telah campur tangan
dalam sistem pengganti Sultan. Tindakan sedemikian mencabar struktur negeri -
negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melantik Raja Abdullah
sebagai Sultan. Tindakan ini bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan
kerajaan Perak.
Menurut sistem politik Melayu, pelantikan
Raja Abdullah boleh dipersoalkan. Pelantikan Raja Abdullah tidak disokong oleh
alat kebesaran Perak yang ketika itu berada pada Sultan Ismail.Campur tangan
British merumitkan lagi keadaan di Perak dan gagal menyelesaikan masalah
tersebut. Ini kerana terdapat dua orang Sultan di Perak, iaitu Sultan Ismail
yang dilantik oleh pembesar Perak dengan sokongan alat kebesaran Perak dan
Sultan Abdullah yang dilantik oleh British.Dengan perkataan lain, Perjanjian
Pangkor adalah peranjian antara British dengan Raja Abdullah sahaja dan bukan
antara British dengan Perak.[2]
3.Pemungutan cukai
Pembesar Perak dan Sultan Abdullah
menentang hebat cadangan J.W.W. Birch mewujudkan sebuah khazanah pusat yang
akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk menguruskan pembayaran
gaji.Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan berhak ke atas pungutan
cukai di daerah mereka. Hasil
cukai merupakan sumber pendapatan dan sumber untuk menanggung anak buah mereka.
J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyarakat Melayu tradisional sejak
turun-temurun.Birch sekali lagi telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu
dengan penghapusan hak pungutan cukai.
4.Amalan perhambaan
Birch juga secara terbuka
menentang adat hamba berhutang malah sanggup memberi perlindungan kepada hamba
abdi yang lari dan berlindung di kediamannya. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak disebutkan
tentang amalan perhambaan.Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini
adalah perlu kerana dianggap bertentangan dengan kerajaan "bertamadun''.Birch
telah melanggar Perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambaan kerana
perhambaan termasuk dalam adat orang Melayu.
5.Perundangan dan kehakiman
Demi memastikan bahawa segala
peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan
undang-undang awam dan jenayahnya sendiri.Penguatkuasaan undang-undang ini akan
dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai polis didirikan
di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tannjung Piandang, Kuala
Kangsar dan Kota Lumut.
6.Pelantikan Penghulu
Penghulu di semua kampung akan
bertanggungjawab kepada Residen dan bukannya kepada pembesar daerah. Pengenalan
peraturan ini telah mencabar kedaulatan sultan dan kekuasaan pembesar-pembesar
Perak.Jawatan Penghulu yang dicalonkan oleh pembesar dan disahkan melalui surat
tauliah Sultan tidak lagi diiktiraf, Penghulu kini bertanggungjawab kepada
Residen tanpa tauliah Sultan. Segala pencalonan, penjawatan, dan penyingkiran
Penghulu terletak di bawah kuasa Residen.[3]
Sosial
Pembukaan kawasan
Peraturan baharu yang
diperkenalkan menyekat pembukaan kawasan perlombongan dan pertanian. Ini
sesuatu yang asing bagi rakyat Perak pertanian atau kediaman.
Pengenalan cukai baharu
Pelbagai jenis cukai telah
diperkenalkan seperti:
Perahu nelayan yang boleh
membawa seramai tiga orang dikehendaki membayar 50 sen.Perahu dagang yang
digunakan untuk menangkap ikan di sungai dikenakan bayaran 50 sen.Perahu dagang
dikenakan bayaran satu dolar.Semua perahu dagang diarahkan,berlabuh di Kuala
Perak, Kuala Bernam, Kuala Larut, dan Kuala Kurau.Cukai baharu dikenakan
terhadap tanaman padi.Bayaran lesen dikenakan bagi mendapatkan hak membawa
senjata.
Hak pajakan.
(a) J.W.W. Birch telah
mengumumkan bahawa hak pajakan Kuala Perak yang telah Sultan Abdullah pajakkan
kepada saudagar Tan Kim Cheng dari Singapura selama sepuluh tahun dengan
bayaran $26 000 setahun sebagai tidak sah. Saudagar Tan Kim Cheng diarahkan
memohon dengan Birch untuk mendapatkan pajakan itu semula. Peraturan baharu ini
jelas memaparkan tindakan Birch "memerintah" dan bukannya "menasihat"
seperti yang termaktub dalam Perjanjian pangkor. Ini menunjukkan bahawa Sultan
Abdullah tidak bebas dalam mentadbir kerajaannya sendiri.
(b) Birch kemudian memajakkan
cukai ke atas minuman keras serta candu dengan jumlah $6 000 sebulan kepada Thn Kim Cheng dan
rakan-rakannya.[4]
Keperibadian Birch
Birch suka menghina adat dan
tradisi orang Melayu, mencabar kedaulatan dan kewibawaan Sultan dan pembesar,
membuat keputusan tanpa berunding dengan pihak tertentu, dan tidak sensitif
terhadap perasaan masyarakat Melayu perak.Birch tidak menghormati adat Melayu
yang menyanjungi sultan yang berdaulat dan pembesar yang berwibawa. Sikap ini
digambarkan dalam tingkah lakunya yang biadap semasa melayan Sultan Abdullah
dan pembesar-pembesar Perak. Contohnya, pada bulan Mei L875, Dato Syahbandar
tidak dibenarkan mengutip cukai.Pada 13 Disember L874, beliau membakar rumah
Raja Ngah kerana memungut cukai di Bidor.
Pada 24 Iulai 1875, Sultan Abdullah
dengan berat hati menandatangani surat pengisytiharan yang memberi kuasa kepada
Residen dan Syahbandar mengawal semua kegiatan pungutan cukai.Birch seterusnya
memaksa sultan Abdullah menandatangani satu ' lagi pengisytiharan mengakui
kekuasaan British di Perak.Apabila Sultan Abdullah enggan, Birch menunjukkan
surat daripada Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir William Jervois yang mengatakan
jika baginda menolak, maka baginda akan diturunkan daripada takhta dan
digantikan dengan Raja Yusof. Keadaan ini memaksa Sultan Abdullah
menandatangani satu lagi pengisytiharan mengakui kekuasaan British di
Perak.Sultan Abdullah pernah dimarahi oleh Birch apabila baginda ke rumah
kediaman Birch untuk menuntut supaya hamba abdinya
yang lari dipulangkan semula.
Baginda dilayan dengan biadap apabila menuntut ganti rugi. Mereka diberitahu
akan dibayar jika mereka berhenti memungut cukai.[5]
Kesimpulan
Perjuangan penentangan oleh
Sultan dan pembesar-pembesar Melayu Perak membawa kepada Perang Perak 1875 di
mana Birch dibunuh di Pasir Salak.Orang Melayu telah membuat satu pakatan untuk
menghalau British dan membunuh Birch. Pada 2l Julai 1875, satu mesyuarat
diadakan di Durian Sebatang untuk membincangkan tindakan yang harus
diambil.Pada 12 September L875, Dato' Maharaja Lela bersetuju memikul tanggungjawab
membunuh Birch. Pandak Indut dan Seputum, pembunuh upahan Dato' Maharaja Lela telah
menikam Birch menerusi dinding atap tempat mandi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan