Pada hari ini 30.06.1982,
setelah 12 tahun lebuhraya timur-barat sepanjang 115 km yang dibina dengan
perbelanjaan 395.2 juta ringgit itu kini siap dan dibuka kepada orang ramai.
Lebuhraya ini akan memendekkan perjalanan antara Kota Bharu dan Butterworth
sebanyak 671 km. Ia mengandungi lima buah jambatan panjang dan menghubungkan
pekan Jeli di Hulu Kelantan dengan Pekan Gerik di Perak. Lebuhraya ini akan
dibuka pada jam 6.00 pagi ke 7.00 malam
setiap hari dan para pengguna pula dikehendaki melaporkan diri ke pondok
polis di batu 5, Jeli atau Kuala Rui di Grik selewat-lewatnya jam 4.00 petang
sebelum dibenar menggunakan lebuhraya itu. Ini adalah kerana lebuhraya tersebut
terletak di kawasan keselamatan. Walaubagaimanapun pengguna tidak perlu bimbang
kerana keadaan keselamatan di lebuhraya ini adalah terkawal. Seramai lebih 3
ribu orang tentera dikerah berkawal sepanjang lebuhraya untuk menjaga
keselamatan pengguna. Anggota keselamatan tersebut ditempatkan di enam puluh
satu buah pos tentera dari Grik ke Jeli dan khemah-khemah mereka adalah tidak
lebih dari dua kilometer jaraknya antara satu. Di samping itu, para pengguna
lebuhraya adalah diingatkan mengisi minyak dengan secukupnya sebelum memulakan
perjalanan memandangkan tidak terdapat sebarang kemudahan untuk membaiki kereta
dan mengisi minyak di sepanjang lebuhraya itu. Untuk itu sebanyak dua buah
landrover diadakan di Jeli dan Grik bagi membantu pengguna-pengguna yang
menghadapi kerosakan kereta dan sebagainya.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan