Negara kesatuan merupakan sebuah negara
yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad
kepada keraiaan tempatan. Negara seperti perancis, Britain Itali dan Jepun
memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan. Negara kesatuan di Perancis
terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan iaitu setelah Raia Louis XVI
dan isterinya, Marie Antoinnette dipancung dengan gilotin.
Antara ciri-ciri kesatuan ialah kesemua
urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi
kuasa mentadbir beitujuan untuk memudahkan pentadbiran. Kuasa autonomi tidak
mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan disebabkan kuasa wilayah, bahagian
atau cawangan boleh dipinda atau.ditarik balik. Sekiranya sistem ini diamalkan
dalam pemerintahan masalah pertindihan tidak akan berlaku kerana sebarang
percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat dielakkan kerana
keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.
Kebiasaannya sistem kesatuan amat sesuai
dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Ini
bertujuan memudahkan komunikasi dua hala serta sebarang keputusan boleh
dilaksanakan secepat mungkin tanpa amalan red tape.Perancis telah dibahagikan
kepada 83 department dan setiap department dibahagikan kepada cantons (daerah)
dan commune. Departmentberperanan menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan
dan diketuai oleh Prefet Sebuah majlis telah diwujudkan untuk setiap dgpartment
yang dikenali sebagai General Council manakala ahli-ahlinya dilantik oleh
pemerintah peringkat pusat.
Department merupakan institusi peringkat
tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan peringkat pusat.
Commune pula dibentuk untuk mentadbir kawasan bandar dan diketuai oleh Datuk
Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Malah, Majlis Bandaran (Municipal
Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah mengendalikan perkara-perkara
yang menyentuh pentadbiran di bandar. Antaranya ialah meluluskan permit
bangunan, keselamatan penduduk dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk
Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Antara peranan beliau
ialah menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam dan
menguruskan penduduk di kawasanya.
Walau bagaimanapun keputusan yang dibuat
oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan
pusat. Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan
kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran mahkamah rendah, jabatan
kerja raya dan polis tempatan.
Kesimpulannya, pihak yang
terlibat berhak memilh untuk mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan
atau persekufuan kerana ini akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran
pusat dan wilayah di negara masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan