Isnin, 31 Oktober 2016

ATM haramkan arak

ARKIB : 19/09/1998

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengharamkan arak di semua kem dan unit-unit ATM di seluruh negara berkuatkuasa 16 September lalu.

Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Ismail Omar, arahan mengenainya dikeluarkan bersempena dengan sambutan Hari Angkatan Tentera ke-65.

Katanya, ia merupakan satu contoh yang baik dan wajar diikuti oleh agensi-agensi lain.

''Dengan berkuatkuasanya larangan itu, semua jenis arak tidak lagi dibenarkan di seluruh premis ATM termasuk di mes-mes pegawai, kapal-kapal dan pesawat-pesawat.

''Langkah itu adalah sejajar dengan seruan kerajaan untuk mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup,'' katanya kepada pemberita selepas menunaikan fardhu Jumaat di Masjid KEMENTAH di sini, hari ini.

Terdahulu, semasa menyampaikan khutbah Jumaat, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Kolonel Najmi Ahmad turut menyentuh perkara itu.

Sementara itu, Ismail turut mengulas mengenai penguatkuasaan larangan menggunakan ruang udara negara ini oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bermula hari ini.

Katanya, larangan itu hanya membabitkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi tidak menjejaskan perjanjian Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Arahan mengenai larangan itu telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Syed Hamid Albar semalam.

Dengan pengumuman itu, semua peraturan dan pelepasan khas termasuk bagi tujuan latihan dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) yang sekarang diberi kepada pesawat-pesawat RSAF di ruang udara Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, ditarik balik.

Menurut Hamid, larangan itu telah dimaklumkan serta-merta kepada kerajaan Singapura, semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm#ixzz4OjRBTYRs © Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 28 Oktober 2016

FOKUS STPM P1 2016-Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO.

Oleh-AHMAD BN YAAKOB
Menurut Zulkarnain Abdul Rahman, dalam konteks penubuhan NATO dua perkara yang perlu diketengahkan iaitu Britain memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO.Kedua, penubuhan NATO dianggap antithesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki sebuah pasukan tentera tersendiri.
      Britain dikatakan memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951, dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign office, pihakBritish sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna, pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO.[1]
      Dalam hal ini, Britain yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat. Berdasarkan pengalaman Britain, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

      Andrew Priest dalam bukunya, Kennedy, Johnson and NATO: Britain, America and the Dynamics of Alliance, 1962 - 68, menyatakan bahawa Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating the Americans bagi menghadapi ancaman Soviet Union khususnya selepas tahun 1945.

      Ritchie ovendale pula menegaskan bahawa Presiden Harry S. Truman masih belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka paniang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya. Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.

      Sesungguhnya Perang Dingin telah menyebabkan hubungan  antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih akrab. Hubungan di antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam tiga bentuk;
(a) perundingan diplomatik. walaupun hubungan kedua-dua negara nampak kompleks namun membuka banyak ruang perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi.
(b) Kerjasama ketenteraan. Kerjasama bilateral semakin rancak khususnya tentera udara dan tentera laut.
(c) Perisikan. Kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak khususnya antara Federal Bureau of Investigation (FBI) dart central Intelligence Agency (ClA) di pihak Amerika Syarikat dan M16 secret lntelligence service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain

      Bagaimanapun hubungan antara united Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas sedikit kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1946 (McMahon Act) yang melarang Amerika Syarikat mengadakan kerjasama nuklear dengan negara-negara lain kerana dibimbangi berlakunya percambahan aktiviti pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain.

     Pengenalan akta tersebut mengecewakan Britain kerana Britain bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat. Britain akhirnya membuat keputusan sendiri untuk membangunkan senjata nuklear. Beberapa siri rundingan telah diadakan dengan Amerika Syarikat yang bertujuan mendapatkan maklumat dan kepakaran berkaitan proses membina senjata nuklear. Akhirnya pada tahun 1952, Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear di belakang Amerika Syarikat (128) dan Soviet Union (16).Berkaitan dengan kelemahan PBB pula, persoalan yang timbul ialah pihak atau negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.[2]

      Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani mana-mana konflik antarabangsa. Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tidak menghormati kebebasan inidividu sebagaimana yang dipraktikkan di Eropah.

      Soviet Union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. sikap Soviet Union dilihat sebagai penghalang utama bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepakatan dalam PBB bagi menangani isu-isu antarabangsa.

     Perkembangan politik antarabangsa seperti ini sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO. Soviet Union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.

      Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praKtikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.Tentera Amerika ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.[3]

     Pandangan seorang ahli psikologi, Jerome Bruner pada tahun 1944 mungkin relevan. Beliau berpendapat bahawa orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai mereka. Mereka ialah ahli NATO yang setia (seperti juga mereka sebagai ahli PBB yang setia), dan dalam masa yang sama mereka cenderung bertanyakan apa yang boleh dilakukan oleh NATO dan PBB untuk Amerika Syarikat daripada apa yang Amerika Syarikat boleh lakukan untuk kedua-dua organisasi itu. Lama kelamaan, jika NATO tidak ingin merosot, sesuatu yang lebih, perlu diberikan kepada Amerika Syarikat daripada ahli-ahli yang lain.[4]
     
a.Keselamatan Eropah.
b.Menghadapi Pakatan  Warsaw.
c.Kerjasama ketenteraan
d.Kerjasama Perisikan.




[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),328.   
[2] Ibid, 329.
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),478.    
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1 ,330.

Perhubungan luar-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

FOKUS STPM P1 2016- PBB
1.Latar belakang dan struktur PBB
Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat peristiharan yang dinamakan Piagam Atlantik. Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemudiannya. Pada bulan Januari 1942, satu dokumen telah dtandatangani antara empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia dan China. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaa-kerajaan yang menandatangani dokumen itu daripada sebarang pakatan perdamain sementara secara berasingan dengan pihak musuh. Dokumen itu kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sinilah buat pertama kali istilah United Nations digunakan.[1] 

Matlamat dan prinsip PBB
1.Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2.Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa.
3.Menyelesaikan masalah sosial, ekonomi,kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa.
4.Menggalakkan kerjajasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
6.Mencegah peperangan.
7.Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
8.Menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa.[2]
Penglibatan dan kerjasama Soviet Union dan Amerika Syarikat dari segi;
1.Majlis Perhimpunan PBB.
2.Majlis Keselamatan PBB.
3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan.
4.Bank Dunia.
5.Kerjasama Amerika Syarikat dan Soviet Union.[3]

1.Majlis Perhimpunan PBB.
Majlis Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting. Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung ini.Ini bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan dan Ahli Majlis Amanah. Majlis ini juga mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

      Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi sahaja. Ketua Perwakilan dikenali sebagai wakil tetap. Perhimpunan Agung 1948 telah menetapkan bahawa wakil tetap hendaklah menyampaikan surat perlantikan dari ketua negara atau menteri luar masing-masing kepada Setiausaha Agung PBB. Perhimpunan Agung mengadakan sidang tahunannya pada minggu ketiga bulan September setiap tahun dan berlangsung tidak kurang dari tiga bulan.[4] 

2.Majlis Keselamatan PBB.
Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sejak penubuhannya tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli,iaitu lima ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China yang diwakili oleh Taiwan sehingga tahun 1971 dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
      Mengikut Piagam PBB,antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam menyelesaikan masalah ialah meminta semua anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar. Ciri terpentingMajlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto. Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan  persetujuan setiap ahli tetap. Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB. Dalam isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga  atau sembilan ahli Majlis Keselamatan.[5]

3.Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan UNESCO.
UNESCO ditubuhkan pada tahun 1945 dan ibu pejabatnya terletak di Paris. Agensi iniditubuhkan untuk memudahkan pertukaran ilmu serta kepakaran. UNESCO berperanan mengukuhkan organisasi profesinal dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan pertukaran maklumat. UNESCO juga menganjurkan kegiatan akademik serta teknikal di dalam pelbagai bidang kepakaran.[6]  

4.Majlis Ekonomi dan Sosial.
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan akktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemunsiaan dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.Majlis ini bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Antara tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan , kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.

      Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculure –FAO, United Nation Educational, Scientific and Culture Organisation – UNESCO, Intenational Labour Organisation ILO, United Nation Conference on Trade and Development UNCTAD, Internatinal Bank for Reconstruction and Development IBRD dan Internatinaol Monetary Fund IMF.[7]       



[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),313.   
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),424.    
[3]Perhubungan Luar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)169.   
[4] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,316.
[5] Ibid,317.
[6] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,427. 
[7] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,317.

Rabu, 26 Oktober 2016

FOKUS STPM P3 2016-CARA PERLUASAN KUASA ASING KE MYANMAR

1.MELALUI PERJANJIAN
PERJANJIAN YANDABO
British telah meluaskan kekuasaannya ke Myanmar melalui perjanjian.Pada tahun 1824 Perang Inggeris-Burma I tercetus selama hampir dua tahun. Peperangan ini dimenangi oleh pihak British. Sebagai pihak yang kalah, Myanmar terpaksa menandatangani satu perjanjian yang berat sebelah. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo. Perjanjian ini ditandatangani pada 24 Februari 1826.[1]

KESAN PERJANJIAN YANDABO 1824.
Kekalahan Myanmar dalam peperangan ini menyebabkan maruah negara tersebur tercalar.Myanmar tidak lagi digeruni oleh jirannya selepas terbunuhnya  panglima tentera Maha Bandula.

      Perjanjian Yandabo juga menyebabkan Myanmar tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap hal ehwal di Assam dan Manipur. British juga berjaya memperolehi wilayah yang subur dan strategik di Hilir Myanmar seperti Arakan, Tenasserim,Manipur dan Assam.

      Perjanjian ini dianggap berat sebelah oleh pihak Myanmar namun negara tersebut terpaksa akur pada penjajah British. Ini menyebabkan perasaan anti-British semakin meningkat dalam kalangan pemerintah dan rakyat Myanmar.[2]
2.MELALUI PEPERANGAN.
Cara Peluasan Kuasa British di Myanmar (1552 -1553)
Perang Inggeris-Myanmar II (1852 -1853)
(a) Hubungan antara British dengan Myanmar semakin tegang apabila Raja Pagan Min enggan membayar ganti rugi.
(b) Komander Lambert bertindak menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.
(c) Lord Dalhousie menghantar pasukan tentera ke Rangoon dan menuntut pembayaran ganti rugi sebanyak seratus juta paun dalam tempoh sehingga 1 April 1852 tetapi Myanmar enggan membayarnya.
(d) British mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada Mei 1852 dan bermulanya Perang Inggeris-Myanmar II apabila angkatan British yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Godwin melancarkan serangan terhadap Myanmar.
(e) Wilayah demi wilayah jatuh ke tangan British. British berjaya menawan Martaban, Rangoon, Prome, dan Pegu. (f) Mejar Arthur Purves Phayre dilantik sebagai Pesuruhjaya Pegu pada 20
Disember 1852. British berjaya mengalahkan Myanmar dalam tempoh Iapan bulan sahaja. Kesan Perang Inggeris-Myanmar II (1S52 - 1853)
(a) Penaklukan Pegu penting bagi British kerana kawasan ini merupakan jalan darat ke China. Pegu juga merupakan kawasan pertanian dan membekalkan kayu jati untukkegunaan angkatan laut seperti membina kapal.
(b) British memperoleh pelabuhan seperti Rangoon, Martaban, dan Bassein. Ini bermakna Myanmar Hulu terputus dari laut dan tidak mempunyai sebarang pelabuhan. Keadaan ini pasti akan menjejaskan pembangunan ekonomi Myanmar kerana Myanmar menjadi negara
daratan terpencil dari dunia luar.
(c) Arakan, Tennaserim, dan Pegu disatukan di bawah pentadbiran seorang Ketua Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Raja Myanmar hanya berkuasa di Myanmar Hulu.
(e) Myanmar terpaksa menjalankan perdagangan dengan kawasan taklukan British.
Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
 Seperti peluasan kuasa British di Myanmar pada tahun 1852, peluasan kuasa British pada tahun 1885 juga melibatkan perang, iaitu Perang Inggeris-Myanmar III.
 British berazam menguasai seluruh Myanmar disebabkan kekayaan hasil kayu jati Myanmar manakala istana Myanmar berusaha untuk menebus maruah negara.
faktor Peluasan Kuasa British di Myanmar (1885)
Ketidakstabilan politik Myanmar
(a) Raja Mindon Min meninggal dunia tanpa mewasiatkan penggantinya. Berlaku rampasan kuasa dalam kalangan putera-putera. Pada tahun 1878, Raja Thibaw dilantik sebagai raja Myanmar.
(b) Raja Thibaw seorang raja yang lemah dan kejam serta di bawah pengaruh isterinya, Ratu Supayalat. Pemerintahan Raja Thibaw penuh dengan kekacauan politik dan keadaan kacau-bilau kerana kerajaannya penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak berkaliber. Pegawai-pegawai yang berwibawa dan berkaliber disingkirkan.
(c) Raja Thibaw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas 80 ahli keluarganya yang cuba merampas takhta kerajaan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.
(d) Pemerintahan yang penuh dengan kekejaman dan huru-hara membimbangkan Residen Inggeris di Myanmar Hulu. pada bulan September 1879, seorang Residen British di Kabul, Sir Louis Cavagnari dibunuh. Pada bulan Oktober, Residensi di Mandalay dengan cepatnya
ditutup.
(e) Hubungan Inggeris-Myanmar semakin tegang apabila Raja Thibaw mengenakan monopoli diraja dalam bidang perdagangan.
EKONOMI
1.Desakan saudagar British
2.Masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma/Myanmar.
SOSIAL
1.Masalah kasut. Rujukn edaran yang telah diberikan.

CARA PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR 1885
1.Perang Inggeris-Myanmar III.
a.Perselisihan tentang Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
b.Perancis sokong Myanmar.
c.Dasar luar-ditentukan British
d.Kata dua British.
Kesan Perang Inggeris-Burma.
1.British menguasai seluruh Burma dan Burma menjadi jajahan British.
2.Dinasti Konbaung dan institusi beraja Myanmar berakhir, Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India.
3.Penyatuan Burma Hilir dan Burma Hulu.
4.Hluttaw dikekalkan dalam pentadbiran British tetapi kuasanya dihadkan.[3]
2.faktor dan cara peluasan kuasa asing di Myanmar.

FOKUS STPM P3 SISTEM RESIDEN

1.Pengenalan Sistem Residen.
Sistem Residen diperkenalkan secara rasmi di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor dan kemudiannya diperluaskan ke Selangor 1875, Pahang 1888 dan Negeri Sembilan 1889. Sistem Residen merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat Tanah Melayu.[1]

      Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seoang pegawai British yang dilantik untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Walaupun Perjanjian Pangkor dikatakan menjamin kedaulatan raja-raja dan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai wilayah di bawah perlindungan British, tetapi kuasa memerintah kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.[2]

      Residen berkuasa dalam semua sistem pentadbiran negeri, termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas hasil negeri.Raja-raja Melayu kini terpaksa patuh kepada nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat.[3]British perkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.[4]

b)Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
i.Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri.
ii.Berperanan untuk menemukan pegawai British dan pembesar Melayu supaya mereka dapat berunding tentang perkara-perkara yang menyentuh kepentingan masyarakat Melayu.
iii.Pada peringkat awal penubuhan, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat.
iv.Dianggotai oleh sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu dann seorang wakil Cina.
v.Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu.
vi.Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas.
vii.Kuasa sultan dalam majlis juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu.[5]
c)Sistem pentadbiran Tanah.
i.Telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskann usaha
mengeksloitasi kekayaan ekonomi di Neger-Negeri Melayu.
ii.British mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
iii.Memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.
d)Sistem Pentadbiran Negeri.
British adakan perubahan pantadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah
daerah yang diketuai oleh seorang pemungut dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir
keadilan di daerah itu.
ii.Nama Pemungut dan Majistret kemudian ditukarkan kepada Pegawai daerah dan ditugaskan
kepada perkara-perkara berikut;
Kendalikan urusan cukai dan sewa tanah.
Jaga keamanan dan kuatkuasa kan undang-undang.
Bertanggungjawab dalam perkara seperti kesihatan awam.kewangan dan sistem keadilan dalam
daerah di bawah jagaannya.
iii.Wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri kesan daripada pembahagian negeri
kepada daerah.
iv.Kedudukan daerah ditentukan oleh kesetiaan peribadi pembesar kepada raja.
v.Daerah ini mungkin akan jatuh ke tangan pembesar yang lain jika berlaku pergolakan.
vi.Dalam sistem pentadbiran yang baharu setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit
pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu.
viii.Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketahui oleh seorang ketua kampung.
ix.Berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih
tinggi.[6]



[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2003),340.
[2] Ibid,340
[3] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2000),298.
[4] “Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.” dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.
[5] Ibid,32
[6] Ibid,33

FOKUS STPM P1 2016-PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
       Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.

3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks  memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.

      Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.

      Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.

5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.

6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia  mempunyai organisasi yang menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia  mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.[3] 

8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT WILAYAH
       Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia  ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.

PERANAN PEMBESAR PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.

penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
     mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis


[1]Mahdi  Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed,  “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2015),120.
[4] Ibid,121.

FOKUS STPM 2016 3 Bincangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).20m

Pendahuluan
. Penubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 4 April 1949 bertujuan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya.
. Pertubuhan ini juga berperanan untuk memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.
Isi-isi Penting
(a) Menyekat komunisme
. Faktor utama penubuhan NATO adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.
. Rusia berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.
(b) Menyekat dasar ketenteraan Rusia
. Selain menyekat perluasan ideologi komunis, NATO ditubuhkan bagi menyekat dasar ketenteraan Rusia di Eropah.
. Rancangan Rusia memperbesar kekuatan tentera bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat.
(c) Menghalang kebangkitan Jerman
. Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.
. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis; dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
(d) Penglibatan Amerika Syarikat
. Penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di benua Eropah.
. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.
. Umpamanya, tentera Amerika Syarikat ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.
(e) Mengambil alih peranan PBB
. Penubuhan NATO bertujuan untuk mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia.
. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan berkesan kerana tidak memiliki pasukan tentera sendiri.
Kesimpulan
. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah berakhir.
. Sebaliknya era pasca Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing.


SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),478.