Selasa, 25 Oktober 2016

FOKUS STPM P1 2016 .Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia. 20m

Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

       Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

       Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.

       Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.

       Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.

       Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.

       Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.

       Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.

       Di samping itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
       Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan