Ahad, 2 Oktober 2016

6. Bincangkan perubahan ekonomi yang dilaksanakan oleh pemerintah Filipina selepas merdeka.

A.        PENGENALAN
           Selepas Perang dunia kedua tamat, Amerika Syarikat telah menawan semula Filipina pada 23 Februari 1945. Pemerintahan Amerika Syarikat membawa kepada perubahan ekonomi dengan pengenalan ekonomi laissez-faire dan kemudiannya sebuah kerajaan berbentuk republik demokrasi telah ditubuhkan. Pemerintahan Presiden Manual Roxas, Quiribo dan lain-lain telah mengambil beberapa langkah untuk membangunkan ekonomi di Filipina pada tahun 1945 hingga 1963.
B.        ISI-ISI PENTING
1.         Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina masih dibelengu kemiskinan dan kekurangan kemudahan asas.  Oleh yang demikian Manual Roxas (1946-1948) telah mengadakan pemulihan ekonomi dalam bidang pertanian dan perindustrian dengan mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal daripada pertubuhan antarabangsa. Misalnya mendapatkan bantuan daripada dana Amerika Syarikat. Pada tahun 1946, Manual Roxas telah melaksanakan reformasi tanah dengan mewujudkan undang-undang yang meluluskan penetapan perkongsian antara tuan tanah dan penyewa daripada 30 kepada 70. Reformasi ini telah menyelamatkan penyewa tanah daripada penindasan tuan-tuan tanah.
2.         Semasa Presiden Quirino memerintah Filipina, Presiden Quirino telah meminta bantuan daripada Amerika Syarikat pada tahun 1950 dengan menandatangani satu perjanjian baharu. Dalam perjanjian ini, Amerika Syarikat bersetuju memberikan pinjaman sebanyak AS$250 juta bagi membangunkan Filipina. Malahan, Amerika Syarikat juga turut memberikan bimbingan dalam urusan penetapan cukai dan pertanian. Presiden juga telah mengadakan rancangan pembangunan lima tahun, namun tidak berjaya kerana berlalu penyelewangan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.
3.         Presiden Ramon Magsasay yang memerintah pada tahun 1953 hingga tahun 1957 pula telah memberi perhatian khusus kepada kepada masalah ekonomi dan kebajikan rakyat. Presiden Magsasay telah mengembangkan gerakan koperasi pertanian, mewujudkan skim kredit desa, dan menyediakan kemudahan infrstruktur dalam kawasan penyumbang ekonomi. Seterusnya Magsasay telah mengadakan perhubungan dagang dengan Amerika Syarikat dan memperlihatkan wujudnya peningkatan perdagangan Filipina serta mengadakan undang-undang tidak menjual barangan luar dan perdagangan eksport impot kecuali Amerika Syarikat bagi melindungi industri tempatan. Jawatan presiden diambil alih oleh Garlos Garsia yang memerintah dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-dasar ekonomi Magsasay dalam membangunkan ekonomi Filipina. Buktinya pada tahun 1961, Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan gula utama dunia.
4.         Dalam pentadbiran Macapagal pada tahun 1961 hingga taun 1965, menghadapi banyak cabaran. Pada zaman pemerintahannya, Filipina menghadapi inflasi, pembahagian tanah dan desakan tuntutan Sabah. Namun beliau telah menjalankan usaha meningkatkan kawalan pertukaran asing, mengawal keuntungan yang keluar dan memperkenalkan kawalan harga. Selain itu, Macapagal menekankan kepada sektor pertanian seperti kelapa kering, tanaman tebu, abaka, tembakau, dan nanas sebagai hasil eksport. Macapagal juga memajukan bidang perindustrian seperti industri ringan, pembungkusan, dan pemasangan. Dalam masa yang sama, industri besi keluli dimajukan. Malahan, kerajaan Macapagal juga telah mengasingkan industri gula dan kelapa melalui penubuhan Lembaga Kelapa Filipina berikutan kedua-dua industri ini menjadi penyumbang utama dalam hasil eksport Filipina.
KESIMPULAN
Kesimpulanya, presiden-presiden Filipina berusaha melaksanakan dasar pembangunan ekonomi bagi menggalakan pertumbuhan ekonomi di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang dinikmati Filipina telah meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan sosial di Filipina. 

SUMBER-SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P3 NEGERI PAHANG 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan