Jumaat, 15 Ogos 2014

PAMERAN TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA I

OLEH- AHMAD YAAKOB.
PAMERAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKM JENGKA 2
Tahun ini merupakan tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57. "MALAYSIA Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta",  diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

PAMERAN BIOGRAFI TUN RAZAK
LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN
Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana sumbengan beliau dalam pembangunan kawasan luar bandar dan masyarakat luar bandar melalui Dasar Ekonomi Baru. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Langgar Jambu, Pekan. Beliau merupakan  anak sulung  Orang Kaya Indera Shahbandar Dato' Hussein Mohd. Taib dan Hajjah Teh Daud.

KEHIDUPAN AWAL TUN RAZAK

FELDA

HUBUNGAN ANTARABANGSA




Isnin, 11 Ogos 2014

1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896.

LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2 SEJARAH MALAYSIA P3.
1.Sejauh manakah masalah kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896.
Rangka jawapan
Pengenalan
-1893 Frank Swettenham mencadangkan pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
-C.P Lucas mengutarakan cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896
1.Masalah kewangan Pahang.
Pahang menerima sistem Residen 1888.
Kesan penentangan Datok Bahaman menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Januari 1892 Pahang meminjam $175,000 dari Negeri-Negeri Selat.
British terpaksa menarik diri atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang.
C.P Lucas dan Sir Cecil Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi.
Pahang tidak dapat dimajukan kerana sistem perhubungan tidak memuaskan.
Lucas mencadangkan Pahang miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk menarik masuk pelabur.
Penubuhan persekutuan dapat mengatasi masalah kewangan Pahang.
2.Mengurangkan kuasa Residen.
-Residen bertindak tanpa panduan
-Gabenor NNS perlu mengawal Residen.
-Residen berkuasa melebih sultan dan Majlis Negeri.
-Sultan hanya berperanan dalam soal hukum syariah dan adat.

3.Keseragaman pentadbiran
-Pentadbiran keempat buah negeri tidak seragam.
-residen mentadbir negeri mengikut budi bicara sendiri.
-Tiada kerjasama banyak sumber tidak dimanafaatkan.
-Persekutuan akan menyatukan perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan.
-Persekutuan menyatukan kekuatan pertahanan.

4.Dasar penjajahan British.
-Sejak 1890-an British menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan.
-Persekutuan berjaya di Australia dan Afrika.
-Dasar pro persekutuan membantu penubuhan NMB.
Kesimpulan
-Pembentukan persekutuan membantu mengatasi masalah kewangan Pahang.
-Kuasa pembesar dan sultan tidak dipulihkan.

Khamis, 7 Ogos 2014

SKEMA UJIAN BULAN OGOS SEJARAH STPM P3 2014

SKEMA UJIAN BULAN OGOS SEJARAH STPM P3 2014

1.Huraikan ciri-ciri Adat Perpatih dan Adat Temenggung. [20]
PENGENALAN
  Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.

Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai perbezaan dalam aspek kawasan dan pengasasan, bentuk dan pelaksanaan, pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, pembahagian harta, kekeluargaan dan perkahwinan.

Adat Perpatih

Kawasan dan pengasasan.

Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17.

Bentuk dan Pelaksanaan

Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ia adalah pepatah yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau perbilangan adat. Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau adat turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.

Pemerintahan
Dan segi pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi. Kuasa pemerintah bukan terletak pada tangan seorang sahaja. Kuasa dibahagikan antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai. Ketua-ketua di setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas.

Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yamtuan Besar.  Sistem pemerintahannya mementingkan prinsip pemuafakatan. Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh ketua-ketua suku yang dikenali sebagai Undang.

Pelaksanaan Undang-Undang
Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Hukuman yang diberi bertujuan memberi kesedaran dan bukan untuk menghukum pesalah semata-mata. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi. Contohnya seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada keadaan lukanya.

Mangsa kecurian boleh dapat balik barang-barangnya. Sekiranya berlaku pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati. Hukuman bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan. Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.

Pembahagian Harta
Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya.

Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau anak perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya.

Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu hanta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta ini dibahagi dua jika bercerai. Harta dapatan ialah harta yang sedia ada pada si isteri sebelum berkahwin, jika bercerai harta itu kekal di tangan isteri. Harta pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki sebelum dia berkahwin, jika bercerai bekas isteri tak boleh tuntut harta itu.

Kekeluargaan dan Perkahwinan.
Dalam aspek perkahwinan, Adat Perpatih tidak membenarkan perkahwinan sesama suku sebaliknya hendaklah berkahwin daripada suku yang berlainan dan perkahwinan ini di kenali eksogami. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan, melanggar adat dan akan dibuang suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh dan lain-lain lagi.

Apabila seseorang anak perempuan berkahwin, suaminya digelar orang semenda. Selepas berkahwin, wanita tersebut akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibunya. Apabila si suami kematian isteri digalakkan mengambil adik perempuan isterinya untuk dijadikan isteri bagi menjaga anak-anaknya. Perkahwinan ini dikenali sebagai ganti tikar.

Susunan keluarga masyarakat Adat Perpatih berdasarkan matriarchal/matrilineal yang mengutamakan wanita yang disusurgalurkan kepada keturunan sebelah ibu. Susunan keluarga sebegini mengandungi ibu, anak-anak perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Adat Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih orang wanita yang berasal daripada suku yang sama.

Adat Temenggung

Kawasan dan Pengasasan
Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dan menjaga kawasan persisiran pantai dan laut. Adat ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-l5lagi. Diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.

Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Temenggung dilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini dipengaruhi oleh agama Hindu terutama dalam Undang-Undang Manu. Apabila Islam berkembang adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mazhab Shafie.

Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain dengan nama berlainan tetapi mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini dikenali sebagai Undang-undang Johor, di Kedah dikenali sebagai Undang-undang Kedah, di Pahang sebagai Undang-undang Pahang dan di Perak sebagai Undang-undang 99 Perak.

Pemerintahan
Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan autokratik iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Raja atau sultan mempunyai hak keistimewaan dan kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan derhaka.

Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan, diikuti oleh kerabat-kerabat raja, pembesar-pembesar negeri yang memegang jawatan tertentu dan ketua kampung. Sultan merupakan ketua negeri, lambang penyatuan dan perpaduan rakyat

Jawatan sultan bersifat warisan, seseorang raja yang mangkat akan diganti dengan putera sulung kecuali di Perak berasaskan sistem giliran. Jika sultan tiada anak lelaki, hak pewarisan taktha jatuh kepada adik lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah musyawarah dan pemuafakatan antara sultan dengan pembesar menjadi keputusan dalam melaksanakan sistem pentadbiran. Pembesar-pembesar pula dilantik oleh sultan.

Pelaksanaan Undang-Undang
Bentuk dan pelaksanaan hukumannya adalah lebih tegas dan keras. Bertujuan menghukum serta berpegang kepada prinsip pembalasan semata-mata. Oleh itu pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas agar dapat memberi iktibar dan amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sebarang jenis kesalahan.

Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti membunuh, mencuri, memfitnah dan menderhaka kepada raja. Hukuman bunuh dilakukan oleh raja atau sultan sahaja. Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh pembesar-pembesar.

Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan atasan atau pemerintah. Ini bermaksud, sekiranya rakyat dan kerabat diraja melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang dikenakan kepada rakyat lebih berat berbanding dengan kerabat diraja.

Pembahagian Harta
Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana pengaruh daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai keturunan sebelah bapa lebih diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki dalam Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding dengan anak perempuan.

Jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie. Adat ini menjelaskan harta yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai hanta sepencarian. Harta sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga sahaja. Harta asal suami atau isteri dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.

Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu kaum lelaki lebih diutamakan kerana kaum lelaki melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Ini sejajar dengan pninsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga. Adat ini membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja (endogami) asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sekiranya mempunyai pertalian darah atau muhrim perkahwinan dilarang. Sesudah berkahwin isteri akan ikut tinggal bersama keluarga suami.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, adat dapat mengawal perlakuan individu dan merapatkan hubungan persaudaraan. Selepas campur tangan British adat semakin diketepikan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat. Walau bagaimanapun, amalan seharian Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih tetap kekal sehingga hari ini.

2.Bincangkan perluasan kuasa British di Selangor  pada tahun 1874. [20]
Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun 1867, berlaku perang saudara di Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
Chong Chong memihak kepada Raja Mahadi manakala Yap Ah Loy memihak kepada Tengku Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang membolehkan Sir Andrew Clarke campur tangan.Pada bulan November 1g73, berlaku peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra.
 Lapan orang anak kapar dan penumpangnya dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad menjalankan perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor. Keadaan ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew clarke menggunakan alasan perlanunan untuk memperkenalkan sistem Residen di Selangor.

3.Huraikan perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu pada tahun 1874 hingga 1896. [20]
Pengenalan
Campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu telah mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada sistem pentadbiran Barat. Antara perubahan pentadbiran yang berlaku ialah Sistem Residen yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu bertitik tolak dari Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, diikuti Selangor 1875, Negeri Sembilan 1895 dan Pahang 1888. Selepas itu diperkenalkan pula Persekutuan 1896 yang mengabungkan Neger-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu gabungan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

SISTEM RESIDEN
      Pembaharuan terhadap pentadbiran tempatan telah dilakukan oleh Residen yang menyebabkan raja dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa. Pentadbiran negeri diketuai oleh sultan yang dibantu oleh Residen.Residen menasihati sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam Melayu.
      Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding  dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan.tentang pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
      Ahli-ahli Mesyuarat seramai 10 orang iaitu Residen yang berkuasa menamakan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi oleh sultan seumur hidup. Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri akan bersidang sebanyak 7 kali setahun.
      Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri pada peringkat awala ialah menasihati sultan. Tetapi kemudiannya bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan Tertinggi terutama berkait dengan hukuman mati yang hanya akan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri, mengurus pencen orang Melayu, perlantikan ketua tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan serta menguruskan perubahan cukai.
      Residen paling berkuasa dalam   MMN. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor. Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang yang dibincangan dan MMN. Setelah perbahasan dibuat rang undang-undang mesti ditandatangani oleh sultan setelah dipersetujui Gabenor.
      Penubuhan MMN telah menyebabkan sultan hilang kuasa. Walaupun menjadi pengerusi MMN, tetapi sultan tidak mempunyai kuasa penuh dan terpaksa mengikut nasihat Residen. Pentadbiran negeri pula telah dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertugas sebagai pemungut cukai, menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, melaksanakan keadilan dan mengawal kesihatan awam.
      Bagi melicinkan pentadbiran daerah beberapa jabatan yang diketuai oleh Pegawai British ditubuhkan. Contohnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan. Pegawai daerah bertanggungjawab mengawal jabatan tersebut. Setiap daerah dibahagi kepada mukim yang diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik dari alangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan. Penghulu menerima gaji dari hasil tambahan tempatan. Tugas Penghulu ialah mengutip hasil tanah, menyelesaikan masalah dan keselamatan Mukim. Masalah dalam Mukim diselesaikan oleh Mahkamah Penghulu. Penghulu juga menyimpan kira-kira serta laporan bertulis.
      Tujuan British melantik penghulu daripada kalangan orang Melayu ialah untuk memudahkan mereka menyampaikan dasar kerajaan dan mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan.
      Pentadbiran mukim pula telah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Ketua Kampung dilantik dari kalangan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Kapitan Cina juga dilantik untuk melindungi dan menjaga orang Cina. Pentadbiran di peringkat bandar juga dibentuk untuk untuk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar-bandar di NMB.
      Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyelia dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai British seperti Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis daerah dan individu yang dilantik oleh Residen. Tugas Lembaga Kesihatan ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
     
PERSEKUTUAN 1896 –NEGERI MELAYU BERSEKUTU
      Menurut Perjanjian Persekutuan 1896, empat buah Negeri-Negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.Persekutuan telah mengukuhkan lagi pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu apabla kuasa raja masih tidak dapat dikukuhkan.
      NMB ditadbir oleh Residen Jeneralyang bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sulta dikehendaki mengikut nasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Residen Jeneral beribu pejabat di Kuala Lumpur.
      Jawatan Residen masih dikekalkan tetapi mereka tidak boleh bertindak sesuka hatidan mesti melaksanakan arahan Residen Jeneral.
      Sultan masih berkuasa di negeri masing-masing dan bersetuju memberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat Residen Jeneral. Sultan akan menggangotai Majlis Persidangan Raja-Raja atau DURBAR yang berperanan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama. DURBAR dianggotai oleh empat orang Raja-Raja Melayu, Empat Orang Residen British, Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha.
      Melalui DURBR Sultan Idris telah membuat teguran dan mencadangkan supaya dentralisasi dilaksanakan kerana pemusatan kuasa yang berlebihan oleh Persekutuan.
      MMN akan menjalankan tugas seperti biasa tetapiperkara yang berkaitan anggaran belanjawan tahunan dan draf undang-undang diserahkan kepada Gabenor melalui Residen Jeneral untuk disahkan.
      Jabatan Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan ketua-ketuanya berperanan untuk memberi arahan dan menyelaraskan tugas-tugas di keempat-empat buah negeri. Ketua Persekutuan bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
      Jabatan-jabatan yang ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Tanah dan Galian, Nazir-Nazir Sekolah, Ketua Akauntan dan Ketua Juru ukur .
      Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) 1909 ditubuhkan untuk menggantikan DURBAR akibat bantahan Raja-Raja Melayu. MMP sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat kepada sultan. Tetapi sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP ataupun membatalkan usul-usul yang dibentangkan.
      MMP mempunyai kuasa melebihi had dan MMN  hanya berfungsi dalam perkara yang berhubung dengan adat-istiadat dan agama Islam sahaja.MMP gagal mengembalikan kuasa sebenar kepada sultan dan kuasa dipusatkan kepada Pesuruhjaya Tinggi. Oleh itu desakan semakin kuat agar dasar desentralisasi atau pengagihan kuasa dilaksanakan secepat mungkin.

KESIMPULAN
Perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku telah mengukuhkan lagi kedudukan Britih di Negeri-Negeri Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin diketepikan terutama dengan pengenalan Negeri Melayu Bersekutu yang akhirnya membawa desakan sultan agar kuasa mereka dikembalikan melalui dasar pengagihan kuasa.



4.Huraikan faktor-faktor perkembangan getah di Tanah Melayu pada abad ke 20 .[20m]
Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu.Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839permintaan, permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapatbeberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di TanahMelayu.

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah
1. Sumbangan H.N.Ridley
Perlantikan H.N.Ridley sebagai Peng. Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan erabaru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yangbertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu.H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatandengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supayamenanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekargetah di Kajang.Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem ‘tulang ikan herring atau ibedem’. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpamerosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anakbenih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembap. Cara pengangkutan inimembolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaanladang-ladang getah yang baru.
2. Dasar Kerajaan
Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yangberukuran seekar untuk 10 tahu pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai inidinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yangpertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untukpenanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalamkegiatan penanaman getah di Tanah Melayu.Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan rayadan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Padatahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman.

3. Kemerosotan harga kopi
Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu.Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga kopiadalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di TanahMelayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yangdibawa oleh kupu-kupu Beehawk.
4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah
Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkanpenggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 danperkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang samaharga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat akibatperkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik.
5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.
Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telahmembekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalahyang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estetgetah yang besar oleh orang Eropah.
6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secarabesar-besaran
Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby  dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getahtelah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagimemajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta mencarikegunaan-kegunaannya yang baru.

Kesimpulan
Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaanterpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914.semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia


Rabu, 6 Ogos 2014

TUNKU DIKURNIAKAN GELARAN BAPA KEMERDEKAAN




Pada  hari  ini 29 Jun dalam  tahun  1957,  Tunku  Abdul  Rahman  Putra,  Ketua  Menteri Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  dianugerahkan  dengan  gelaran "Bapa Kemerdekaan"  negara.  Penganugerahan  gelaran  ini  telah  dipersetujui  di  dalam  Persidangan  Agong  UMNO  dan  pengurniaan  secara  rasmi  gelaran  ini  telah dilakukan  pada  malam  30  Ogos  1957  di  Padang  Kelab  Selangor.   Pengurniaan gelaran  ini  merupakan  satu  penghargaan  kepada  Tunku  Abdul  Rahman  ke atas  jasa dan  perjuangan  beliau  dalam membebaskan  tanahair  daripada  cengkaman  penjajahan  Inggeris.  Tunku  Abdul  Rahman  Putra,  merupakan  putera  kepada  DYMM  Sultan  Abdul  Hamid  merupakan  seorang  tokoh  politik  yang  praktikal, kerana  beliau merupakan pemimpin yang julung-julung kalinya berjaya memperjuangkan  serta  menyatupadukan  penduduk  yang  berbilang  bangsa  untuk sama-sama  mendapatkan  kemerdekaan  ke  atas  Tanah  Melayu.  Sesungguhnya, gelaran  Bapa  Kemerdekaan  kepada  Tunku  Abdul  Rahman  merupakan  anugerah yang  amat  bernilai  sebagai  mengenang  segala  sumbangan  dan  perjuangannya  ke atas  kemerdekaan  tanah air.

BENDAHARA WAN AHMAD MEMAKAI GELARAN SULTAN


Pada hari ini 6 Ogos dalam tahun 1882, Baginda mula digelar DYMM Sultan, Ahmad Al-Muazam Shah.  Permaisuri baginda Tuan Besar Wan Fatimah yang bergelar Cik Puan Bongsu pula diberi gelaran DYMM Tengku Ampuan Pahang.  Manakala puteri-puteri baginda yang bergelar Wan dan Tuan diganti dengan panggilan Tengku.  Pada 12 Disember 1884, istiadat pemakaian secara rasmi gelaran Sultan telah diadakan. Dengan pertabalan gelaran Sultan, Bendahara Wan Ahmad merupakan keturunan Bendahara yang mula-mula sekali memakai gelaran DYMM Sultan Pahang.  Pihak Inggeris hanya mengiktiraf pemakaian gelaran ini oleh Bendahara Wan Ahmad pada tahun 1887. Sultan Ahmad memerintah Pahang dari tahun 1863.  Sebelum dari ini telah berlaku satu perang saudara di antara baginda dan kekandanya Wan Mutahir akibat perebutan kuasa.  Peperangan ini telah berlarutan sehingga 6 tahun, di mana Wan Mutahir tewas dan melarikan diri ke Tanjung Teja bersama anaknya Wan Koris.  Dalam pelarian tersebut, Wan Koris telah mangat di Kuala Pahang dan Wan Mutahir mangkat di Kuala Sedeli. Sultan Ahmad telah memerintah negeri Pahang selama 51 tahun iaitu dari tahun 1863 hingga 1882 sebagai Bendahara dan dari tahun 1882 hingga 1914 sebagai Sultan Pahang. Baginda mangkat pada 9hb Mei 1914 dan digantikan oleh Puteranya Tengku Mahmud sebagai Sultan Pahang kedua.