Pada hari ini 29 Jun dalam tahun 1957, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dianugerahkan dengan gelaran "Bapa Kemerdekaan" negara. Penganugerahan gelaran ini telah dipersetujui di dalam Persidangan Agong UMNO dan pengurniaan secara rasmi gelaran ini telah dilakukan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Pengurniaan gelaran ini merupakan satu penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman ke atas jasa dan perjuangan beliau dalam membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Tunku Abdul Rahman Putra, merupakan putera kepada DYMM Sultan Abdul Hamid merupakan seorang tokoh politik yang praktikal, kerana beliau merupakan pemimpin yang julung-julung kalinya berjaya memperjuangkan serta menyatupadukan penduduk yang berbilang bangsa untuk sama-sama mendapatkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Sesungguhnya, gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman merupakan anugerah yang amat bernilai sebagai mengenang segala sumbangan dan perjuangannya ke atas kemerdekaan tanah air.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan