Selasa, 7 Julai 2015

1.Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia. 20m

       Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

       Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.

       Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

       Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian tersebut.

       Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.

       Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras kementerian-kementerian di China.

       Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.

       Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.

       Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao. Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah
ditetapkan.

       Di samping itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
       Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan. Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.

       Kesimpulannya, sistem pembesar di dua buah negara ini menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza mengikut era pemerintahan raja atau maharaja. Kemerosotan sistem pemerintahan beraja juga turut menyumbang kepada sistem pembesar di kedua-dua buah negara. Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik. Penamatan pemerintahan Dinasti Ch'ing turut menghapuskan sistem pembesar di China. Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.
2.2     Negara Bangsa:
          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (England dan Perancis).
Terangkan sistem pemerintahan beraja mutlak yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17. 20m
Pendahuluan.
-Konsep beraja.
-Latar belakang sistem beraja di England.
Isi
Kuasa mutlak
Penguasaan ekonomi.
Penguasaan parlimen.
Penguasaan agama.:
Kesimpulan
Raja England jatuh melalui Glorious Revolution dan menjadi Raja Berperlembagaan.
Jawapan
Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Raja Henry VII telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun l485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang di England.

      Sistem pemerintahan beraja mutlak memperlihatkan raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Raja England berpegang Pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau Devine Right of King'.Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukannnya kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen.

      Ini bermakna semua institusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah, dan gerejadiwujudkan untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.Oleh itu, perbuatan ,raja tidak boleh ditentang walaupun raja bertindak zalim. Kezaliman raja adalah untuk menghapuskan kejatatan manusia. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada raja.Dasar ini dapat dilihat semasa pemerintahan Raja fames I (1603 -1625 ) dan Raja charles I (1625 -1649).

Kekuasaan raja juga diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi. Buktinya, semasa pemerintahan Raja James I yang memberi hak monopoli dan keistimewaan kepada syarikat yang disukainya. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut dapat memonopoli kegiatan perdagangan dan perniagaan raja James I mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. semasa pemerintahan Raja charles I, baginda memperkenalkan pelbagai cukai dan menubuhkan pelbagai agensi pemungut cukai. Baginda turut terlibat dalam urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak monopoli barangan pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang mahal.

     Raja juga bertindak menguasai parlimen dalam pemerintahannya.Sistem pemerintahan di England menyaksikan bahawa pemerintahan raja-raja Dinasti Turdor berpegang kepada Magna Carta, iaitu sebuah piagam politik yang mengawal kuasa raja. Namun, raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal dewan Parlimen.

      Pada era pemerintahan Dinasti Stuart, Raja James I telah membubarkan parlimen dan Raja charles I pula telah membelakangi parlimen dalam soal pungutan cukai. Baginda menahan mana-mana ahli parlimen yang membantah tindakan baginda serta meletakkan tentera di sekeliling rumah ahli parlimen yang menentangnya. Raja charles I turut membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11 tahun tanpa parlimen.

      Raja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda bertindak melantik Bishop Besar Wiliam Laud sebagai ketua gereja kebangsaan. Raja Charles I telah mengubah beberapa dasar keagamaan. Antara dasar keagamaan yang dilonggarkan ialah sekatan undang-undang yang dikenakan terhadap penganut mazhab Katolik. Bishop Besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap golongan puritan untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.

      Sistem pemerintahan beraja di England tamat apabila berlaku Glorious Revolution dan peralihan kuasa. Menerusi Glorious Revolution, Raja James II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti oleh Mary II serta suaminya William of Orange. Selepas itu, sistem beraja mutlak di England berubah menjadi sistem raja berperlembagaan


4 ulasan: