Orang India dari Benggala dan
Madras datang ke Pulau Pinang hampir 200 tahun lalu bersama-sama Francis Light
di Pulau Pinang. Selepas pembukaan Singapura 1819 dan pengambilan Melaka 1824
lebih ramai orangIndia datang mencari peluang pekerjaan sebagai peladang,
petani, kerani dan buruh.Mulai tahun 1860-an orang India datang melalui Sistem
Kangani. Kemasukan orang India secara beramai-ramai hanya berlaku pada tiga
dekad pertama abad ke-20 dengan perkembangan perusahaan getah. Buruh India yang
murah diperlukan untuk membuka ladang bagi kerja penanaman dan penorehan getah.[1]
Kebanyakan buruh asing India berasal dari
wilayah India Selatan,terutamanya Madras. Mereka dibawa masuk untuk bekerja
sebagai buruh kontrak di ladang tebu dan kopi di Perak dan Selangor.Permintaan
untuk menggunakan buruh asing dari India semakin meningkat sepanjang abad ke-19
kerana perbelanjaan untuk membawa mereka masuk ke Tanah Melayu agak murah.Kerajaan
British di Negeri-negeri Selat juga tidak menghadapi masalah untuk membawa
masuk mereka kerana ketika itu India berada di bawah pentadbiran Syarikat
Hindia Timur Inggeris (EIC). Ini menjadikan semua urusan dapat dikendalikan
dengan lebih mudah dan licin.[2]
Sebab-sebab penghijrahan orang India
1.Kesengsaraan ekonomi.
Petani yang memiliki tanah pula
mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk
membayar cukai atau hutang. Manakala petani yang tidak memiliki tanah untuk diusahakan
terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar sewa
yang tinggi. Semua ini
menjadikan kehidupan petani semakin susah. Mereka juga terpaksa menanggung
beban cukai yang tinggi, serta terikat dengan hutang daripada peminjam wang.
Kesusahan ini diburuktan lagi
oleh bencana alam yang sering berlaku seperti bunjir, kemarau, kebuluran dan
merebaknya wabak penyakit. Misalnya pada tahun 1840-an, Dataran Tinggi Deccan dan
India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman
dan mengakibatkan masalah kebuluran yang berpanjangan.
Sistem sosial di India juga
membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta
rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa
dipandang hina dan tidak dapat menikmati
hak yang sama seperti orang yang berasal daripada kasta tinggi. Sekatan dalam sistem sosial ini diburukkan
lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang
kurang terdidik atau buta huruf yang sebahagian besarnya berasal daripada kasta
yang rendah.
Semua masalah ini menimbulkan
kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk
memulakan kehidupan baharu. Oleh kerana peluang pekerjaan yang terhad,
pilihan yang ada ialah mencari
pekerjaan di tempat lain.
2.Pertambahan penduduk di India
Selepas pertengahan abad ke-19,
India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang pesat, iaitu daripada 130
juta pada tahun 1845 meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941.Pertambahan
pesat penduduk ini menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat
tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin kurang. Ini
bermakna sumber makanan untuk
keperluan hidup seharian semakin kurang kerana orang yang menggunakannya
semakin bertambah.
3.Kestabilan politik dan
ekonomi di Tanah Melayu.
Perkembangan pesat perusahaan
getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga
buruh. Keperluan ini semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja
di ladang getah. Oleh itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh
di ladang getah.Permintaan terhadap tenaga buruh semakin tinggi kesan
tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Kuasa-kuasa Eropah yang inginkan
bekalan bahan mentah mula menjajah di beberapa buah kawasan tropika. sesetengah
kawasan ini tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
Oleh itu, tenaga buruh terpaksa dibawa
masuk dari luar. Keadaan ini diburukkan lagi akibat penghapusan amalan
menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang-peladang Eropah yang
kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu
untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
4.Galakan kerajaan British
British di ranah Melayu menggalakkan
kemasukan buruh dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang
rendah. Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja
untuk membina jalan raya dan
landasan kereti api. 6 orang Punjabi keturunan sikh dibawa masuk untuk menjadi tentera
dan polis. Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula
diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di
ladang.
Cara kemasukan orang India
1.Sistem kontrak
Pada peringkat awal, kemasukan
orang India ke Tanah Melayu dikendalikan melalui satu sistem yang dikenali
sebagai sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun l820. Di bawah
sistem ini, buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai
tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan
majikan untuk satu tempoh tertentu, biasanya selama lima tahun. Sistem Buruh
Kontrak tidak kekal lama kerana didapati lebih bersifat menindas. Buruh-buruh
yang dibawa masuk itu diberi layanan yang buruk dan dipaksa bekerja keras di
ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang murah sehingga ada yang Jatuh sakit dan
tidak dibayar gaji. pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan
dengan satu sistem lain yang dinamakan sistem Kangani.
2.Sistem Kangani.
Perkataan 'kangani' dalam
bahasa Timil bermaksud mandur.Melalui sistem ini, majikan yang ingin memperoleh
buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke
kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani bertanggungjawab
membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang
majikan masing-masing. Buruh-buruh itu diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
Sistem Kangani berjaya membawa masuk
lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara
berkeluarga.Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan
tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang
dikenali dan dilayan dengan baik.[3]
[1]“Masyarakat
Pelbagai Kaum”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 3,53 ,
[1]Ong Loo
Chen, Pra U Teks STPM Sejarah Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),131.
[2]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead
Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini, 145.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan