Isnin, 6 Julai 2015

Perubahan Sistem pendidikan Zaman British


Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
c)Perubahan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19-20.
Hasil pembelajaran- Calon dapat menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perubahan Sistem pendidikan Zaman British
Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah apabila setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.Sistem pendidikan aliran Inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada semua orang. Pendidikan Ingeris dikhaskan kepada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburkan diri dalam perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing. Sekolah Inggeris tertumpu di bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan perlombongan, manakala Sekolah Tamil di kawasan ladang-ladang getah.[1]
l. Pendidikan Melayu  dan nelayan. Sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan neger-negeri Melayu lain.[2]

  Pendidikan vernakular Melayu rendah mutunya.Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan sehingga darjah 6. Masa persekolahan bagi sekolah Melayu hanya dua jam sahaja bagi darjah satu, dua dan tiga.Manakala bagi darjah empat pula masa persekolahannya ialah empat jam.[3]

      Pada tahun 1905 Kolej Melayu Kuala Kuala Kangsar ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British.R.O Winterdt mencadangan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung malim, Perak. Dengan ini lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris, MPSI pada tahun 1922.[4]
- Maktab-maktab Melayu ditubuhkan pada abad ke-20.

2. Pendidikan Inggeris
      Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Fre School yang dibuka pada tahun 1816 di Pulau Pinang oleh R.S Hutchings, seorang paderi gereja tempatan. Pada tahun 1826 Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris seterusnya ialah  1893 Victoria Institution, Methodist Boys  School  1897, Convent Girl School dan St. John Institution  pada tahun 1904.

      Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran  dan derma badan persendirian dan orang ramai.Sekolah Inggeris tertumpu di bandar utama di Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930-an anak-anak Melayu belajar di sekolah aliran Inggeris pabila Special Malay Class diperkenalkan.Mereka perlu belajar selama dua tahun sebelum memasuki tahun empat di sekolah Inggeris.  Pada tahun 1905 , British menubuhkan  maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan  yang dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar.[5]

Sukatan pelajaran berdasarkan sukatan England.
Sekolah Inggeris di Tanah Melayu mempunyai beberapa persamaan dengan sekolah di England. Peringkat persekolahn dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kelas bawah 1,2 dan darjah 1. Kelas rendah pertengahan daripada darjah dua hingga darjah lima. Peringkat menengah pula dari darjah 6 hingga kelas Sijil Persekolahan.

      Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Mereka yang lulus School Certificate mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah. Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelar yang dapat membantu pentadbiran negara di sampng menanam perasaan taat setia kepada British.[6]    
- Ada peringkat menengah dan kolej.
3.Pendidikan Cina
- Bertumpu dibandar-bandar utama.
- Sukatan, bahasa pengantar dan guru dari negara China.
- Ditubuhkan oleh orang persendirian.
4.Pendidikan Tamil
Bertumpu di ladang-ladang getah.
Diusahakan oleh pengurus ladang.
Sukatan, bahasa pengantar dan buku-buku teks dari India.[7]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan