Khamis, 2 Julai 2015

PEMBESAR DI RUSIA ABAD KE-16-20 (1500-1999)


oleh-AHMAD YAAKOB
Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan Rusia abad ke-16-20 (1500-1999)
a)Konsep pembesar
Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya
Pembesar juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja.[1]

b)Kedudukan Pembesar di Rusia
      Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan sistem pembesar di China.. Pembesar menduduki kedudukan tertinggi selepas Tzar.Pembesar sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan. Mobiliti sosial  berlaku di Rusia secara lantikan.
c)Peranan pembesar.
1.Peringkat pusat
Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi (Duma, Zemskii Sabor, Prikazi)
Peter mewujudkan Majali Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor,
Pembesar memberi perkhidmatan ketenteraan.
Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk mengawal kuasa gereja.
Pembesar menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.[2]
Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran.
Polis rahsia khas  (Okhrana) untuk kawal penyebaran propaganda yang boleh menggugat pemerintahan.

2.Peringkat daerah
Pentadbiran daerah diketuai oleh Gabenor atau Naib Gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat. Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan menjaga insfrastruktur dan pendidikan.

3.Kampung.
Pentadbiran kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung. Mereka bertanggungjawab memungut cukai yang ditetapkan untuk kerajaan pusat.Komun memastikan setiap isi rumah petani membayar pinjaman kerajaan selama 49 tahun. Baaran ini akan dikutip setiap tahun. Tugas komun juga menentukan jenis tanaman yang diusahakan oleh petani dan berkuasa mengagihkan tanah pertanian secara tahunan kepada petani yang tertentu sahaja.

      Komun melatih generasi generasi muda daripada kalangan petani sebagai persediaan khidmat tentera apabila diperlukan oleh Tsar. Komun menjadi penampan kepada kemasukan pengaruh negatif di kawasan luar bandar yang boleh menjejaskan pemerintahan kerajaan pusat. Kerajaan pusat berupaya mencengkam tuan tanah dan petani melalui komun. Komun menjadi mata dan telinga kerajaan pusat.[3]



[1] “Pembesar”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56.  
[2] Ibid, 59.
[3] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),120.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan