Rabu, 22 Julai 2015

2.Raja berperlembagaan di England


Raja Charles II 1660-1685
Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan persefahaman antara raja dengan parlimen. Raja Charles II ditabalkan sebagai raja England. Bagaimanapun parlimen memberi peringatan kepada Raja Charles II bahawa England akan mengamalkan sistem raja berperlembagaan bukannya sistem pemerintahan beraja yang berasaskan teori hak kesucian raja.

      Pada peringkat pemerintahannya, Raja Charles II cuba melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hari parlimen. Sekali lagi soal agama menjadi punca pertelagahan antara parlimen dan raja. Kebanyakan rakyat England bermazhab protestan.Perkembangan di Eropah Barat menimbulkan kebimbangan mazhab Katolik akan berpengaruh semula di England. Kebimbangan ini semakin nyata apabila Raja Charles II mengadakan satu perjanjian sulit dengan Raja Louis XIV dari Perancis yang berperang dengan Belanda. Melalui perjanjian ini, Perancis berharap England kembali di bawah pengaruh Roman katolik.[1]    

      Raja Charles II membuat penhistoharan Diraja yang dikenali sebagai Declaration of indulgence 1672 yang bertujuab memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Golongan Katolik juga tidak disekat untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan. Pihak parlimen bertindak balas dengan meluluskan Test Act 1673 yang melarang orang Katolik memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.[2]

      Baginda juga memansuhkan pemerintahan Komanwel dan meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.Undang-undang Habeas Corpus Act pada tahun 1679. Akta ini bertujuan mensyaratkan seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan dan diberi sebab mengapa dipenjarakan.Menyekat kuasa raja memenjarakan tahanan politik dengan sesuka hati bagi jangka masa yang panjang tanpa mendakwa si pesalah.[3]

 Wujud perkembangan politik kepartian
Wujud, dua parti (Whig dan Torries) yang dikuasai golongan aristokrat, gentry dan boujuis. Parti Whig ditubuhkan untuk menentang pemulihan sistem pemerintahan beraja mutlak dan memperjuangkan kedudukan parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi. Selain itu, parti ini  turut berjuang bagi menjamin hak rakyat mendapat perlindungan kehidupan dan harta-benda.

      Raja Charles II meniggal dunia pada tahun 1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adinda Raja Charles II, Raja James II menaiki takhta. Baginda ingin memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Beliau melantik pengikutnya yang bermazhab Katolik menjawat jawatan dalam kerajaan dan memegang kedudukan di Universiti. Tindakan baginda bertentangan dengan Test Act.

      Pada peringkat awal, ahli parlimen tidak berhasrat menjatuhkan Raja James II kerana waris takhta akan jatuh kepada puterinya Mary II yang berkahwin dengan Raja William of Orange dari Belanda yang bermazhab Katolik. Apabila Raja James II mendapat seorang putera dengan isteri kedua dari Perancis yang bermazhab Katolik, Parti Whig dan Torries bimbang England akan diperintah oleh raja bermazhab Katolik. Raja james II disingkirkan daripada takhta, Mary II dan suaminya William of Orange ditabalkan sebagai Raja England.Peristiwa ini dikenali sebagai Glorioius Revolution.[4]     

Mary II dan William of Orange menjadi Raja
England selepas berlakunya Revolusi Cemerlang
- Revolusi Cemerlang membawa pengisytiharan beberapa undang-undang oleh parlimen:
a) Pengisytiharan hak:
- Parlimen mesti mengadakan persidangan daripada masa ke semasa
- Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat
- Parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif
- Rakyat mempunyai hak menghadap raja ke muka pengadilan
- Raja England mesti dari mazhab Protestan
a) Toleration of Act 1699 (Undang-undang Toleransi)
- Beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian Protestan
- Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa raja
Raja diiktiraf sebagai ketua negara,Raja tiada lagi kuasa autokratik,Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang diluluskan parlimen dan Raja tidak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah.[5]

      Kesimpulannya, kemenangan parlimen dalam Revolusi Inggeris 1688 merupakan kemenangan demokrasi kelas berharta. Secara keseluruhannya, konflik pemerintahan beraja di England berkisar kepada dua isu, iatu raja yang membelakangkan parlimen dan isu keagamaan.  



[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.   
[2]Ibid.
[3]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,64.
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.    
[5]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan