Isnin, 6 Julai 2015

2.3 PENGUBAHSUAIAN PENDIDIKAN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
c)Perubahan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19-20.
Hasil pembelajaran- Calon dapat menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.
Peringkat awal:
l. Pendidikan Melayu
- Dibina untuk memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan.
- Diajar kemahiran asas.
- Pendidikan rendah sehingga darjah enam.
- Maktab-maktab Melayu ditubuhkan pada abad ke-20.
2. Pendidikan Inggeris
- Diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
- Ada sekolah kanak-kanak perempuan dan lelaki.
- Sukatan pelajaran berdasarkan sukatan England.
- Ada peringkat menengah dan kolej.
3.Pendidikan Cina
- Bertumpu dibandar-bandar utama.
- Sukatan, bahasa pengantar dan guru dari negara China.
- Ditubuhkan oleh orang persendirian.
4.Pendidikan Tamil
Bertumpu di ladang-ladang getah.
Diusahakan oleh pengurus ladang.
Sukatan, bahasa pengantar dan buku-buku teks dari India.[1]





[1]“Pengubahsuaian Pendidikan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 46 .    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan