Sabtu, 11 Julai 2015

Masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak


Oleh-Ahmad bin Yaakob
Penghijrahan buruh asing ke Sabah
1.Orang Cina
Kemasukan orang Cina ke Sabah belaku akibat galakkan darpada syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh asing Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya daripada orang Cina.[1]Petempatan orang Cina berkembang sehingga munculnya bandar Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat.[2]

2.Orang Indonesia
Buruh Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh SBBU untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Buruh-buruh dari Jawa tiba pada tahun 1882. Seramai 70 orang Jawa dibawa masuk dari Singapura oleh seorang agen Kompeni, W.H.Read. Buruh Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak SBBU menjalin satu persetujuan dengan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga tahun, kesan dari perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah.

      Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah bertambah ramai ketika perusahaan getah berkembang pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa termasuk sebilangan kecil orang Indonesia yang lain tiba di Saah berjumlah 5510 orang. Pada tahun 1921 bilangan orang Indonesia meningkat kepada 11 223 orang dan seterusnya 10 014 orang menjelang tahun1931.[3]

3.Orang India
     Orang India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri dari orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama ada pada peringkat pentadbiran, mahu pun pada peringkat bawahan.

      Orang India dibawa masuk untuk mengisi jawatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU. Keadaan ini berlaku kerana SBBU menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan bangsa Eropah yang lain berkhidmat di Sabah atas alasan negeri Sabah masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura.[4]  

Penghijrahan buruh asing ke Sarawak
1.Orang Cina
Orang Cina merupakan kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera yangmeliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak.Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hikkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis danHenghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien.

      Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, terdapat sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti bedagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Canton, Fukien dan Kwangtung.

      Mereka tidak datang secara langsung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas-Pontianak. Kongsi Cina daripada suku Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an. Apabila Belanda menguasai  Pantai Barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan emas semakin berkurangan pada tahun 1830-an, pemombong Cina mula berpindah ke tempat lain.

      Pada tahun 1841, pelombong Cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di Hulu Sungai Sarawak. Sebelum kemasukan mereka secara besar-besaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau. Sehingga akhir tahun 1840-an hampir semua orang Cina di Sarawak daripada suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an.[5]  

2.Orang India
      Orang India meliputi 0.3% daripada pnduduk Sarawak merupakan kelompok terkecil dalam kalangan masyarakat bumiputera Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim yang dibawa masuk oleh JamesBrooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak. Setelah Sarawak  mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini.

      Orang India berketurunan muslim datang ke Sarawak sebagai peniaga kain dan pedagang.Namun tidak ramai orang India yang bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi kedudukan Sarawak agak jauh dari benua India.[6]



[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.    
[2]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),134.  
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,148.     
[4]Ibid,149.
[5]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3,150.   
[6] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan