Rabu, 8 Julai 2015

2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menghuraikan perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 dan ke-20.
1.a) Konsep masyarakat pelbagai kaum.
Masyarakat pelbagai kaum merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.[1] Ringkasnya masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada beberapa kaum dan tinggal dalam satu negara.[2]

b)Kemunculan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-Negeri Melayu.
Masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.
Masyarakat Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada komuniti Jawa, Banjar,Bugis  dan Minangkabau. Komuniti Jawa merupakan komuniti terbesar.Akibat rancangan transmigrasi kerajaan Belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk di Pulau Jawa dan Madura. Orang Jawa berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.[3]

Faktor-faktor penghijrahan buruh Indonesia
1.Pertambahan penduduk
2.Penindasan kerajaan Belanda.
3.Bebanan cukai.
4.Pembukaan ladang-ladang getah.

Faktor penolak
1.Pertambahan penduduk
Pertumbuhan penduduk yang pesat menjadikan Pulau Jawa sebagai sebuah kawasan yang padat. Akibatnya timbul masalah sosial seperti kemiskinan, penganguran dan kekuarangan tanah untuk kegiatan pertanian. Ini telah menimbulkan kesempitan hidup di pulau tersebut.
2.Penindasan kerajaan Belanda.
Penjajah Belanda mengamalkan dasar yang menindas terhadap penduduk tempatan dengan mengenakan pelbagai jenis cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai perkhidmatan yang membebankan kehidupan rakyat.[4]

Faktor penarik
1.Kestabilan politik
Tanah Melayu menjadi tempat tumpuan utama penghijrah dari Indonesia  kerana kedudukan kedua-dua wilayah yang berjiran.Penghijrahan ini juga didorong oleh wujudnya kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang pesat.
2.Dasar British
Pentadbiran British di Tanah Melayu memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi tanpa mengamalkan dasar penindasan seperti penjajah Belanda di Indonesia. Keadaan ini menarik minat orang Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
3.Pembukaan ladang-ladang getah.
Pembukaan ladang getah di Tanah Melayu yang menyediakan banyak peluang pekerjaan mendorong orang Indonesia berhijrah. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang getah bersama-sama dengan buruh Indonesia.

      Orang Jawa merupakan kumpulan yang terbesar berhijrah ke Tanah Melayu. Ia diikuti oleh orang Minangkabau, Banjar, Boyan dan Bugis.[5]



[1] Fauziah Shafie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,2000), 255.
[2]“Masyarakat Pelbagai Kaum”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,53 ,  
[3]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Sejarah Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),130
[4]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, 141.
[5]ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan