Khamis, 23 Julai 2015

Konsep dan peranan raja di Vietnam

BAHAGIAN B SEJARAH ASIA TENGGARA
1.MASYARAKAT
1.1 Institusi pemerintahan
HP-memerihal konsep dan peranan raja
l.l.l Raja
Sistem beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand menggunakan gelaran Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai ketua pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara,menggubal undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susun lapis masyarakat.
Sistem raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk memelihara keamanan, mengekalkan kemerdekaan, dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi Raja di Vietnam
Konsep raja
 Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Sistem maharaja di Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang berdekatan dengan China. Antara tahun III S.M. sehingga 939 Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China. Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri sosiopolitik China.

       Hubungan dan pengaruh China amat jelas dalam institusi pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai contoh, pemerintah dari keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi. Hubungan Vietnam-China berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun 1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.Vietnam menggunakan model pemerintahan China. Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga dan amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi kemaharajaan Vietnam.

Peranan Maharaja
Politik
Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan. Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja mempunyai sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.

Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan lain-lain  hal berkaitan  pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat yang kukuh.
       Maharaja berada di puncak pentadbiran dan menjadi tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkan sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
       Mentadbir dengan bantuan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep model China, rakyat memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja dan maharaja harus memerintah masyarakat dengan adil dan saksama.

       Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada maharaja berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar negara. Ini akan menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak kekuasaan.
EKONOMI
 Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan pertanian, tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan. Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan. Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat dalam masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan sangha Buddha.
SOSIAL

       Menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.Memainkan peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota negara China ke Asia Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama maharaja ialah terhadap bandar Hue. Bangunan utama di bandar Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan, Bandar Diraja, dan Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi lokasi dan narna ditiru daripada bandar Peking. Misalnya, pintu gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar Larangan diberi nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngo Mon.Pemberian nama tersebut bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia yang memiliki martabat yang tinggi di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan