Khamis, 16 Julai 2015

2.Jelaskan sistem pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat. [20m]


      Terdapat beberapa bentuk kerajaan dan pemerintahan yang diamalkan di seluruh dunia. Secara umumnya, ada dua bentuk kerajaan yang boleh dipilih untuk melaksanakan pemerintahan sesebuah negara iaitu kesatuan dan persekutuan' Pemerintahan kesatuan biasanya memusatkan kuasa pentadbiran di dalam suatu sistem tertinggi. Tetapi pemerintahan persekutuan adalah satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.

      Pada 4 lulai 1776 Kongres dalam persidangan yang diadakan di phitadelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas ]efferson' Melalui pengisytiharan ini, 13 tuah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka

        Umumnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan pemerintahan persekutuan. Antaranya ialah pertahanan sesebuah negeri yang lemah, kedudukan yang lemah untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan sukarela menyertai negara persekutuan. Antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan adalah Amerika Syarikat. Kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dibentuk oleh 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni British.

        Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada keraiaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
Pada awalnya Artikel Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya artikel ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang tidak mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri ataupun negara lain.

       Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat. Walaupun perdebatan hangat telah terjadi, namun satu persetujuan telah dicapai dalam kalangan 13 buah negeri iaitu pembentukan Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat.

       Perlembagaan ini turut memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan mereka serta memberi kerajaan persekutuan kuasa yang lebih besar. Manakala,perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang 1788, sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun begitu, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut.

       Walaubagaimanapun hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamiltory John Jay, dan James Madison dengan menerbitkan buku The Federallsf, akhirnya New York mengesahkan menyokong Perlembagaan Amerika.Walaupun golongan federalis berjaya mendapatkan sokongan awam, namun timbul beberapa masalah yang perlu ditangani kerajaan persekutuan seperti had kuasa dan pemeliharaan hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri.

       Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat. Pindaan ini membolehkan kerajaan persekutuan membuat kepufusan berkenaan mata wang, pengisytiharan perang, mengenakan cukai kepada rakyat, menggubal undang-undang kehakiman dan menguasai perdagangan. Perlembagaan Amerika juga menggariskan badan-badan yang memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang unsur-unsur authoritarian dan radikal.

       Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian iaitu Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diterajui oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Badan perundangan pula adalah Kongres yang terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres berfungsi untuk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawal kongres.

       Namun begitu, melalui dua pertiga undi kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Badan Kehakiman pula adalah Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang bebas. Seterusnya, pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan selepas pilihan raya tersebut George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.


Kesimpulannya pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Keadaan ini sekali gus, dapat membantu Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan