Bidang kewartawanan merangsang
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu kerana berfungsi sebagai pemberi maklumat
dan berita untuk menyedarkan penduduk tempatan.Menjadi lidah gerakan
nasionalisma.Medan membincangkan soal hak dan kritikan terhadap isu masyarakat
dan penjajahan British.
Antara tahun 1930-an-1940 80 buah akhbar
dan majalah Melayu diterbitkan kerana bidang penerbitan yang menjadi sumber
perniagaan. Akhbar menyiarkan berita dunia, masalah sosial orang Melayu dan isu
agama, isu imigran.Kemudian aliran akhbar berubah kepada membincangkankeadaan
sosio-ekonomi orang Melayu dan pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar
yang utama ialah al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.
Akhbar al-Ikhwan diterbitkan pada 1
September 1826 di Pulau Pinang dan dikelolakan oleh Syed Syeikh al-Hadi.
Tujuannya untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu,
membangkitkan kesedaran politik dan sosial masyarakat Melayu. Akhbar ini turut
membincangkan emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris.
Akhbar saudara wadah Kaum Muda
diterbitkan Syed Syeikh al-Hadi untuk meneruskan perjuangan akhbar a-Imam.
Tumpuan rencana Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertama
ialah Mohd Yunos Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini
mengkritik hebat orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan
sosial. Antara rencana yang disiarkan ialah ekonomi, politik, sejarah dan
pelajaran.
Pengarang baru Syed Alwi mewujudkan
ruangan Sahabat Pena pada tahun 1934.Warta Malaya diterbitkan pada 1.1.1930 di
Singapura dan dimiliki oleh Syed Hussein Ali al-Sagoff. Akhbar ini
merupakan akhbar harian berbahasa Melayu terbesar. 1935 cawangan akhbar ini
dibuka di Kuala Lumpur dan menerbitkan akhbar mingguan Warta Ahad dan Warta
Jenaka yang diterbitkan setiap hari Isnin. Datok Onn menjadi pengarang pertama
dan berkhidmat antara tahun 1930-1933. Rencana Pengarangnya menyentuh tentang
kemunduran orang Melayu ,penguasaan ekonomi kaum imigran dan mengkritik
penjajah British terutama dasar pemusatan kuasa British dan tuntutan hak yang
lebih oleh kaum pendatang.
Warta Malaya pro Melayu dan anti
penjajah. Akhbar ini menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbiran
kanan dalam pentadbiran British. Bukan Melayu dihalang mendapat kedudukan dalam
pentadbiran British. Pengarang baru Syed Alwi meneruskan perjuangan Dato’ Onn.
Akhbar Majlis diterbitkan 17.12.1931 di
Kuala Lumpur oleh Muhammad Amin Haji Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Tujuan
penerbitannya ialah untuk menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang. Akhbar ini menerbitkan rencana politik,perpaduan bangsa,
kesedaran membangkitkan kemunduran, hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu
dilindungi dan tuntutan orang asing ditolak.
Abdul Samad Ahmad memimpin
akhbar ini selepas Perang Dunia Kedua.Pejabat akhbra ini menjadi tumpuan KMM
dan 1946 ia menjadi pusat perjuangan politik kebangsaan Melayu.Utusan Melayu diterbitkan
29 Mei 1939 dan dimilik sepenuhnya oleh orang Melayu. Pengarang utamanya ialah
abdul Rahim Kajai. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan
orang Melayu dalam bidang politik. Menekan kepentingan pendidikan untuk
mencapai kemajuan. Sidang pengarangnya Ishak Haji Muhammad menyeru orang
Melayu bersatu. Syarikat ini juga menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika.
Peranan kewartawanan membangkitkan
kesedaran politik masyarakat Melayu.Pengarang akhbar Melayu aktif mengkritik kemunduran
masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi.Kritikan ini menyedarkan orang Melayu
untuk menjaga hak mereka. Perjuangan kewartawan semakin ketara apabila
menentang isu Malayan Union.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan