OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini Jumaat
31.07.1849, satu pertempuran telah berlaku antara orang-orang Iban Saribas
dengan angkatan perang James Brooke di sebuah beting pasir yang besar dinamakan
Beting Marau di Kuala Sungai Kerian, Sarawak. Pertempuran yang mengorbankan
banyak jiwa ini terkenal sebagai Perang Beting Marau. Perang yang berlaku ini
adalah berikutan pengepungan yang dilakukan oleh angkatan perang James Brooke
untuk memerangi orang Iban Saribas yang dianggap oleh Brooke sebagai perompak
laut. James Brooke telah melengkapkan angkatannya dengan 3 buah kapal perang
bertama H.M.S. Royalist, Albatros dan Namesis. Di samping itu angkatan tersebut
disertai oleh kapal-kapal kecil dan perahu yang hanya mengandungi lebih
daripada 3,000 orang. James Brooke dan angkatan perangnya telah bertolak dari
Kuala Sungai Sarawak pada 25 Julai dan pada 27 Julai, angkatan James Brooke
telah mengepung Kuala Sungai Kerian. James Brooke mendapat berita bahawa pada
26hb. Julai satu angkatan perompak laut yang besar telah bertolak meninggalkan
Sungai Saribas menuju ke arah Sungai Batang Lupar dengan tujuan menyerang
sebuah kampung besar. James Brooke telah mengatur rancangan untuk menyerang
angkatan tersebut apabila mereka pulang ke tempat mereka di Sungai Saribas.
Selama 3 hari angkatan perang James Brooke menunggu dan akhirnya kelihatan
perahu-perahu orang Iban Saribas sebanyak 150 buah menuju ke Kuala Kelakar.
Apabila hari malam, perahu-perahu tersebut cuba masuk ke Sungai Saribas.
Angkatan perang James Brooke telah mengepung dari belakang dan berlakulah
pertempuran. Orang Iban Saribas bayak
yang tewas dan terpaksa berundur. Ketua Orang Iban Saribas bernama Linggir yang
enggan mengalah, dengan marah dan bengisnya telah membawa pasukannya menyerang
salah sebuah kapal perang James Brooke yang bernama Namesis yang berlabuh
berhampiran Beting Marau. Pertempuran yang hebat telah berlaku mengakibatkan
ramai orang Iban Saribas terbunuh dan yang lainnya melarikan diri.
Perahu-perahu mereka banyak musnah dan karam. Hanya perahu Linggir dan Abang
Apung bersama orang-orangnya sahaja yang dapat melepaskan diri dari pertempuran
tersebut. Pertempuran inilah yang dikenali sebagai Perang Beting Marau.
SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan