Sabtu, 4 Julai 2015

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH.


oleh -AHMAD BIN YAAKOB
I.Keperluan getah sebagai bahan mentah.
Keperluan getah sebagai bahan mentah semakin meningkat setelah tayar angin dicipta oleh J.B Dunlop pada tahun 1988.Kemajuan teknik vulcanization  oleh Charles Goodyear 1893, pertumbuhan industri elektrik dan pengunaan tayar pneumatik untuk basikal dan motokar telah meningkatkan pengguaan getah asli.[1]
ii.Permintaan bertambah
Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan. Atas galakan H.N Ridley terdapat sebilangan kecil  peladang yang cuba menanam getah di ladang ubi kayu atau kopi mereka. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga getah melambung naik dengan cepat.[2] Setelah harga kopi merosot dan penanaman kopi beralih kepada tanaman getah.

iii.Tanaman getah telah beralih daripada kebun kecil kepada tanaman komersial apabila ladang-ladang getah dibuka.Ladang-ladang getah dibuka, terutama olehpdagang bangsa Eropah. Kebanyakan ladang getah ini tertumpu di Perak, Selangor,Negeri Sembilan  dan Johor kerana terdapat sistem perhubungan yang lebih baik.[3]

4.Penanaman Getah di Sabah dan Sarawak.
      Getah diperkenalkan di Sabah pada tahun 1882 hasil galakkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Syarikat Berpiagam Borneo Utara memberi jaminan 4% dividen kepada syarikat yang mengusahakan getah dan pengecualian eksport untuk selama 50 tahun.[4]
      Di Sarawak, Charles Brooke membuka ladang percubaan di Natang Estate, Satap dan Sigu. Penduduk tempatan digalakkan untuk mengusakan tanaman getah secara kecil-kecilan. Getah menjadi bahan ekspot Sarawak yang penting pada tahun 1905.[5]

5.Zaman Kemelesetan  Dalam Perusahaan Getah 1921-1929.
      Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah dikenali  Skim Sekatan Getah Stevenson telah diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.Pengeluaran getah dihadkan kepada 60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920.[6]  

      Skim ini hanya dilaksanakan di Tanah Melayu dan Ceylon yang mengeluarkan 25% bekalan dunia.Melalui Skim ini, setiap pengeluar di Tanah Melayu diberi satu kuota tertentu berdasarkan keluarannya.Jumlah melebihi kuota itu dikenakan cukai ekspot barangan.

      Skim ini menyebabkan harga getah meningkat semula 35 hingga 40 sen pada tahun 1928. Tanah Melayu menanggung kerugian kerana mengurangkan pengeluaran. Indonesia yang tidak menyertai skim ini mendapat keuntungan  apabila harga getah meningkat sedikit. Pada tahun 1928 skim sekatan ini dihentikan, keika itu jumlah pengeluaran di Tanah Melayu melambung naik walau pun harga getah masih diparas yang rendah.[7]  

Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1932.
      Akibat kemerosotan perusahaan membuat kereta di Amerika Syarikat, permintaan terhadap getah turut terjejas. Pada tahun 1932 harga getah terus jatuh sehingga mencecah 7.07 sen sepaun.Beberapa langkah diambil untuk memulihkan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti mengurangkan jumlah pekerja dan upah pekerja di ladang getah. Jumlah pekerja dikurangkan daripada 258 000 orang pada tahun 1929 kepada 145 000 orang pada tahun 1932.

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa Mei 1934.
      Kejatuhan harga getah telah memaksa negara-negara  pengeluar berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934 Perjanjian Getah Antarabangsa ditandatangani antar Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Perjanjian ini berakhir pada tahun 1938 telah dilanjutkan sehingga tahun 1943.

      Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu , harapan untuk memulihkan harga getah musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannyadi pasaran antarabangsa. Gerah tiruan menjadi saingan utama kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada pengeluar termasuk Tanah Melayu.[8]



[1]Ibid, 110.
[2] “Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi  dan Pendidikan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .   
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,118.  
[4]“Pengubahsuaian Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,44.
[5] Ibid.
[6]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),110.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,120.   
[8]Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan